Daun Kari Masih Kekal Elok Sampai 3 Bulan, Ibu Bekerja Wajib Cuba Langkah Ni, Senang Je!

Share

Hidangan berkuah seperti kari tidak lengkap rasanya tanpa memasukkan aroma daripada daun kari yang cukup hebat rasanya.

Pun begitu membeli daun kari di kedai dan tersimpan kemas di dalam peti ais adakalanya buat ia mudah layu dan sudahnya daun herba yang satu ini jadi kering. Sudahnya pasti ramai yang membuangnya begitu sahaja.

Jangan dibuang terlebih dahulu. Aroma dan rasa daun kari ini tidak hanya datangnya daripada rasa segar daun ini, tetapi juga turut mengeluarkan aroma dan bau yang sama hebatnya walaupun selepas dikeringkan.

Jadi jangan buang dahulu, cuba ikuti langkah yang diberikan ini. Cara ini bukan hanya masih sama aromanya, bahkan daun kari kekal tersimpan elok selama 3 bulan lamanya. Hebat kan? Jom cuba.

 

 

 

Caranya:

  1. Basuh daun kari bersih dan kemudian jemur di bawah matahari hingga kering.

2. Kalau nak cepat, masukkan dalam oven yang di lapik di atas kotak. Gunakan suhu 75 C tetapi perlu awas, jangan sampai daun jadi garing. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.

4.  Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.

5.  Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun kari anda ini boleh tahan 2 hingga 3 bulan. Selamat mencuba ya!

Sumber : Mamak Haji