Sebut sahaja daun pandan, tentu sudah dapat membayangkan aromanya yang mewangi.
Andai dijadikan antara bahan dalam masakan, pasti beraroma hidangan tersebut. Apatah lagi, kalau menyediakan menu nasi lemak. Tidak sempurna kalau tiada daun pandan.
Pun begitu, kegunaan daun pandan tidak terhad dengan itu sahaja. Malah petua orang dulu-dulu ada juga memanfaatkan khasiat daun pandan ini untuk pelbagai tujuan.
Ini sebagaimana yang disenaraikan di sini. Semoga ianya memberi manfaat buat anda sekeluarga.
Jom semak.
DAUN PANDAN BANYAK KHASIAT UNTUK KESIHATAN
Sangat beruntung ler sape-sape yang tanam daun pandan ni kat umah. Banyak sebenarnya kegunaan daun pandan ni yang ramai lagi tak tau kan.
Biasa daun pandan ni kita gunakan untuk masak je. Rupanya untuk sihat pun boleh guna daun pandan ni.Kita kongsi khasiat nya.
*Khasiat daun pandan ;*
*1. Menurunkan darah tinggi..(rebus dan minum airnye).*
*2. Mengubati Lemah Saraf..(rebus dan minum airnye).*
*3. Masukkan daun pandan dalam masakan boleh elakkan makanan cepat basi..*
*4. Buang angin dalam badan..(rebus dan minum airnye).*
*5. Amalan minum air rebusan daun pandan boleh matikan kuman dalam darah..*
*6. Meringankan sakit kepala .*
*7. Mengatasi masalah sembelit..(rebus dan minum airnye).*
*8. Menyembuhkan insomnia..(rebus dan minum airnye).*
*9. Mencantikkan kulit / awet muda..(rebus dan minum airnye).*
*10. Akar daun pandan direbus elok untuk ibu dalam pantang amalkan selama 40 hari untuk mengecutkan peranakkan..*
*11. Melembutkan daging dan wangikan masakan..*
*12. Menghilangkan bau busuk dalam peti dan kereta..*
Simple je nak guna, hanya guna daun pandan je dah tak perlu campur bahan-bahan lain. MasyaAllah mudah nye nak sihat.
sumber : Ahmad Muzani Abdullah Via Kebun Sayur, Bunga Dan Buah-buahan
Air Kelapa Tua Atau Muda, Dua-dua Ada Kelebihan Untuk Kesihatan. Saintis Ni Jelaskan!
Sejak dahulu lagi kita sudah biasa dengan amalan minum air kelapa untuk kebahkan demam, bagus untuk yang terkena demam campak dan sebagainya dalam kehidupan harian kita.
Bahkan air kelapa bukan sahaja digunakan sebagai cara perawatan alternatif,nyata terbukti secara kajiannya bahawa air kelapa mengandungi tinggi khasiatnya.
Ini dijelaskan juga oleh saintis Dr Suri Roowi dan turut membuat perbandingan antara air kelapa tua dan air kelapa muda, mana satu lebih berkhasiat.
Jom hadam perkongsian ini untuk manfaat bersama.
KELAPA MUDA atau TUA? YANG MANA LEBIH BERKHASIAT?
Lanjutan dari ‘posting’ sebelum ini tentang khasiat air kelapa, ada yang bertanya kepada saya tentang adakah kelapa muda atau kelapa tua yang tinggi khasiat?
Menurut kajian yang dilakukan Saintis Tempatan pada tahun 2018, kelapa tua didapati lebih tinggi kandungan potasium (237 – 361mg /100 mL) diikuti magnesium, kalsium, iron, manganese dan selenium berbanding kelapa muda.
Kelapa tua yang dikaji adalah kelapa yang berumur antara 11-13 bulan manakala kelapa muda yang dikaji berumur antara 6-8 bulan
Kelapa tua juga lebih tinggi kandungan gula sukrosa berbanding kelapa muda.
Kelapa muda pula tinggi gula fruktosa dan glukosa.
