“Whatsapp Masak Apa Hari Ni Untuk Suami.” Setiap Hari Mesej Anak & Hadiahkan Lesung Batu, Luahan Wanita Ini Cukup Menyentuh Hati!

Share

Bukan mudah untuk melepaskan insan yang disayangi kepada orang lain. lebih-lebih lagi sejak kecil sehinggalah dewasa, ditatang bagai minyak yang penuh. Namun, apabila tiba masanya semua ibu bapa harus berbuat demikian. Lebih-lebih lagi bila mana sampai jodoh si anak.

Kebiasaannya si ibu yang terlebih risau dan bimbang apabila memikirkan keadaan anaknya setelah berkahwin. Namun kisah ini terbalik apabila pengguna laman sosial ini yang mendedahkan screenshot 

perbualan bersama ayahnya.

Anak ayah dah kahwin!

Setiap hari ayah whatsApp, tanya masak apa

Menurut Natasshia, sejak 3 minggu berkahwin ayahnya merupakan insan sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar menu apa yang ingin dimasak setiap hari.

Muat naik daripada gadis ini telah mendapat perhatian ramai, dan telah dikongsikan lebih 18 ribu ulang kicau (retweet) dan tanda suka (likes).

Kakak, dah start masak untuk suami dah?

 

Ayah bagi anak ayah lesung batu

Sebelum ini juga, ayah Nastasshia telah memberikannya barang perkakas dapur kepadanya seperti lesung batu, papan pemotong kepadanya.

“Semua anak abah yang kahwin abah bagi lesung batu!”

Ayah rindu tu! Comelnya abah you!

Selepas memuat naik perkongsian tersebut, rata-rata ramai yang telah memberikan komen memuji sikap ayah gadis ini. Menurut ramai, ayahnya mungkin sangat rindukannya.

Comelnya reaksi ayah dia!

Sebak, teringat kat arwah abah!

Ayah, lelaki pertama dalam hidup kita!

Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman yang sama.

Sumber : Nastasshia