Bimbang jika masalah bau badan tidak dirawat, akan menyebabkan orang lain tidak selesa berada dekat dengan kita. Lebih-lebih lagi si suami yang sentiasa berada disisi siang dan malam.
Sewajarnya kita ingin tampil sempurna di mata suami. Dan atas alasan ini, sebaiknya segera atasi masalah bau badan anda agar tidak menimbulkan masalah pada hubungan intim suami isteri.
Jom semak apa petua untuk hilangkan bau badan yang paling mudah dibuat dan berkesan.
[su_highlight background=”#f2af61″ color=”#242121″]Rebusan Daun Sireh Dan Inai[/su_highlight]
Bahan-bahan:
♥3 helai daun sireh
♥Segenggam daun inai
♥3 gelas air
Cara-cara:
1. Rebus kesemuanya di dalam periuk dengan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas.
2. Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali atau setiap kali habis haid.
Sumber : Norliza Mohd Salleh
Masker Pegaga Rajin Amal, Kesannya Wow Pada Wajah! Nampak Berseri & Awet Muda, Rugi Tak Cuba!
Petua kecantikan dengan amalkan pegaga, umumnya ramai antara kita sudah pun tahu dan biasanya akan amalkan pegaga sebagai ulam. Jika tidak pun dijadikan jus minuman yang menyelerakan untuk diambil secara rutin.
Pun begitu, andai ada yang tidak berapa suka dengan rasanya namun tetap ingin mencuba petua kecantikan berasaskan daun pegaga ini apa kata jadikan ia masker. Bagaimana cara untuk hasilkannya, jom semak perkongsian daripada Sarifa Redzuan ini. Jom semak.
PETUA MUDAH CANTIK GUNA PEGAGA TURUN TEMURUN
Adakah anda mahu mendapatkan kulit sihat dan bercahaya dalam masa yang singkat? Nah, penyelesaiannya adalah mudah, hanya amalkan minum jus dan sapukan jus pegaga dan timun ini di wajah setiap hari sebagai penyegar wajah.
Ya, pegaga!
Tumbuhan ini mempunyai kesan yang sangat kuat pada proses kecantikan kulit.
Pegaga kaya dengan asid amino, beta karoten, asid lemak, dan fitokimia. Gabungan nutrien super ini menawarkan manfaat yang hebat untuk kulit, termasuk sifat anti-penuaan yang kuat.
Kajian kegunaan pegaga telah dibuat lebih dari 80 tahun lalu, dan hasil dari kajian, seluruh dunia mula menggunakan pegaga sebagai bahan penting dalam produk kecantikan Kesihatan. Sama ada dalam skin care atau dijadikan teh untuk kesihatan.
Mengamalkan minum jus pegaga sangat bagus untuk menguatkan daya ingatan selain menjadikan seseorang itu awek muda.
Cuba sekarang dan anda akan mendapati hasil yang diingini.
Resipi jus pegaga
Segenggam daun pegaga
1/4 timun
1 cawan air
Cara penyediaan
1. Kisar semua bahan.
2. Tapis ambil jusnya
Cara kegunaanya
1. Boleh minum jus ini seminggu 3 kali.
2. Boleh dijadikan penyegar wajah
(Masukkan jus dalam botol spray, dan sejukkan serta boleh spray di wajah setiap
hari untuk kulit yang sehat dan tegang)
3. Boleh letak jus di kepala untuk merawat masalah rambut gugur.
4. Hampas jangan di buang. Hampas boleh buat kulit cantik juga. Caranya ialah dengan
menambah, 1 sudu besar madu dan 1 sudu besar tepung jagung.
Kacau semua bahan sehingga sebati untuk dijadikan masker muka. Biarkan di wajah selama 20 minit dan cuci dengan air biasa. Amalkan seminggu 3 kali masker muka ini.
Best kan, guna pegaga pun dah boleh cantik tau. Rugilah kalau tak cuba.
Cikgu Pah
Suka bahan alami
sumber : Sarifa Redzuan II
Bukan Sahaja Comel Dan Terkenal, Arif Jiwa Asyraf Juga Dapat Belajar Banyak Bahasa. Bertuahnya Cucu Tiri Siti Nurhaliza Ni!
