DBKL Kecewa Pokok Hiasan Rosak Kena Pijak, Netizen Mohon Maaf Diasak Orang Ramai.
Setelah dua tahun tiada sambutan Hari Merdeka akibat pandemik, siapa sangka sambutan tahun ini luar biasa.
Difahamkan lebih 100,000 orang telah memenuhi sekitar Dataran Merdeka untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan semalam (31 Ogos).
Namun ada yang tidak sedap dengar apabila pokok hiasan yang ditanam sekitar kawasan perarakan dilihat telah rosak akibat dipijak orang ramai.
Menerusi facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkongsi beberapa foto yang menunjukkan kerosakan landskap.
DBKL meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir orang ramai yang tidak prihatin dengan persekitaran berkenaan.
Ikuti lanjut perkongsian berkenaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
KORANG DAH KENAPA?
Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.
Ads
Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.. langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik semangat tu dah bagus.. tapi caranya tak betul
NETIZEN MOHON MAAF DAN BERI CADANGAN TUKAR LOKASI
Meninjau di ruangan komen ada yang netizen memohon maaf tidak lantaran terpaksa memijak pokok bunga yang ditanam ditepi jalan sewaktu menyaksikan perarakan sempena Hari Merdeka semalam.
Ads
Dalam pada itu, ada juga yang memberi cadangan supaya lokasi ditukar ke tempat yang lebih luas lantaran terlalu ramai yang datang menyaksikan sambutan hari merdeka.
Amalan kunjung berkunjung Di Hari Raya kini diteruskan lagi dengan menghadiri jemputan rumah terbuka daripada kawan-kawan sepejabat dan sahabat handai.
Pun begitu, sedang kita ikhlas menghadiri jemputan, jangan pula melakukan beberapa amalan negatif di Hari Raya sebagaimana apa yang disenaraikan oleh Akhtar Syamir ini. Jom semak.
Elakkan Amalan Negatif di Hari Raya Ini.
Saban tahun kita buat perkara yang sama. Kadangkala kita tidak menyedarinya tetapi apa yang kita lakukan itu adalah tidak baik sebenarnya.
1. Menilai orang dari duit raya yang diberi.
Duit raya ialah salah satu cabang sedekah dan bukannya sebagai medium untuk menunjuk-nunjuk. Berhentilah memandang rendah kepada orang yang tidak mampu untuk memberi duit raya yang banyak. Kita tidak tahu situasi kewangan dia dan kita tidak tahu infaq atau sedekah yang dia telah lakukan selama ini.
2. Berbangga dengan pencapaian anak secara berlebihan.
Pantang jumpa saudara, kita akan canangkan anak kita dapat Anugerah Dekan, dapat nombor 1, wakil sekolah pertandingan mewarna dan lain-lain lagi. Bercerita itu tak salah, tetapi kalau dah setiap orang yang jumpa akan diceritakan perkara yang sama, dengan secara tak langsungnya, kita termasuk ke lembah riak.
3. Body Shaming.
Tak kira la gemuk ke, kurus ke, hitam ke, pendek ke, kita selalu dengar perkara ni apabila keluarga berkumpul di hari raya. Alasan berterus terang itu adalah alasan sampah yang mementingkan diri sendiri. Jika semua orang berterus terang tanpa menjaga adab dan hati orang lain, patut ke kita kutuk OKU? Atau kalau suka sangat orang berterus terang, suka tak kalau orang tegur kita “kau ni buruk, huduh tak berubah-ubah, raya tahun lepas buruk, raya tahun ni buruk jugak”.
Body shaming ialah perkara keji yang tidak patut dilakukan pada bila-bila masa pun, inikan pula di hadapan orang ramai. Dah la setahun sekali nampak muka, jumpa je terus buat sakit hati. Lepas tu boleh terfikir kenapa orang tak ziarah bila bukan hari raya.
