Selamat melahirkan anak keduanya pada Disember lalu, pengacara yang cukup petah, Dayah Bakar tampil berkongsi wajah comel anak keduanya.
Melalui Instagramnya, wajah comel Armand Muhammad Fayyadh yang kini berusia dua bulan menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya tidak hanya membesar dengan sihat bahkan pipi pau yang gebu dan comel buat ramai yang geram.
“Masha Allah Tabarakallah. Assalamualaikum auntie uncle dan kawan-kawan. Nama Saya Armand Muhammad Fayyadh.
“Auntie uncle boleh panggil saya ikut pilihan hati ataupun baby adik. Buat masa ni, saya paling love milk, sleep and poopoo,” tulisnya.
Ads
Malah Dayah juga turut mendoakan perjalanan anak keduanya itu sentiasa diberkati Allah SWT serta sihat membesar.
“Doakan baby adik sihat, membesar dengan kuat dan baik, cerdas, bijak dan menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ibu baba, berjiwa besar, indah akhlaknya, merendah diri dan berbakti pada agama bangsa dan negara. Amin,” tulisnya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan-rakan selebriti memuji wajah comel dan gebu si comel Armand Muhammad Fayyadh.
Ads
Semoga terus membesar dengan sihat.
Terdahulu, Dayah Bakar selamat melahirkan bayi keduanya pada 29 Disember tahun lalu.
Takziah diucapkan buat pelakon Hannah Delisha yang mengalami keguguran pada Ahad.
Perkongsian khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Hannah sendiri menerusi aplikasi X.
Malah Hannah juga turut memberi kekuatan kepada wanita yang menerima nasib sama sepertinya.
“Saya memgalami keguguran untuk kandungan pertama ini.
“Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami keguguran,” ujarnya.
Menerusi ciapan itu, Hannah juga turut berdoa agar diberikan kekuatan untuk menempuh rasa kehilangan itu malah berharap agar dapat bertemu anaknya di syurga kelak.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini, ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi mereka menyedari mereka tidak bersendirian.
“Semoga Allah memberikan kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keselesaan.
“Insyallah jumpa nanti di syurga sayang,” tulisnya.
Meninjau di Insta Storynya, Hannah juga turut berkongsi keadaan dirinya yang kini dirawat di hospital.
Terdahulu, Hannah mendirikan rumah tangga bersama Iman Shah pada tahun 2021.
Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah bercerai sejak 9 Julai lalu, namun hubungan mereka dilihat sangat baik sehingga menerima pujian warganet.
Apa tidaknya, walaupun sebelum berpisah lagi mereka dilihat tetap profesional. Malah, Nabila juga dilihat tidak kisah untuk Sahrnaaz menghabiskan masa dengan anak mereka bersama. Semuanya demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden. Terbaru, menerusi perkongsian di instagram Jebat Ayden, Sharnaaz dan Nabila dilihat bercuti bersama di Langkawi. turut menyertai percutian tersebut adalah ahli keluarga Nabila. Nampak mereka bertiga cukup gembira dan bahagia menghabiskan masa bersama.
Siapa kata sudah berpisah tidak boleh duduk bersama dan berbaik seperti kawan.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersbeut tumpang gembira dengan kerjasama mereka dalam membesarkan anak-anak.
Malah, ada yang mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih dan bersatu kembali. Sebelum ini, Nabila pernah memberitahu hubungan mereka kini lebih tenang dan matang. Malah mereka berdua sangat baik demi anak-anak.
“Saya dan Sharnaaz menangani masalah ini. Alhamdulillah makin lama, makin elok. Kita berkerjasama apa terbaik untuk Jayden. Saya banyak berkomunikasi dengan Sharnaaz . Kebelakangan ini lebih baik dan tenang berbanding sebelum ini banyak ketegangan. Nabila dalam pada itu tidak menafikan pada awal perkahwina,n hubungannya dengan Sharnaaz agak tegang. Namun demi anak dia berdua mencapai kata sepakat berdamai. Dan kini hubungan mereka semakin baik.
“Kita lebih betulkan di minda dan dekat hati. Kita buang yang lepas. I taknak gaduh, taknak berdendam dengan Sharnaaz. I taknak Jebat dibesarkan dalam suasana macam itu, vibe itu. So far now, tiada lagi perkara yang menimbulkan ketegangan. I nak Jebat luangkan masa dengan ayah dia. I nampak dia lebih ayah ayah, senyum dan tenang. Nabila turut mendoakan kebahagiaan Sharnaaz memandangkan Sharnaaz seorang yang manja. Dia turut meminta agar orang ramai mendoakan kebahagian dia dan juga bekas suaminya.
Terkini media sosial melaporkan seorang pelajar tingkatan dua patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas setinggi kira-kira 10 meter di sekolahnya di sini hari ini.
Insiden itu telah mengejutkan ramai pihak apabila pelajar sekolah menengah itu jatuh dalam jarak yang tinggi di jalan raya.
Memetik laporan utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada 7.30 pagi itu dipercayai setelah pelajar selesai mengikuti bacaan Yasin.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan, kemudahan jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.
“Mangsa yang terjatuh ke jalan raya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan terperinci masih dilakukan dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.”
NETIZEN TITIP DOA
Akibat kejadian itu, rata-rata wargamaya mendoakan agar pelajar itu selamat dan tidak berlaku kecederaan serius. Melihat mangsa dalam keadaan terbaring di atas jalan, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat kejadian itu.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...