Kelahiran puteri sulung penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin pada Mac nanti sememangnya cukup dinantikan oleh semua peminatnya. Begitu juga Datuk Siti yang menantikan bayi sulungnya sekian lama.
Datuk Siti yang hadir pada pembukaan Jakel Ostia Bangi yang berlokasi di Ostia Bangi Business Avenue, Bandar Baru Bangi pagi tadi kelihatan ceria dan bertenaga khusus untuk mempromosikan beberapa produknya di Galeri Ariani.
Hadir dengan busana biru putih menyerlahkan lagi keserian wajah ibu mengandung. Sempat Datuk Siti berkongsi kisahnya sepanjang kehamilan. Tak kurang juga persediaannya untuk berpantang nanti.
Kata Datuk Siti, dia sepakat untuk hanya berpantang di rumahnya sahaja dan memilih khidmat confinement lady sepanjang tempoh 44 hari itu.
” Macam orang lain juga, saya pilih berpantang secara tradisional tapi dekat rumah sahaja. Kalau ikutkan tradisi kita memanglah nak mak jaga tapi mak pun
dah berusia dan saya buat keputusan berpantang di rumah sahaja dan ambil perkhidmatan berpantang di rumah,” katanya yang sudahpun menempah perkhidmatan
wanita berpangalaman daripada Pantai Timur bagi menjaga sepanjang tempoh itu.
Kata Datuk Siti lagi, setakat ini dia masih lagi belum membuat apa-apa persiapan seperti perabot dan peralatan bayi tetapi dibanjiri dengan hadiah daripada peminat-peminatnya.
“Memang banyak sangat peminat yang hadiahkan barangan bayi pada saya. Saya rasa bersyukur dan anggap ini rezeki bayi saya. Setakat ni semua persiapan
peminat dah bagi, cukup lengkap dengan set mandian bayi, set kendong bayi dan sebagainya. Alhamdulillah dan terima kasih,” kata Datuk Siti yang hamil minggu ke 30.
Ads
Berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan menghadapi saat bergelar ibu, Datuk Siti akui dia sedikit berdebar.
Lambakan hadiah daripada peminat.
“Orang kata saat yang paling sukar adalah waktu menyusu dan saya sendiri tak sabar dan gementar nak lalui semua itu. Saya sendiri tengok bagaimana menantu saya, Tya disiplin diri menyusukan anak, kunci jam setiap 2 jam dan sebagainya, saya banyak belajar daripada situ dan saya memang merancang untuk menyusukan bayi jika diberikan rezeki oleh Allah,” katanya.
Kongsi 10 Perkara Sepanjang Hamil
Tak hanya berdebar menantikan kelahiran bayinya, Datuk Siti juga sempat berkongsi kisah kehamilannya sepanjang usia 30 minggu ini. Sepuluh perkara yang
dikongsikan Datuk Siti mencuit hati kita. Tumpang happy untuk Datuk Siti.
* Terkejut bayi mula menendang terutamanya pada waktu malam. Kata Datuk Siti..”Rasa pengalaman tu terkejut juga, ada masanya dia bergerak macam berombak.
Bestnya bila dia bergerak laju, tapi frustnya bila nak ambil video dia senyap.”
Ads
* Datuk Siti langsung tiada masalah tidur, cuma lenguh-lenguh ketika tidur. Biasanya akan duduk dahulu dalam 30 minit dan kemudian barulah tidur dengan selesa.
* Paling suka makan hand roll Jepun sepanjang kehamilan.
* Amalkan minum air kelapa, minyak zaitun, kurma, air zamzam dan multivitamin sepanjang hamil.
* Sehingga kini berat naik sehingga 15kg.
* Alami mual berterusan sehingga mengandung usia kandungan 4 bulan.
Ads
* Merancang nama anak bermula dengan nama Siti dan kalau lelaki bermula dengan huruf A.
* Merancang pakai baju raya sama warna dengan bayi pada Syawal nanti.
* Suka susun bantal sebelum tidur untuk tidur dengan selesa.
* Tengok video kelahiran bayi sebagai persediaan.
