Menyediakan menu berasaskan kari tidak akan lengkap tanpa daun kari sebagai penambah aroma hidangan. Walau digunakan sedikit, memadai untuk membangkitkan keenakan rasa sesuatu hidangan.
Pun begitu, kebiasaannya bila kita hendak membeli daun kari mana mungkin dibeli setangkai dua tetapi dijual seikat. Tentunya akan banyak lebihan daun kari setelah digunakan untuk menyediakan juadah enak untuk keluarga. Jika tidak disimpan dengan cara yang betul, lebihan daun kari tersebut akhirnya akan kering, rosak dan dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada beberapa petua untuk menyimpan daun kari ini agar tahan lama dan aromanya kekal segar walau disimpan lama. Ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Emma Zam, menurutnya dengan cara menjemur terlebih dahulu daun kari dan kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara adalah sangat berkesan untuk pastikan daun kari kekal elok dan beraroma untuk jangka masa yang lama hingga berbulan-bulan.
Untuk itu ikuti tip yang dikongsikan olehnya, semoga bermanfaat.
“Hi semua, selamat duduk rumah. Tebang pokok kari daripada di buang baik simpan
jemur dahkering masuk toples (balang) Nak masak cekup je, bau kekal sama.”
Cara-caranya:
2. Bila sudah kering boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Bila hendak masak ambil sahaja.
Meninjau di ruangan komen, warganet turut berkongsi info ekstra untuk memudahkan lagi proses menjemur daun kari tersebut.
Info Ekstra.
Boleh beli bekas kedap udara secara online dengan promosi menarik di sini
Sumber : Emma Zam via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club