The Chosen One cetus fenomena lagi! Tahun lepas, program realiti baharu nombor satu di Malaysia ini telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di kaca televisyen.
Juga masih ingat lagi, nama adik Amir Sisi yang merupakan kanak-kanak berusia 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak yang telah dinobatkan sebagai juara musim pertama.
Kejayaannya tular sehingga mencatatkan lebih 235 juta tontonan di TikTok, sekaligus membuktikan potensi bakat generasi muda Malaysia!
Musim Ke Dua
Kini, Astro sekali lagi tampil dengan program pencarian bakat, ‘The Chosen One 2024’, yang bakal menemui penonton mulai 20 September.
Program ini akan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan akan turut disiarkan serentak di Astro Ria (saluran 104).
Setelah kejayaan musim pertamanya yang mencetuskan fenomena luar biasa, ‘The Chosen One 2024’ dijangka menarik perhatian lebih ramai penonton.
Ads
Melonjakkan Bakat Generasi Baharu
Selaras dengan aspirasi Astro untuk melahirkan bintang masa depan, musim kedua ‘The Chosen One 2024’ kembali menampilkan format yang sama, tetapi dengan intensiti yang lebih hebat.
Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan peserta yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
Daripada ribuan yang mencuba nasib, 16 peserta berusia antara 11 hingga 17 tahun telah dipilih melalui uji bakat seluruh negara.
Daripada jumlah itu, hanya 8 peserta yang berjaya memikat hati para coach selebriti dan akan dipilih sebagai pasangan duet mereka. Setiap pasangan akan berentap di pentas utama untuk meraih gelaran juara musim ini.
Ads
Barisan Juri & Coach Hebat untuk Musim Yang Lebih Epik
Musim ini menyaksikan kepulangan juri legenda, Dato’ Awie, ikon rock Malaysia, yang akan terus menghangatkan pentas bersama penyanyi bersuara emas dan pemenang pelbagai anugerah, Jaclyn Victor.
Bersama-sama mereka, pengacara program Jihan Muse, seorang pelawak dan pelakon popular, akan bergandingan dengan personaliti radio ERA, Haziq Hussni, bagi mengendalikan setiap episod dengan penuh jenaka dan kejutan.
Ads
Bukan itu sahaja, musim kedua ini juga menampilkan barisan penyanyi ternama Malaysia sebagai coach yang akan mengasah bakat peserta. Antaranya ialah Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, serta pasangan kembar berbakat besar, Firdaus & Fahimi Rahmat.
Kesemua mereka bersedia memberikan tunjuk ajar dan membawa peserta ke tahap yang lebih tinggi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemunculan bintang masa depan dalam ‘The Chosen One 2024’. Adakah anda bersedia untuk menyaksikan siapa yang akan dinobatkan sebagai juara musim ini? Saksikan malam ini di Astro Ceria dan Astro Ria!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wabak Covid-19 kian menular kini, ramai yang menjadi mangsa termasuk lah golongan selebriti.
Terbaru, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar dilaporkan positif Covid-19.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Emma yang telah membuat ujian swab di rumahnya.
“Melakukan ujian swab di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang dan terima kasih @kai_armd @nafidzrazak kerana memberikan maklumat yang kami perlukan.
Sangat bagus n sangat profesional. mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya,” tulisnya sambil berkongsi video dia sedang menjalani ujian tersebut.
Di dalam perkongsian tersebut juga, Emma memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.
“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif.
“Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,” ujarnya.
Jika sebelum ini, kita melihat suami kepada pelakon terkenal Emma Maembong sebagai seorang yang serius, ternyata ianya silap.
Menerusi perkongsian di TikTok @themariposa7, suaminya Emma telah meniru cara percakapan serta gaya Emma berjalan.
Di dalam video tersebut, Shazli telah melakonkan semula beberapa babak yang selalu dilakukan Emma dalam kehidupan seharian seperti mendukung anak, pergi ke salon rambut, makan telur separuh masak dan memesan makanan dengan keluhan sama yang Emma sering lakukan.
Ingatkan hanya Emma Maembong sahaja yang pandai berlakon, rupanya suami Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar pun turut memiliki bakat yang sama.
Anak perempuan Shuib yang baru menyambut hari lahirnya yang ke 11 tahun hanya mahu meluangkan masa berdua bersama ibunya, Watie.
Hal itu sudah semestinya membuatkan Watie terharu biarpun dia bukanlah ibu kandung kanak-kanak tersebut.
Menerusi hantaran yang dibuatnya di Instagram, Watie memuat naik momen ketika memberi kejutan kepada Talita.
Bagi meraikan hari istimewa anak kecil itu, Watie juga telah menghadiahkan Ipad buat Talita.
“Dari sebulan yang lepas tiap-tiap hari dia kira & akan remind Mummy berapa hari lagi nak sampai ke birthday dia.
“Bila Mummy tanya nak hadiah apa…dia akan cakap nak spend time dating berdua dengan Mummy. Tapi Mummy mana boleh tinggal Daddy & Matin kan,” tulisnya.
Jadi, dia telah membuat permainan dengan memberi pilihan kepada Talita hadiah yang akan diberi kepada kanak-kanak berkenaan.
Jelas terlihat anak kedua Shuib dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin begitu terharu dengan pemberian ibu tirinya itu sehingga menitiskan air mata.
Perkongsian yang dibuat Watie menyentuh hati ramai malah keikhlasan dan keakraban serta cara Watie melayan anak-anak Shuib sudah semestinya dipuji wargamaya.
Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir buat Talita serta memuji kanak-kanak tersebut yang sangat rendah hati serta mendoakan agar dia mendapat kebahagian di dunia dan juga di akhirat.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.