kalau berkahwin dengan anggota tentera, mesti akan ada yang bersuara tentang si isteri akan ditinggalkan oleh suami untuk pergi bekerja berkhidmat untuk negara. Mungkin bagi kita yang tak merasai akan rasa biasa, tetapi tidak bagi mereka yang melaluinya.
Oleh itu, pengacara Dayah Bakar yang juga merupakan isteri kepada pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif meminta orang ramai hentikan stereotaip itu dihentikan dan tampil menyuarakan pandangannya itu selepas menonton filem pecah panggung yang menceritakan tentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Air Force: Selagi Bernyawa, baru-baru ini.
Bagi Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 33, berkata filem itu sangat meninggalkan kesan buat dirinya malah lebih bertambah perasaan hormat dan bangga dengan pasukan keselamatan yang sentiasa berjuang untuk negara.
“Saya percaya hanya orang terpilih yang boleh jadi seorang tentera. la bukan satu pekerjaan, ia adalah satu amanah dan tanggungjawab. Yang dikorbankan bukan sahaja masa atau tenaga, malah nyawa yang menjadi taruhan. Keluarga ditinggalkan demi bersiap siaga di barisan hadapan.
Ads
“Maka, hentikan kata-kata ‘berkahwin dengan tentera, kesian selalu kene tinggal”. Mungkin mereka tidak mengerti, ini adalah takdir serta pilihan jiwa yang kuat, perjuangan cinta dan pengorbanan.
“Para pejuang negara yang telah pergi dan sedang bertugas, ikhlas berjuang, siang dan malam untuk kita sama-sama dapat dapat merasakan keamanan dan tidur yang lena. Ini bukan percuma teman-teman,” tulisnya dalam ruangan kapsyen dalam perkongsiannya di laman Instagram.
lbu kepada seorang cahaya mata itu juga turut memuji filem Air Force The Movie yang disifatkannya cukup ‘rencah sehingga membuatkan air matanya mengalir saat menyaksikan naskhah hebat itu.
Ads
“Sepanjang saya tonton, saya sangat fokus dan saya rasa tak duduk diam untuk tahu apa scene seterusnya. Little that I know, saya boleh rasa sebak, mata berkaca, rasa terharu, rasa sedih, rasa bangga. Senang cerita, saya menangis la.
“Ini bukannya perasaan masa ending tau, ini perasaan banyak kali in between the film. Keseluruhannya, sangat memuaskan. Mantap!
“Filem ini meninggalkan kesan, rasa hormat yang luar biasa buat semua pejuang negara, itu kuncinya!” puji Dayah.
Perubahan pada dekorasi bilik tidur ini nyata cukup simple namun cantik dan kemas. Menurut Rose Elle idea untuk berbuat demikian memandangkan bilik tidur tersebit sudah lama terbiar usai arwah ibunya meninggal dunia.
Bilik ni sudah lama terbiar sejak arwah mak meninggal. Rumah kampung je. Tp sayang kalo xdigunakan . Banyak barang2 dalam ni di serang anai Sebagai penjaga umah pusaka ni, apa salahnya melabur skit utk berikan sentuhan untuk bilik tidur yg selesa. Inspirasi dari studio ikea. Hihihi.
Tidak dinafikan setiap kali memasak mesti ada sahaja terpercik minyak, sambal dan sebagainya di ruangan memasak. Jadi nak tak nak kenalah sentiasa dibersihkan untuk pastikan ruang dinding dapur nampak kemas dan cantik.
Pun begitu, lagi mudah sebenarnya kerja-kerja pembersihan di bahagian ruang memasak jika di bahagian dinding dipasang sebuah backsplash wall. Sekiranya dinding bahagian dapur memasak anda belum lagi dibuat pemasangan backsplash wall bolehlah jadikan perkongsian Ben Safwan ini sebagai inspirasi.
