Bagi menyelesaikan masalah kelemumur selalunya ramai yang menggunakan syampu anti kelemumur. Namun masalah kelemumur masih juga belum reda. Walaupun masalah kelemumur tidak boleh berjangkit dan tidak merbahaya, tetapi jika dibiarkan tanpa dirawat dan dipantau dengan betul ia boleh mengganggu penampilan seseorang individu dan boleh menyebabkan rasa rendah diri.

Ingat ya, jangan menggaru kulit kepala secara agresif kerana tindakan terbabit akan mengakibatkan masalah kelumumur menjadi semakin teruk.

Daun Limau Purut Rawat Kelemumur

Daun Limau Purut Rawat Kelemumur, Kisar, Lumurkan Pada Rambut
Kredit foto: Freepik

PETUA HILANGKAN KELEMUMUR GUNA DAUN LIMAU PURUT

Kisar, Lumurkan Pada Rambut

Bagi anda yang mengalami masalah kelemumur dan sudah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata anda cuba daun limau purut pula. Caranya mudah sahaja;

  1. Ambil 10 helai daun limau purut.

Daun Limau Purut Rawat Kelemumur, Kisar, Lumurkan Pada Rambut

2. Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.

Ads

3. Kalau rajin, boleh sahaja tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

4. Anda boleh mesin juga ye menggunakan mesin pengisar tapi agak-agak airnya, jangan terlalu cair.

Daun Limau Purut Rawat Kelemumur, Kisar, Lumurkan Pada Rambut

Ads

5. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

6. Urut  kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.

NOTA: Amalkan selalu nescaya anda akan dapat lihat hasilnya. Selamat mencuba!

Ads

Sumber kredit: Leha Yusof

Baca artikel berkaitan: Daun Limau Purut Mampu Menghilangkan Keletihan Badan. Petua Dulu-Dulu Yang Boleh Bermanfaat

Buah & Daun Limau Purut Bantu Kembalikan Kesegaran Tubuh, Campurkan Dengan Air Mandian

Rupanya Salah Pilih Daun Limau Purut,Patutlah Tomyam Rasa Pahit, Ini Cara Yang Betul Kena Tahu.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI