Datuk ubah suai bangku terpakai latih cucu sindrom down ‘belajar’ berjalan. Hasbullah Din telah mengubah suai bangku atau stool terpakai untuk melatih cucunya yang juga sindrom Down berjalan menjadi terapi buat kanak-kanak itu.
Haider Luthfan Huzaine, 3, masih belum boleh berjalan kerana kakinya tidak boleh diluruskan selain pinggul tidak seimbang menyebabkan kanak-kanak lelaki itu sukar berjalan.
Terdahulu, Hasbullah, 71, mengajar Haider Luthfan yang mesra disapa Haider itu menggunakan bangku yang diubah suai mendapat perhatian dan pujian di TikTok, baru-baru ini.
Ibu kanak-kanak itu, Hamadah, 42, berkata, selain dilahirkan sindrom down, Haider yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu turut mempunyai masalah jantung berlubang, hypo thyroid dan penyakit hirschprung (berkaitan usus).
Menurutnya, anaknya mempunyai masalah kesukaran untuk berjalan dan proses pergerakannya agak lambat berbanding kanak-kanak normal lain menjadikan bapanya mengubah suai bangku terpakai bagi dijadikan kaedah alternatif untuk membantu Haider berjalan dan menguatkan kakinya.
“AYAH BUAT PERKHIDMATAN UNTUK PINDAH BARANG DAN ADA PELANGGAN SUDAH TIDAK MAHU KERUSI BULAT ITU, JADI AYAH AMBIL DAN UBAH SUAI DENGAN MEMASANG KAYU PEMEGANG DAN TEMPAT MELETAKKAN GAJET UNTUK HAIDER BERLATIH BERJALAN.
“Kami tak mahu paksa Haider untuk berlatih kerana bimbang boleh membuatkan dia sakit atau jemu dan gajet dijadikan sebagai ‘umpan’ untuknya melakukan latihan. Usaha itu secara tidak langsung membantu menguatkan pergerakan kaki anak,” katanya.
Katanya, inisiatif itu dilakukan sejak tiga bulan lalu dan anaknya mempunyai perkembangan positif serta gembira melakukan latihan yang boleh dianggap sebagai terapi untuk berlatih berjalan.
“KAMI BAGI ANAK BUAT LATIHAN ITU SETIAP HARI SELAMA 10 HINGGA 15 MINIT. USAHA DILAKUKAN AYAH MEMANG MEMBANTU ANAK DAN AYAH SUKA MEMBUAT INOVASI SEJAK DULU TERUTAMA MENGGUNAKAN BARANGAN TERPAKAI,” KATANYA.
Guru bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di sini, berkata, Haider adalah anak yang ceria dan aktif serta kuat berdepan ujian yang bukan saja dilahirkan sindrom Down tetapi mempunyai beberapa penyakit lain.
“Selepas dilahirkan Haider mempunyai masalah nafas laju dan berbunyi serta dikesan mempunyai masalah jantung berlubang, namun sudah menjalani pembedahan serta masih dalam pemantauan doktor.
“Anak juga ada penyakit hirschprung apabila najis tidak boleh dikeluarkan secara semula jadi dan perlukan bantuan, tetapi dia juga sudah menjalani pembedahan pada Julai tahun lalu dan kini sudah boleh membuang najis sendiri.
“Saya percaya tidak lama lagi anak boleh berjalan dengan baik dan dengan bantuan kerusi itu, ia memudahkan lagi usaha kami.
“Saya kongsikan di TikTok untuk kenangan selain sebagai update untuk suami kerana kami tinggal berjauhan,” katanya yang menetap di rumah ibu bapanya di Meru, Ipoh.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Datuk & Nenek Jaga Cucu Tidak Mudah Kesepian, Hidup Jadi Lebih Positif
Macam Ibu Suapkan Anak Pelajar India Suap Rakan Sindrom Down Makan Raih Pujian!
Azian Mazwan Sapuwan Dapat Cucu Lagi, Umur Baru 49, Dah Ada Tiga Cucu
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my