Pemasangan dilakukan secara DIY olehnya sendiri atas permintaan isteri tersayang. Jadi jom kita ketahui cara pemasangan tersebut dilakukan. Nampak cantik dan sempurna!
DIY Pemasangan Backsplash Di Dinding Dapur
Isteri minta pasang backsplash baru sebab sayang nak guna pada cement fibre board, maka saya datang dengan idea ini. Cara senang,cepat dan tahan.
Beli tiles pilihan,alumunium T slot untuk kemasan, barang lain anda perlu ikut pilihan sendiri. Saya guna Xbond, All purpose sealer, FCOT tools mata tiles untuk potong, tape.
Cara pasang, seragamkan dengan dinding
Letak gam setiap keping dan pasang.
Tinggal sedikit ruang tepi dan bawah supaya senang untuk kemasan alumunium T slot.
Dah pasang,tape sementara kering dan adjust spacing. Walau dia datang 1 kaki dah di tape,tapi 1 row sahaja saya guna camtu ( 3 baris )
3 baris atas lagi saya pasang satu-satu keping. Cabut dari pelekat jaring dia.
Spacing saya guna pencungkil gigi je sebab spacing tiles saya di rumah satu lagi. Adjust spacing biar cantik sikit.
Dah siap pasang tiles, boleh pasang alumunium t slot untuk kemasan,tutup kecacatan.
Dah kering gam,guna all purpose sealer menggantikan simen putih/grout tiles. Isi setiap celahan dan gosok dengan span . Cara gosok adalah secara membulat.
Kenapa ?
Cara ini akan jadi lebih senang,cepat dan tiles bersih. Lap dengan kain.
Apply sealer pada di celah kemasan aluminium dan bahagian atas supaya hasil kerja kemas.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, didoakan buat semua keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir dipermudahkan urusan mereka.
Tidak dapat dibayangkan kesukaran yang mereka lalui kini hingga ada yang masih terpaksa bermalam di dalam kenderaan masing-masing malam tadi bersama anak-anak kecil dan sebagainya apabila laluan untuk pulang ke rumah mereka ditenggelami air berikutan hujan lebat di Lembah Klang sejak pagi semalam.
Memetik berita yang dikongsikan di Selangor Kini, difahamkan jalan-jalan utama di Setia Alam yang menghubungkan Meru dan Bandar Bukit Raja di Klang dinaiki air antara dua hingga tiga meter sejak lewat malam tadi menyebabkan ramai pengguna jalan raya yang terkandas tidak dapat pulang ke rumah masing-masing.
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang melanda negeri ini sejak Jumaat lalu, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban dan memberi keselesaan kepada golongan berkenaan.
Bantuan bukan hanya tertumpu kepada sumbangan keperluan asas tetapi turut meliputi penyediaan tempat berteduh dan pemindahan sementara.
Berikut bantuan tempat perteduhan dan penempatan sementara yang ditawarkan:
-Masjid Negeri Shah Alam menyediakan ruang untuk menempatkan mereka yang terkandas. Makanan dan minuman turut disediakan
-Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menawarkan Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam sebagai tempat perteduhan. Kafe juga dibuka. Hubungi 03 5519 7667
-Surau Al-Munawwarah di Seksyen 13, Shah Alam membuka penempatan untuk mangsa banjir berteduh. Makanan turut disediakan oleh kejiranan perumahan berhampiran
-Gudwara Shah Alam menawarkan kemudahan penginapan di tingkat satu premisnya yang beralamat 10, Jalan 18/49, 40200, Shah Alam. Hubungi 012 379 0124 (Belbir Singh)
-Thompson Hospital Kota Damansara menawarkan wadnya yang tidak digunakan untuk individu memerlukan penempatan sementara. Hubungi 03 6287 1111
-Pusat Sehenti Bencana DUN Lembah Jaya dibuka sebagai persediaan menghadapi banjir. Premis itu terletak di Dewan MPAJ Lembah Jaya. Hubungi 017 879 2399 (Iman)
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.