Dedah Nama Anak Kedua, Neelofa Cerita Kisah Disebaliknya!

Share

Usahawan dan pengacara, Neelofa akhirnya berkongsi nama anak keduanya.

Perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya itu bukan sahaja mendedahkan nama tetapi turut menjelaskan makna bagi kedua-dua nama anaknya itu.

Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..

Jika dilihat akan nama Bilal, sudah seymestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.

Sehingga ada hadith nabi saw bertanya:-

Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga

Dan Bilal menjawab!

‎مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ.

Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’”

Riwayat al-Bukhari (1149)

Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A

Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah ABBA’s 

Merujuk hadith:

‎تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ

Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)

Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”

Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya

‎اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

– [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”

Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Sebelum ini,  Ustaz Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih popular digelar PU Riz memaklumkan isterinya itu selamat melahirkan anak kedua mereka iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di sekitar Kuala Lumpur, jam 10.45 malam pada 11 Julai.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dengan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal

Sumber:- Instagram Neelofa