Semoga penyanyi kesayangan kita ini dipermudahkan proses kelahirannya pada Mac nanti. Tak sabar tunggu anak Tok Ti.
Kredit Foto: ctdk instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tular sejak semalam video yang memaparkan seorang kanak-kanak ditampar, ditendang dan rambut ditarik oleh seorang pengasuh taska.
Memetik laporan Harian Metro, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipukul berkali-kali di bahagian muka dan kepala ketika makan.
Kejadian berlaku di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Jalan Kampon Seronok Nosoob, Penampang.
Menurut bapa mangsa isterinya terkejut melihat kesan luka di kepala anak mereka.
Ekoran itu, mereka bertindak untuk memeriksa CCTV selepas pihak taska tidak memberikan sebarang jawapan tentang kesan luka tersebut.
“Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.
“Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali.” katanya.
Dia turut mendakwa sejak Mac lalu ini adalah kali kedua anaknya menjadi mangsa dera di taska tersebut.
“Insiden pertama berlaku dua minggu lalu selepas isterinya melihat kesan lebam dibahagian tangan anak mereka.
“Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) namun mengubah mengatakan dipukul rakannya.
“Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska.
“Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit.” jelasnya.
Susulan itu, lelaki tersebut melaporkan kes berkenaan di Balai Polis Tanjung Aru manakala anaknya kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Ibu bapa adalah cerminan kepada anak-anak untuk membesar sebagai generasi yang baik.
Begitu juga halnya dalam membentuk peribadi anak-anak sebagai orang Islam untuk menjadi hamba dan khalifah yang baik.
Inspirasi dengan perkongsian Enie Nawawi menerusi facebook miliknya mengenai cara rakannya mendidik anak-anak sehingga cemerlang dalam pelajaran.
Bukan untuk mendabik dada atau riak tujuan perkongsian ini, namun katanya untuk memberi manfaat.
Seterunsya ikuti perkongsian ini.
Saya pernah pinjam contoh karangan English untuk rujukan anak sulung saya semasa dia Form 3. Kagum dengan bahasa dan ayat yang digunakan.
‘Ini bukan level Form 3 ni, Form 5 pun kalah ni’, getus hati saya.
Tapi, tak pelik sebab ibu dan ayahnya adalah guru Bahasa Inggeris dan memang itu adalah bahasa pertamanya di rumah.
Dia terus melangkah.
Semua A semasa SPM 2014 di MRSM Kopu.
Bergelar al-hafiz setelah setahun setengah kelas hafazan. Masya Allah!
Saya tak pelik sebab dia memang istiqamah dan sangat rajin disamping Allah kurniakan ketajaman akal untuk menghafal.
Tergolong dalam 7 pelajar teratas semasa di peringkat Persediaan MADPP.
Ditaja oleh MARA untuk menyambung peringkat degree di West Virginia University, US. Cemerlang juga di situ.
“Mama, the cords that I have around my neck indicates the cgpa”, beritahu beliau bila ibunya bertanyakan soalan yang saya tanya.
He graduated with magna cum laude, meaning cgpa between 3.61 to 3.8. Tahniah aunty ucapkan!
Mendapat tawaran oleh universiti berkenaan untuk teruskan Master dan kemudian PhD sehingga sekarang. Di usia 25 tahun (2022) nanti, anak muda ini bakal bergelar Dr setelah selesai PhD in Petroleum Engineering.
His lecturer amat menggalakkan untuk dia memohon green card dan mendapat title as Permanent Residence di sana. Satu penghormatan yang saya sangat bangga bagi anak muda exMRSM Kopu dari Pasir Pekan, Kelantan ini. Moga beliau akan terus membawakan mesej dakwah walau di mana saja beliau berada.
Tapi, lagi sekali saya tidak pelik kerana ada al-Qur’an bergerak yang dibawanya kemana-mana.
Membaca Yasin sepanjang perjalanan semasa di tahun pertama di US sebelum berjumpa dengan halal food walaupun ada rakan yang berhenti makan non-halal food dengan alasan darurat (15 jam perjalanan ke Florida). Allahu Akbar.
Amalan membaca 1 muka surat ayat-ayat Allah setiap rakaat solat sebagai murajaah setiap hari. Memang begitulah!
Tidak pelik jika Allah kurniakan kejayaan demi kejayaan pada beliau. Sentiasa bawa Al-Qur’an walau di mana saja beliau berada.
Moga semua ini menjadikan beliau seorang yang sentiasa bersyukur. Itulah niat si ibu yang memang beliau pesan pada anak-anak beliau sejak berada di sekolah rendah.
“Kalau nak belajar kat oversea, mama minta hafal Qur’an dulu dan biar Qur’an sentiasa bersama-sama”.
Itulah prinsip yang dipegang oleh anak-anak beliau. Bahagia! Bila Allah kurniakan mata dengan kanta akhirat.
Keempat-empat anak beliau adalah hafiz dan hafizah. Alhamdulillah! Saya turut bangga sebagai kawan kepada ibunya sejak Tingkatan 1.
Moga kita juga dikurniakan mata dan matahati yang sentiasa memandang Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.
“Dan apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, Aku dekatinya sehasta, apabila hamba-Ku mendekati-Ku sehasta, maka Aku dekatinya sedepa. Jika hamba-Ku mendatangiku dengan berjalan, maka Aku datanginya dengan berlari”
(HR Bukhari dan Muslim).
p/s: This post has been consented by his mom. (“Sekiranya boleh memberi manafaat, silakan” pesan beliau pada saya).
Umum mengetahui pelakon dan juga hos, Elizad Saharuddin kini dalam proses rawatan ujian persenyawaan in vitro (IVF). Setiap kali membuat rawatan, hos program Talksshow Mingguan Wanita ini akan memuat naik perkongsiannya dilaman instagram.
Terbaru, pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik gambarnya yang berada di atas katil rawatan beserta kapsyen memohon orang ramai menitipkan doa buatnya meneruskan rawatan.
Di dalam perkongsian itu juga, Elizad turut memberitahu dia telah berpuasa dari malam sebelumnya bagi meneruskan proses selain perlu ditidurkan dahulu sebelum rawatan dilakukan.
Salam & Selamat pagi kesayangan semua . Pagi ni “ egg pick up “ bersama Dr Azlin @dr.azlin & team @sophea_fertility . Nebesss kemain 😅 dgn rasa lapar ( puasa dari malam tadi . ) Harap2 “ telor “ keluar semua yg baik2 & cantik2 . Moga dipermudahkan 🤲🏻 . Doakan saya ya . Saya “ tido “ dulu . Nak bius dah . ❤️ Nanti sedar nak makan byk2 ! Awwww 😘
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.”
Elizad dan suami mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu. Pasangan ini mengharapkan cahaya mata dan rawatan IVF merupakan salah satu inisiatifnya dalam mendapatkan anak. Semoga urusan Elizad dipermudahkan.
khairulhafiza77Semoga semua urusan Ejad serta suami dipermudahkan olehNya dan dimakbulkan segala permintaan dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha. #EjadKuat
nadia.hussinSemoga dipermudahkan..teringat ovum pickup tahun 2018.masa kena bius tu rasa puas sgt tdo.bgn2 laparmacam 2 hari puasa😂
galoshireaaamin. semoga dipermudahkan semuanya. . semoga dikurniakan rezeki zuriat utk sis dan pasangan TTC yg lain.
cikleen88❤️Moga dipermudahkan segala urusan Eliza n suami dan mendapat zuriat yg baik soleh solehah ya
shidah50Semoga Allah kabulkan niat adek @elizadsharifuddin dan dipermudahkan segala apa jua urusan. Stay positive always 👌
nuraliahsuaidahaminn. Ya Allah prmudahkan urusan sis elizad. smoga telur yg di ambil smua greed bagus2 n slmt di senyawakan🤲🏻
madam_zee77Banyakkan minum susu kambing dan kurma…banyakkan amalam sedekah..selalu ziarah anak2 yatim..dan usaplah kepala anak2 yatim…tu insyaAllah ikhlaskan hati mudahan rezeki ada di pihak puan…amin ya rabbal alamin
niailovaPengorbanan seorng isteri dan ibu 😍 insyallah semoga tercapai segala hajat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.