Soalnya apakah jenis air kelapa yang sesuai untuk pesakit darah tinggi?
Bagi pesakit darah tinggi, jenis air kelapa yang lebih sesuai adalah air kelapa tua berbanding air kelapa muda.
Ini kerana kandungan potasium dan magnesium yang lebih tinggi dalam air kelapa tua.
Kajian menunjukkan diet tinggi potasium, magnesium & fiber dan rendah garam (sodium) lebih sesuai untuk pesakit darah tinggi.
Rujukan
1. Halim et al. (2018). International Journal of Food Properties, 21:1, 2378-2389
2. Sadia and Rahila (2016) Journal of Intercultural Ethnopharmacology 5 (3)244-249
Adakah air kelapa sesuai untuk pesakit buah pinggang?
Memandangkan kandungan potasium juga agak tinggi dalam air kelapa muda (260 mg/L berbanding air kelapa tua 361mg/L), pesakit buah pinggang perlu hadkan pengambilan air kelapa muda atau tua.
Apakah bahan lain dalam air kelapa yang bagus untuk bantu pesakit jantung?
Kajian menunjukkan asid amino arginin hadir dalam kelapa muda pada kuantiti 300 mg/L. Bahan ini membantu masalah jantung (sebagai kardioprotektif)(2).
Apakah jenis air kelapa yang sesuai diminum ketika demam?
Untuk masalah demam, air kelapa muda lebih sesuai berbanding air kelapa tua. Selain tinggi kandungan vitamin C, kajian yang diterbitkan dalam Journal of Intercultural Ethnopharmacology pada 2016 mendapati air kelapa muda mempunyai sifat anti radang yang lebih kuat berbanding air kelapa tua. Justeru, minum air kelapa muda lebih sesuai untuk atasi masalah demam
Bagaimana pula yang ada penyakit batu karang? Apakah jenis air kelapa yang sesuai?
Air kelapa muda.
Kajian menunjukkan meminum air kelapa muda dapat meningkatkan bahan citrate dalam air kencing. Citrate adalah bahan yang boleh menghalang pembentukan batu karang (4).
Apakan sumber lain untuk membantu kesihatan buah pinggang?
Meminum air herba misai kucing khususnya bunga misai kucing juga membantu kesihatan buah pinggang. Asid kafeik dan asid rosmarinik adalah bahan yang hadir dalam bunga misai kucing dan bersifat antidiabetis, antikanser dan membantu aliran air kencing
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda.
Rujukan
2. Sadia and Rahila (2016) Journal of Intercultural Ethnopharmacology 5 (3)244-249
3. Anurag and Rajmohan(2003)Plant Foods for Human Nutrition 58: 1–12, 2003.
4. Roshan et al. (2018), Article ID 3061742
Sumber : DrSuriRoowi Principal Scientist V Formula Solution
PCOS, Gangguan Hormon Wanita Penyebab Sukar Hamil. Kenali Tanda & Gejala Yang Tidak Boleh Diabaikan
Sindrom polycystic ovari (PCOS) adalah masalah akibat ketidakseimbangan hormon. Ia biasa terjadi pada wanita dalam jangka umur reproduktif iaitu di antara umur 12 – 49 tahun. Ia melibatkan kira-kira 10% wanita dalam kumpulan umur ini.
Ia juga merupakan satu masalah kesihatan yang tidak boleh sembuh sepenuhnya. Ia boleh memudaratkan wanita dalam jangka masa panjang kerana ia bukan hanya melibatkan masalah ginekologi tetapi juga boleh mendatangkan penyakit lain secara keseluruhan jika tidak dirawat dengan baik.
Sebab sebenar mengapa seseorang wanita tersebut menghidapi PCOS tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. Faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada sindrom ini termasuklah :
Kelalian badan terhadap insulin
Insulin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas, berfungsi menurunkan paras gula di dalam badan. Seseorang yang mengalami PCOS mempunyai kandungan insulin di dalam badan yang tinggi, namun begitu sel dalam badannya tidak sensitif pada insulin ini dan menyebabkan paras gula di dalam badan sentiasa tinggi. Ini mengakibatkan penghidap PCOS mudah mendapat masalah kencing manis.