Tidak malu berkongsi cerita mengenai pengambilan jamu sejak kecil lagi, akui Tya Ariffin yang merupakan isteri kesayangan Asyraf Khalid ini, ibunya sudah ‘memaksa’ dia mengambil jamu sejak berumur 6 tahun lagi. Sementelah kedua orang tuanya adalah penjual jamu di Palembang. Tetapi jamu untuk kanak-kanak tidak sama seperti untuk orang dewasa.
“Ayah saya adalah penjual jamu manakala ibu pula pengamal tegar jamu. Jadi, kami adik-beradik memang harus makan jamu sejak dari kecil lagi. Dulu, saya selalu lihat ibu buat sendiri rumusan jamu dan paksa saya makan sejak umur enam tahun sampailah sekarang,” ujar Tya lagi yang kini mengeluarkan produk jamu Mutyara Beauty.
Biar baru berusia 24 tahun, namun bagi Tya penampilan dan penjagaan diri harus bermula dari awal lagi. Justeru, pemilihan produk jamu adalah atas minat dan juga melihat potensi produk berkenaan.
“Mungkin orang lihat produk yang saya pilih berbeza dengan kebanyakan selebriti lain yang lebih gemar memilih produk komersial seperti tudung, minyak wangi dan kosmetik. Saya mahu mengubah skeptikal golongan remaja dan wanita moden hari ini yang melihat jamu hanya sesuai untuuk wanita berusia semata-mata.
“Jika dahulu, ibu-ibu yang memakan jamu terpaksa menyediakan sendiri ramuan . Selepas dicampur, ditumbuk, dikisar dan dikupas secara tradisional. Tetapi untuk produk ini, saya modenkan dan tukar dalam bentuk cecair selain dijual dengan harga mampu milik bagi memudahkan wanita hari ini yang terlalu sibuk dengan kerjaya untuk mengamalkan jamu.
“Sebelum ini orang anggap jamu hanya untuk orang tua dan wanita selepas bersalin sahaja. Tetapi mereka tak faham sebenarnya khasiat semula jadi jamu bagus untuk semua wanita tidak kira peringkat umur.
“Mutyara Beauty boleh diminum seawal usia berusia 16 tahun, anak dara, ibu muda dan semua wanita yang mementingkan penjagaan dalaman dan menghargai diri serta orang tersayang,” kongsinya sambil mengakui belum terfikir untuk hamil lagi memandangkan anaknya, Arif masih memerlukan perhatian dan mahu melihat dia membesar dan matang sebelum menambah anak lain.
Cukup rapat dengan anaknya, tidak hairanlah ke mana sahaja Tya pergi pasti akan ada Arif Jiwa Asyraf disisinya.
“Arif masih menyusu badan, jadi sukar untuk berenggang dengan saya. Sebab itulah saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi. Tidak ada masalah dalam merancang masa bersamanya. Malah lebih mudah bisnes sendiri kerana masa itu kita boleh rancang sendiri.
“Soal bahasa pertuturan, kalau diikutkan Arif lebih kepada bahasa Indonesia kerana pembantunya juga dari sana. Manakala Asyraf lebih suka berbahasa Melayu dan Inggeris manakala saya pula bahasa Indonesia.
“Tapi bagus juga sebab Arif boleh belajar banyak bahasa termasuklah bahasa Jawa dan sebagainya. Tetapi pada saya, kami mahukan yang terbaik untuk keluarga dan bersyukur dengan apa yang kami peroleh. Jadi, jalani kehidupan seadanya.
“Malah saya dan suami tidak pernah memaksa Arif sebaliknya apa yang dikongsi di Instagram itu adalah keletah dia yang dirakam secara semula jadi. Saya tidak paksa dia untuk senyum atau buat perkara yang dia tidak mahu,”jelas Tya lagi.
Pori-pori Besar Jadikan Kulit Wajah Nampak Bermasalah. Atasinya Dengan Lemon Dan 5 Bahan Yang Lain!