4. Mengutuk baju raya orang lain.
Mentang-mentang baju raya dia bersinar-sinar jenama retis, orang lain punya habis dikutuknya. Tak cukup dengan itu, yang mana pakai baju tahun lepas, habis kena umpat semacam. Sedih sangat bila jadi macam ni. Terlalu mudah memandang rendah orang lain.
5. Tak habis-habis bertanya bila anak orang lain tu nak kahwin, bila nak tambah anak, bila nak tambah bini, bila nak tukar kereta.
Tahun lepas dah tanya, tahun ni tanya lagi. Susah hati sangat dia. Tau la orang tu nak kahwin bila. Ingat benda senang ke nak berteman lepas tu nak kahwin? Yang paling sedih orang yang bertahun-tahun terpaksa memberi senyuman kepada soalan-soalan sebegini. Saya rasa diorang pun dah menyampah tengok muka yang bertanya tu.
Bab anak pun bukanlah suatu yang di dalam kawalan 100%, berhentilah menyinggung perasaan orang lain.
6. Bising rumah di kampung panas.
Mengeluh orang-orang bandar ni sekali-sekala balik kampung takde pendingin hawa. Habis bising dia kepanasan macam kena panggang. Bukan semua orang mampu, kalau dah tau tak boleh panas, bawa la kipas sendiri. duduk je depan kipas tu masa tidur.
7. Bersalaman tetapi tidak memaafkan.
Apa gunanya salam cium tangan kalau hati masih lagi simpan perasaan dendam? Bertahun-tahun lamanya orang tu buat salah. Sampai sekarang, dibenci. Lepas tu selalu mengelak untuk berjumpa ahli keluarga lain disebabkan krisis dengan seorang sahaja. Buanglah yang keruh, ambil yang jernih.
8. Pantang nampak yang cantik, yang hensem, semua nak ngorat.
Bila berjumpa sanak saudara ni, perlu hati-hati. Kadang-kala yang kita jatuh hati tu mak atau bapak saudara. Kadang-kadang anak buah kita sendiri. Jangan tersalah mengorat, buat malu je nanti.
9. Mengumpat ahli keluarga yang tak balik kampung.
Semua orang ada sebab tersendiri kenapa tidak dapat balik beraya. Bukan semua benda dalam kawalan sendiri. Berhentilah mengumpat dan mengeji adik beradik sendiri. Hari ini mungkin masa dia, esok lusa mane tahu hari kita pulak kan?
10. Memilih nak beraya rumah yang ada masak sedap je. Siap telefon atau whatsapp tanya masak ape.
Ziarah dan mengeratkan silaturrahim ni tak perlu la bergantung kepada masakan Tuan Rumah. Biasa tak dengar, “rumah si polan wajib pergi, dia tiap-tiap tahun masak laksa!”. Yang laksa wajib, yang biskut raya je jadi tak wajib. Harap jangan la jadi macam ni.
_____________
Semoga hari raya kali ini dapat kita raikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Tinggalkan segala masalah dan pertelingkahan lalu. Bersyukurlah yang kita masih lagi diberi kesempatan untuk beraya bersama. Tahun depan kita pun tak tahu boleh berjumpa lagi atau tidak.
Kalau bab-bab menghias rumah ini, ibu-ibu yang paling teruja. Apa sahaja tip atau info yang diberikan pasti cuba dipraktikkan di rumah sendiri. Lagi lagi kalau yang melibatkan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.
Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai dekorasi bajet ini yang meraih perhatian ramai kerana ia lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.
Ini antara langkah ringkas yang dikongsikan:
Deko Bajet RM5 jer untuk buat batang langsir DIY ???
Balut pvc dgn balance wallpaper Gantung langsir 4 tahun lps..
Bole la wat tipu2..
Ini bahan yang diperlukan
Balut PVC dengan menggunakan lebihan wallpaper…
Inilah hasilnya. Mudah kan!
Saya buat macam ni..
Idea tersebut mendapat respon daripada warganet yang memuji dekorasi bajet ini kerana ia boleh dijadikan cara mudah untuk memasang langsir. Selain itu, ada juga yang turut berkongsi idea lain.
Daim YusufBenda yg lekat tu, sebenarnya ada yg kuat tp korg aje salah beli. Main kaut aje pastu gi bayar kt kaunter. Dkt packaging dia dh tulis had limit berat. Ada yg sampai 10kg+ tapi mahal sikit rasanya. Gam dia pun kena pastikan betul2 cair terus lekat. Benda ni nampak aje simple, tp baik kau paku aje. Senang ??
Mariani Alikt umah guna paip pvc & paku clip dia… senang, jimat… bila nk cuci langsir, longgarkan je clip.. siap… kukuh pon kukuh…
Jila AbdullahI memang buat cara ni pun tapi rod langsir tu i beli ikea punya. Yang pelekat tu, i beli brand Command yg besar sekali tu. Boleh tahan berapa kg tah, lupa, and pakai tiga untuk length rod dalam 2m. Tapi pakai langsir ringan je la. So far, so good. Sebab Command tu boleh tanggal bila-bila, tinggal beli double tape dia je. Tak tinggalakan bekas pun kat dinding.
Paku kiri kanan
Farah Nurdiana AhmadRumah mak saya pakai PVC JK..senang sangat nak buka langsir..pastu paku kiri kanan..
Roha HayzzaMak aku guna pvc hahah pstu letak kulit telor hujung pvc, nmpk orii lahhh hahahhaa die pi spray telor tu jadi putih sama wrna ngn pvc tu, xde la nmpk batang paip.
Myda N’asmidaSy pun guna hook ni untuk langsir sliding door. Pasang awal puasa aritu setakat ni bertahan lg …
Fy FydaDekat rumah memang pakai ni tp lubangkan pastu skru.. Baru kukuh
Kehilangan insan tersayang ibarat separuh nyawa di bawa pergi. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Berpisah hidup mungkin tidak terlalu sakit dibandingkan apabila dipisahkan dek kematian, amat sukar ditelan.
Hanya yang berada pada situasi tersebut bagaimana luluhnya hati untuk menerima hakikat kehilangan itu. Namun, hidup perlu diteruskan dan reda itu ikhlas.
Yang pergi tetap pergi, yang bertemu pasti akan berpisah. Hanya sekalung doa mampu dihulurkan buat insan tersayang semoga tenang di sana.
Dua tahun berlalu, kini tarikh 25 Julai mengulit kembali kenangan ShahNaz Azwa bersama arwah suaminya. Sementelah, itulah tarikh lahir insan tersayang yang beradu di hatinya dulu, kini dan selamanya.
Jika dulu, tarikh tersebut disambut dengan acara memotong kek, kini diubah ke arah yang lebih islamik.
Al-Fatihah buat arwah Md Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
25 july dtg lagi…dan saya x penah lupa tarikh istimewa ni sbb insan yg lahir pd hari ni pun adalah insan yg sgt istimewa dlm hidup saya..
Setiap thn, biasanya kami akn celebrate sama2 dan yg paling excited tentulah ank2..sume pakat nk tiup lilin..dia?? Sengih dan bagi chance kat ank2 nya utk perasan yg kek tu diorang punya..
Tp skarang, saya dah mula belajar utk menerima ketiadaannya..acara potong kek dan nyanyi lagu besday dah diubah ke arah yang lebih islamic ?.. sebab saya nak dia still terima ‘hadiah’ dari kami…hubungan ❤ yg x akan putus smpai bila2 ..
Semoga sayang tenang dan berbahagia di ‘alam baru’.. kami di sini sentiasa merasai kehadiran sayang dalam keluarga..insyaAllah, saya akan cuba utk mendidik dan membesarkan ‘amanah’ sayang sebaiknya..
Pada saya, cinta tak perlu diucap setiap masa kerana ia akan terzahir dgn perbuatan secara tak sengaja..sebab apa?? Sebab dalamnya perasaan kita terhadanya..
Sedih tu masih ada tetapi keletah anak2 membuat saya tersengih dan tergelak sebab masing2 cuba jadi pelawak…? ..
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.