Insulin yang berlebihan ini juga berupaya meningkatkan paras hormon lelaki (androgen) dalam badan wanita itu seterusnya menyebabkan wanita tersebut mengalami pertumbuhan bulu atau rambut yang berlebihan dan juga menghadapi masalah kesukaran ovulasi (yang akan mengurangkan tahap kesuburan wanita berkenaan).
Berlebihan hormon androgen
Dr Wan Norizah Binti Wan Musa, Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan dari hospital Pakar Annur berkata, sejarah keluarga boleh memainkan peranan menyebabkan seseorang itu menghidap PCOS.
“Tanda-tanda seseorang itu menghidapi PCOS mula dikesan secara kebiasaanya apabila kitaran haidnya mula menjadi tidak teratur. Bagi sesetengah wanita, mungkin tiada mandated PCOS pada mulanya, sehinggalah ia timbul kemudian apabila berat badannya bertambah secara mendadak dan berlebihan.
“Ia semakin serius sekiranya wanita tersebut mempunyai masalah obesiti. PCOS boleh dikenal pasti apabila terdapat simptom berkaitan PCOS, melalui pemeriksaan tahap hormon di dalam darah dan juga dengan melakukan imbasan ultrasonik.
“Kitaran haid yang normal adalah di antara 21 – 35 hari. Bagi wanita yang menghidap PCOS kitaran haid menjadi tidak teratur kebiasaannya melebihi 35 hari setiap kitaran atau tiada haid langsung dalam jangkamasa yang panjang.
“Tempoh datangnya haid juga tidak teratur boleh jadi terlalu pendek atau terlalu panjang dan dengan lelehan yang banyak sehingga boleh menyebabkan wanita tersebut kehilangan darah dan kelihatan pucat. Kitaran haid yang tidak normal ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu agak sukar untuk mengandung,”jelasnya.
Selain itu, Menurut Dr Wan Norizah lagi, terdapat juga tanda fizikal berkaitan hormon kelelakian (androgen) pada tubuh seseorang wanita itu yang menyumbang kepada PCOS.
“Setiap wanita mempunyai hormon androgen di dalam badan mereka tetapi dalam jumlah yang sedikit. Bagi wanita yang menghidapi PCOS, hormon androgen dalam badan mereka adalah lebih daripada kebiasaan.
“Di antara tanda yang menunjukkan hormon ini berlebihan adalah wanita tersebut mempunyai rambut atau bulu di badan yang tebal, kelihatan seperti misai yang nipis (hirsutism), jerawat di muka dan mungkin masalah keguguran rambut menyebabkan kebotakan. Masalah berlebihan hormon androgen ini melibatkan 70% wanita PCOS.
“Imbasan ultrasonik yang menunjukkan saiz ovari yang besar dan mempunyai banyak folikel yang tidak matang sepenuhnya. Selain itu, tanda seperti kulit gelap dan tebal di sebahagian badan seperti di leher, celah kelangkang dan di bawah buah dada,” ujar Dr Wan Norizah sambil memberitahu kesan PCOS boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
Mengalami keguguran berulang.
80% daripada wanita yang menghidapi PCOS mengalami masalah berlebihan berat badan. Wanita-wanita ini kebiasaannya mengalami simptom PCOS yang lebih teruk dan kadang-kadang amat sukar untuk dirawat. Mereka juga mempunyai risiko mendapat komplikasi yang lebih tinggi.
“Masalah perubatan kepada wanita seperti sindrom metabolic, terdiri daripada kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi yang boleh mengakibatkan mudahnya mendapat masalah serangan jantung atau angin ahmar.
“Selain itu, kanser pada dinding rahim (endometrial cancer). Apabila masalah haid berterusan dan tidak dirawat sebaiknya, ia akan mengakibatkan dinding rahim semakin tebal (endometrial hyperplasia) dan berisiko bertukar menjadi kanser.
“PCOS adalah satu dari penyebab utama kanser dinding rahim bagi wanita muda,” jelas DR Wan Norizah Sambil memberitahu ada antara pesakit PCOS yang mengalami pernafasan berhenti sewaktu tidur (sleep apnoea) selain kemurungan disebabkan oleh masalah yang dihadapi dan obesiti.
Begitu pun, Dr Wan tidak menafikan sebahagian daripada wanita yang menghidapi PCOS adalah bertubuh kecil.
“Mereka juga mungkin mengalami masalah haid atau kesukaran untuk menimang cahaya mata. Bagi kumpulan wanita ini, penurunan berat badan adalah tidak perlu tetapi mereka masih perlu mengamalkan pemakanan yang betul. Mereka juga perlu sentiasa melakukan senaman supaya berat badan tidak bertambah.
“Ianya bertujuan mengawal keberkesanan tindakan insulin di dalam badan. Rawatan ubat-ubatan mungkin diperlukan untuk menangani simtom-simtom lain berkaitan PCOS seperti masalah kitaran haid, kesukaran mengandung dan berlebihan hormon androgen dalam badan.
“Menurunkan berat badan adalah cara rawatan yang paling berkesan bagi wanita bertubuh besar yang menghadapi PCOS sekiranya ingin menimang cahaya mata. Penurunan berat badan sebanyak 5% sahaja dapat membantu mengurangkan masalah PCOS.
“Ia boleh dilakukan dengan cara senaman serta mengamalkan diet yang mengandungi karbohidrat yang rendah. Disamping itu, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian sempurna perlulah diutamakan. Ubat-ubatan yang dapat mengurangkan kelalian insulin dalam badan seperti Metformin juga boleh digunakan bagi wanita yang menghidapi PCOS.
“Kedua-dua kaedah ini dapat mengurangkan masalah kelalian badan terhadap insulin, dan dengan itu mengurangkan hormon androgen di dalam badan, mengawal kitaran haid dengan lebih baik dan menambahkan peluang ovulasi seseorang wanita.
“Ia juga dapat mengurangkan komplikasi sewaktu mengandung seperti risiko keguguran berulang serta mengurangkan risiko komplikasi lain seperti sindrom metabolik dan kanser dinding rahim.
Terdapat juga wanita yang memerlukan rawatan tambahan seperti pil atau suntikan kesuburan bagi menghasilkan ovulasi dan akhirnya memerlukan prosedur permanian berhadas (IUI) atau persenyawaan in-vitro (IVF). Pembedahan seperti `ovarian drilling’ adalah satu lagi rawatan sekiranya kaedah ubat-ubatan untuk menghasilkan kandungan tidak berkesan.
Doktor Ini Jelaskan 7 Perkara Yang Kena Tahu Sebelum Makan Durian.
Musim durian ni dimana-mana sahaja akan lihat orang menjual. Paling menarik sekarang, apabila harga durian sesetengah tempat dijual pada harga yang murah.
Namun, kepada ‘hantu durian’ terdapat beberapa peringatan sebelum mereka makan durian bagi mengelak sebarang masalah kesihatan. Ikuti panduan ini.
a. Durian kaya bahan asid amino TRYPTOPHAN – Bahan ini menenangkan fikiran dan SESUAI untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
b. Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob, antihipertensi dan melindungi jantung.
Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur
c. 100 g durian – 147 kalori
100 g nasi – 151 kalori
d. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN
e. Ada kajian menunjukkan KULIT DURIAN bersifat ANTIDIABETIS. Namun, % penurunan glukosa darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding Glibenklamid
f. Ada kajian menunjukkan makan ISI DURIAN pada kadar TINGGI boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya
g. Durian kaya POTASSIUM. untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang perlu makan ikut kadarnya
h. ELAK makan durian bersama PARACETAMOL @ ALKOHOL kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Wbp, perkara ini masih perlu kajian lanjut
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul
Sumber:FB Dr Suri Roowi