Daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang. Hasilnya rambut masih kekal hitam, lebat dan berkilat. Daun kari kaya dengan kandungan Vitamin B. Kajian dari India ini dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry.
Masalah uban dihadapi tidak kira lelaki mahupun wanita. Paling membimbangkan sekarang pada usia belum masuk 40 tahun pun sudah ramai yang berdepan masalah uban.
Salah satu cara yang boleh dicuba adalah petua tradisi yang dikongsi oleh Suzy Honey. Petua ini diperoleh oleh kenalannya yang berusia lebih 55 tahun namun rambut masih hitam berkilat tanpa uban.
Menggunakan daun kari dan yogurt untuk merawat rambut, katanya petua ini diturunkan daripada ahli keluarganya sejak dulu lagi.
Elak uban, rawat rambut guna daun kari dan yogurt
“Wow, berkilat rambut Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga? Rambut pun tak makan usia ya?
Ads
Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit .
Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.
Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.
Bahan-bahan:
Ads
3 tangkai daun kari, ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt
Cara membuat:
Ads
1. Kisar kedua bahan sampai sebati.
2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.
3. Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.
Berdepan dengan masalah pori-pori terbuka memang akan menampakkan kulit wajah tidak mulus.
Jika tidak diseluruh wajah, sering kali juga terjadi pada bahagian hidung. Hal ini sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan bahan-bahan yang cukup asas untuk dijadikan masker.
Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Adilla Azizan, caranya cukup mudah iaitu menggunakan hanya dengan sebiji telur.
Nak tahu bagaimana, jom semak.
Ramai yang ada masalah pori terbuka luas ni kan? Tau tak? Putih telur ada banyak khasiat untuk kulit kita. Kadang-kadang petua dari dapur ni pun kena lah amalkan jugak.
Selain kecikkan pori, putih telur elok untuk cerahkan kulit kusam, tegangkan kulit dan haluskan kulit ala-ala baby.
MASKER BUIH TELUR ALA-ALA MOUSSE
Bahan-bahan :
Cara Penyediaan :
1. Asingkan putih telur di dalam bekas.
2. Pukul hingga menjadi berbuih dan likat seperti mousse.
2. Sapu rata diseluruh wajah.
3. Biarkan kering dan kemudian barulah dicuci bersih.
Ini hasilnya
Kulit terlihat putih berseri dan pori-pori wajah akan mengecil jika diamalkan secara konsisten.
Kalau boleh kita semua inginkan kulit yang sihat dan nampak menawan. Tapi hakikatnya kulit wajah kita berbeza-beza dan punya masalah yang tersendiri. Jika tidak dirawat tentu sahaja akan menjadi lebih teruk dan akhirnya boleh menyebabkan wajah terlihat kusam.
[su_quote]Sebut pasal kulit wajah yang putih, gebu dan licin berseri, siapa yang tidak mahu bukan?[/su_quote]
Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mengatasi maslah kulit wajah dan seterusnya merawat kulit agar menjadi lebih sihat dan berseri. Sama ada menggunakan rawatan atau produk moden yang ada di pasaran, atau pun dengan cara yang lebih jimat dan selamat iaitu dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dari dapur kediaman kita seperti kunyit mahu pun timun.
Istimewanya juga, penggunaan bahan-bahan tersebut dalam bidang perubatan dan kecantikan sudah lama diamalkan. Keberkesanan petua yang diamalkan terbukti serasi dan menunjukkan kesan sebagai mana yang diharapkan.
Jadi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, putih dan gebu, apa kata anda cuba petua yang diamalkan oleh Norshahida Lambri dalam menghasilkan masker wajah yang dikongsi bersama melalui group fb Mahn. Jom semak!
Masker wajah
Bahan yang diperlukan :
1 sudu serbuk kunyit
1 biji timun
Cara penyediaan
Kisar timun hingga menjadi jus. (jangan letak air tau).
Setelah itu campurkan serbuk kunyit tadi bersama jus timun tadi sampai jadi pes.
Kemudian sapukan pada muka, biarkan selama 15 minit dan bilas.
[su_highlight background=”#72b5cd” color=”#242121″]Kena rajin buat seminggu sekali ye, kulit semakin cerah dan gebu. Jangan malas kalau nak cantik.[/su_highlight]
Info Ekstra
Kunyit
Kaya dengan vitamin C dan dikatakan bagus untuk mengatasi masalah kulit berjerawat, berminyak, penuaan,pigmentasi serta mampu menghaluskan kulit.
Timun
Kaya dengan vitamin E dan berfungsi untuk menghilangkan bintik hitam, lingkaran gelap bawah mata (eyebeg) serta meremajakan kulit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cara-caranya :
. Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu).
. Serai 5 batang diketuk.
. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk.
. Masak sehingga epal lembik. Siap.
. Minum ketika suam-suam.
Antara Khasiatnya:
Keluarkan angin dalam badan.
Kempiskan perut.
Menurunkan berat badan.
Cepat kenyang.
Awet muda.
Kulit cerah.
Mengurangkan kolestrol.
Menghilangkan sakit badan/sakit urat.
Sesuai untuk orang sakit lutut.
Menghilangkan sakit tumit.
Meringankan tubuh badan.
Kredit Page : Pesan Atok Nenek
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa. Namun, ada beberapa amalan tradisi yang sering dilakukan semasa raya, tetapi...