Bila menyebut tentang makan nasi berulam pucuk jambu batu, mungkin ada yang biasa menjamahnya.
Istimewanya tentang daun jambu ini, ia juga mengandungi banyak khasiat. Bukan sahaja diamalkan sejak dahulu sebagai petua dalam merawat pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan malah fakta sains juga telah membuktikannya.
Menurut perkongsian Puan Hamidah M. Ibrahim berkongsi petua yang diperolehi dari seorang sahabatnya dan nyata ia memang berkesan.
Daun jambu batu yang matang direndam dalam air panas bersama secubit garam, bagus untuk merawat cirit birit.
Bahagian pucuk jambu pula jika dikunyah & ditelan airnya mujarab untuk hilangkan senak perut dan senggugut.
Manakala Hafiz Aliaziz turut berkongsi pengalaman dalam merawat masalah cirit birit yang dihadapinya dengan menggunakan pucuk jambu batu.
Katanya, “Alhamdulillah setakat ni berkesan.”
“Saya makan mentah-mentah je. Ambik pucuk, basuh bagi bersih. Kunyah. Telan. Rasa kelat sikit la. Tapi jadi ubat.”
“Juga petua untuk bersihkan muka. Hancurkan pucuk. Lepas tu sapu kat muka. Biar dalam 4-5 minit. Lepas tu basuh.”
Meninjau perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi, turut menyatakan daun jambu banyak khasiatnya.
SUMBER ALAMI UNTUK BANTU MASALAH INFLUENZA A – Koleksi kajian literature saintifik oleh Dr. Suri Roowi
TEH DAUN JAMBU BATU
KAJIAN AWAL oleh Saintis Jepun pada tahun 2012 mendapati TEH DAUN JAMBU BATU boleh RENCATKAN pertumbuhan 3 jenis virus H1N1 (Influenza A)
TEH DAUN JAMBU BATU disediakan dengan merendam pucuk daun jambu kering (20 g) dengan 1 liter air panas (suhu 85oC selama 8 minit)
Kajian juga mendapati TEH DAUN JAMBU BATU adalah 3 hingga 5 kali LEBIH KUAT berbanding TEH HIJAU (untuk rencatkan pertumbuhan virus)
Kajian oleh Saintis Sepanyol yang diterbitkan dalam “Journal of Chemistry” pada tahun 2014 pula mendapati ekstrak air daun jambu batu mengandungi 48 jenis BAHAN BERKHASIAT
Antara bahan berkhasiat yang tinggi dalam ekstrak air teh daun jambu batu adalah procyanidin B, avicularin, guajaverin dan catechin
Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda.