Bila musim-musim hujan begini biasanya kesihatan keluarga sering juga terganggu. Sering batuk dan selesema umpamanya.
Selain perlu makan ubat yang disarankan doktor untuk merawatnya, ada baiknya mencuba dengan rawatan menggunakan daun oregano.
Bagaimana caranya, jom kita pelajari daripada perkongsian di fb ini.
“Ni lah ubat yg sya selalu bagi ank2 minum sekiranya batuk dan kahak menjelma lagi..alhamdulillah ank2 sesuai dgan herba ni.”
CARA PENYEDIAAN :
Kebanyakan orang akan rebus atau letak air panas dengan daun ni tapi sya tidak.
1. Cuci dulu bersih-bersih, lepas itu panaskan daun ni di dalam kuali yg xda minyak sehingga lembik.
Ads
2. Kemudian tumbuk sampai lumat dan perahkan ambik airnya saja.
3. Selepas tu, saring air tadi sehingga xda hampas daun.
4. Bolehlah bagi anak-anak minum begitu sahaja.
“Anak sya dari baby lagi dah sya bagi minum..alhamdulillah kahak akan keluar ikut najis dan kekadang mereka akn muntahkan kahak yg degil..sya pun minum juga sekiranya batuk dan kahak datang lagi”
Sumber : Orange Jus via Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri
Ads
Ini pula perkongsian daripada Azian Buaian Kuntum via KGTTS berkenaan beberapa cara untuk manfaatkan daun origano ini. Jom fahaminya.
“Bagus O R EG A N O india kata kawan i ni. Ubat batuk homemade. Org Melayu panggil pokok Bangun~bangun”
CARA 1 “Saya rebus je. 3 helai daun. 2gelas air. Bila air tinggal segelas tutup api. Suam sikit minum.minum 2 kali shari.”
Ads
CARA 2
“Cara kawan cina minum cam ni”
1. Ambil 4 atau 5 helai daun oregano .
2. Steam daun ni lepas tu perah air dia keluar.
3. Lepas tu tambah 1 teaspoon pure honey.
4. Jus yang diperah, bagi 2 kali pagi & malam.
“Memang berkesan untuk batuk. Berkesan untuk anak2 daripada makan ubat batuk. Hanya minum jus tu satu hari dah pulih.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sabar adalah sifat orang mulia yang disebut dalam al-Quran banyak kali. Malah antara sifat orang akan masuk syurga adalah orang yang bersabar. Hidup dalam berumah tangga tak lepas dari sebarang masalah.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Justeru, jika ada sifat sabar pasti rumah tangga aman bahagia. Perkongsian ini cukup menarik untuk dijadikan panduan oleh suami isteri.
Bait-bait kata oleh Bonda Nor cukup menyentuh hati. Moga jadi panduan bersama buat kita semua dalam melayari alam rumah tangga.
SYURGA SEORANG ISTERI
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.
Kita selalu anggap apabila lelaki dan wanita bersama di bawah satu ikatan pernikahan, maka secara automatiknya akan memiliki anak. Kerana itu, soalan pertama yang ditanya bila belum dapat anak adalah ‘merancang ker’. Mungkin di awal perkahwinan di anggap fasa berbulan madu, memasuki bulan awal bulan keenam dan seterusnya mula soal anak timbul.
Sedih, kecewa dan pelbagai lagi rasa bergayut dalam diri membuatkan hubungan antara suami isteri berantakan. Lebih memburukkan keadaan bila mana orang disekeliling menjadi duri dalam daging, bertanyakan soal anak menambahkan lagi tekanan.
Cuba hadamkan perkongsian dari Dr Syahr Musafir ini. Semoga mendapat manfaat daripadanya. Buat wanita di luar sana yang belum memiliki anak, bertabah dan bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman.
Kisah kami bermula apabila kami bernikah pada pertengahan Januari, cakap-cakap orang mula kedengaran apabila isteri saya belum mengandung sekitar Julai tahun itu.
Bagi kami, kami baru 6 bulan bernikah, logiklah belum mengandung. Tetapi bagi mereka, kami sudah 6 bulan bernikah, kenapa masih belum mengandung?
Aduh, bab ini sensitif. Sangat sensitif.
Serba-sedikit saya boleh relate, dengan pasangan suami isteri yang belum atau tidak dikurniakan zuriat. Walaupun bukan 100% tetapi sekurang-kurangnya ada, ada pengalaman dan pernah rasa perasaan perlu menghadapi pertanyaan orang.
Tak dapat saya nafikan, disebabkan soalan-soalan sebegini, terbit rasa risau dalam hati, jiwa dan benak fikiran saya. Ada masalahkah? Tak suburkah? Salah carakah? Perlu berubatkah? Macam-macam.
Antara saya, seorang lelaki bergelar suami, dan isteri, seorang wanita yang sepatutnya menjadi ibu, sudah pastilah isteri lebih tertekan perasaannya berkaitan hal ini. Jangan tanya kenapa dan bagaimana, sudah sifat jiwa wanita itu lebih terusik dan sensitif pada topik hamil, anak, menyusu dan seumpamanya. Suami memang jenis lebih rileks, tenang, rasional, sebab tak terbawa emosi sangat. Ye ke?