Adakah anda menghadapi masalah liang roma atau pori-pori besar dan terbuka? Masalah ini adakala menggugat keyakinan diri wanita kerana secara fizikal, mereka kelihatan lebih tua , tidak seiring dengan usia yang sebenar.
Andai anda sedang mengalami masalah sebegini, usah khuatir kerana pori-pori yang besar bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi. Selain melindunginya di sebalik solekan tebal atau mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan, ada cara yang lebih mudah dan murah untuk anda amalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dari alam semula jadi.
TIP MUDAH & MURAH RAWAT PORI-PORI BESAR
- Lemon
Buah lemon kaya dengan vitamin C yang berupaya menyegarkan kembali wajah sekali gus mengecilkan masalah pori-pori. Caranya, potong lemon kepada dua bahagian. Perah dan ambil jusnya. Sapukan jus lemon tadi di seluruh bahagian muka setiap malam sebelum tidur. Anda juga boleh saja tampalkan hirisan nipis lemon di bahagian pori-pori yang terbuka luas. Selain membantu mengecilkan masalah berkenaan, wajah anda juga akan kelihatan lebih tegang!
- Tomato
Satu lagi buah enak yang kaya vitamin C adalah buah tomato. Buah tomato dapat digunakan untuk menyegarkan kulit wajah di samping mengecilkan pori-pori. Amalkan menyapu wajah dengan masker daripada buah tomato. Caranya mudah sahaja. Lumatkan buah tomato sehingga halus sebelum disapu pada wajah. Biarkan kering seketika dan bilas dengan menggunakan air yang dingin. Air dingin ini dapat menambah kesegaran wajah anda.
- Madu
Selain enak dijadikan perasa dalam minuman atau makanan, madu juga terkenal dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Antara khasiat madu adalah membantu mengecilkan pori-pori wajah. Sapukan sahaja madu di sekitar wajah dan urut lembut. Biarkan kering seketika dan bilas dengan air dingin. Selain itu, anda boleh sahaja campurkan madu dengan sedikit jus lemon. Jus Lemon ini membantu memaksimumkan fungsi madu bagi mengecilkan pori-pori wajah anda. Amalkan dengan kerap sebagai masker sebelum tidur untuk hasil yang lebih baik.
- Timun
Sayuran berwarna hijau ini sudah sekian lama terkenal dalam pembuatan masker semula jadi. Hal ini kerana timun amat berkhasiat, lebih-lebih lagi dalam penjagaan kecantikan. Fungsinya pelbagai, dari melembapkan kulit, menghaluskan wajah sehinggalah mengecilkan jerawat. Tak ketinggalan, ia juga membantu mengecilkan pori-pori wajah. Cara mudah membuat sendiri masker daripada timun adalah dengan menghaluskan timun menggunakan mesin pengisar. Kemudian, tambahkan sedikit tepung jagung dan kacau sebati. Gunakan ia sebagai masker dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air dingin.
- Ais
Siapa kata ais tidak baik untuk diamalkan? Jika dalam penjagaan kecantikan, ais antara bahan yang amat bermanfaat. Menggunakan ais untuk mengecilkan pori-pori adalah satu langkah yang paling mudah dan cepat. Maksudnya, anda tidak perlu persediaan seperti memotong, memerah dan sebagainya. Hanya gosokkan ais pada wajah selama 15 hingga 30 minit sebelum tidur. Pastikan, anda telah membersihkan wajah terlebih dahulu sebelum menggosokkan ais. Hal ini bagi memastikan wajah bebas dari sebarang kotoran yang boleh menyumbatkan pori-pori wajah ketika proses menggosok ais. Ais ini akan membantu mengurangkan penghasilan minyak pada wajah.
- Putih telur
Sungguhpun baunya kurang menyenangkan, tapi tahukah anda bahawa putih telur mengandungi asam amino dan enzim lain yang dapat menjadikan kulit wajah anda nampak lebih muda? Sapu putih telur ke seluruh wajah dan tutup dengan tisu ala-ala masker. Lepas putih telur benar-benar kering, tanggalkan tisu pada kulit wajah dan bersihkan kotoran yang melekat. Wow, kulit terasa tegang dan pori-pori juga lebih mengecil!