Kalau tak dapat anak, tak bahagialah hidup, tak lengkaplah hidup, bla bla bla…
Berlaku juga episod memujuk dan menenangkan isteri. Si isteri jadi serabut, si suami pun jadi pening. Kesian 😅
Saya nak cakap apa sebenarnya ni?
Hmmm…
Saya nak cakap, isteri-isteri yang berharap untuk hamil, bersabarlah.
Mudah kan suruh orang sabar? 😅
Betul saya nak cakap, isteri-isteri yang berharap untuk mengandung, kena sabar dan tambahkan kesabaran.
Buka mata, buka hati, lapangkan jiwa, tarik nafas panjang-panjang, dan berhenti risau sekejap supaya kita boleh berfikir.
Cuba fikir, ada orang perempuan bergelar isteri, mudah mengandung. Anak bukan seorang atau dua orang, tetapi sampai 3, 4, 5 orang, bahkan lebih lagi.
Tetapi suami tak sayang.
Wanita itu dipukul, ditipu, dicurangi, diceraikan, diperburukkan, macam-macam.
Dapat mengandung dan melahirkan, tetapi suami tak sayang. Azab rasanya, tak larat nak menanggung.
Kita, wanita bergelar isteri yang belum ada rezeki nak mengandung ini, suami selalu ada dengan kita, siang malam jaga kita, baik dengan kita, sayang kita, kan semua ini kebahagiaan?
Lebih hebat lagi, walaupun bertahun-tahun nikah tetapi belum ada anak, tetapi suami kita tak curang pun, tak berzina dengan perempuan lain, tak bernikah dengan perempuan lain tanpa izin kita, bla bla bla. Elok je semua. Suami setia.
Habis tu, kenapa risau sangat pasal tak ada anak maka tak bahagia? Kenapa tak lengkap hidup ini tanpa anak?
Tak saya nafikan, anak adalah salah satu sumber kebahagiaan. Tetapi anak bukan satu-satunya kebahagiaan.
Mempunyai suami yang baik adalah nikmat dan sumber kebahagiaan.
Mempunyai suami yang setia adalah pelengkap kehidupan.
Tak perlu stress, tak perlu serabut.
Nak usaha supaya dapat anak, lakukan dengan tenang.
Jangan buat kerana kerisauan melampau, serabut dengan cakap-cakap orang, nak buktikan kita tak mandul, bla bla bla. Ingatlah selalu, perihal anak ini bukan perihal kita, tetapi Tuhan. Anak adalah anugerah Allah ikut Allah nak beri atau tidak, bukan ikut suka hati kita nak buat anak macam kita buat kuih.
Jangan selalu kita letakkan memiliki anak sebagai titik fokus kebahagiaan, tetapi selalulah ingat memiliki suami yang baik juga adalah titik fokus kebahagiaan.
Jaga keperluan suami, hormati suami, permudahkan urusan suami, sangka baik dengan suami, bahagiakan suami, semua ini juga adalah titik fokus yang melengkapkan kehidupan kita.
Tak memiliki anak tak bermaksud tak bahagia.
Jangan kita lupa, Allah beri kita kebahagiaan dengan pelbagai cara. Jangan kerana kita mahukan kebahagiaan memiliki anak, kita hancurkan kebahagiaan memiliki suami yang baik.
Jaga dan uruskan apa yang kita ada dengan baik adalah jauh lebih penting berbanding merisaukan perkara yang kita tidak punya.
Allah Maha Baik, kan? Subhanallah walhamdulillah.
Saya tulis ni, nak pujuk hati. Biar selalu bersangka baik pada Allah, jangan pernah fikir buruk kenapa Allah tak beri rezeki zuriat kepada kita. Ingat selalu, anak bukan segala-galanya.
Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan kita akan meletak sabun pencuci dalam jumlah yang banyak ketika membasuh pakaian dengan harapan akan memberi kesan bau lebih wangi dan bersih.
Namun siapa sangka, cara ini rupanya salah, sudah tentu ramai yang tidak tahu mengenai hal ini. Sebagaimana perkongsian video ini menerusi tiktok, @norafs.co
Apa yang dimaklumkan bahawa jika sabun yang diletakkan terlampau banyak buih-buih itu akan memerangkap segala kotoran yang ada pada baju kotor tersebut.
Tip dari pekerja dobi
Menurutnya, tip ini diketahui daripada pekerja dobi yang memberitahu yang betul membasuh baju. Hasilnya sungguh berkesan untuk mengelak baju daripada berhabuk akibat berlebihan menggunakan sabun pencuci.
Malah katanya lagi untuk memastikan bajunya berbau wangi, dia menggunakan pewangi baju brand Effary.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Baju kotor balik bila letak sabun banyak. Nak ke? Guna 1 penutup pun dah cukup. Nak baju wangi gunalah pewangi baju bukan sabun basuh baju
@norafs.coBaju kotor balik bila letak sabun banyak. Nak ke? Guna 1 penutup pun dah cukup. Nak baju wangi gunalah pewangi baju bukan sabun basuh baju 🌹♬ original sound – norafs.co
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ada yang baru tahu mengenai tip ni.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...