Hiburan

Datuk Red Sah Duda, Datin Red Enggan Tuntut Nafkah Kasihankan Bekas Suami

Share

Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu, 46, sah menjadi duda setelah menceraikan isteri pertamanya, Datin Seri Sharidah dengan talak satu pagi tadi.

Datuk Red melafazkan talak cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor di hadapan hakim syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Berdasarkan dokumen yang dibacakan oleh peguam Datuk Red, Datin Red bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya iaitu nafkah iddah dan mutah.

Katanya dia kasihankan bekas suaminya itu kerana dia tahu Datuk Red sedang mengalami krisis kewangan.

“Sebab saya tahu dia muflis. Tak apalah, saya cari nafkah sendiri untuk anak-anak,”

“Saya tak mahu susahkan dia dan akan sentiasa menyokongnya,” jelas Datin Red.

Sebelum lafaz dibacakan, Datuk Red dan Datin Red sempat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir.

Datin Red turut memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.

Bulan lepas, Datuk Red terdahulu sah bercerai dengan isteri keduanya, Adira Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

Adira memfailkan cerai terhadap bekas suaminya itu pada Oktober tahun lalu.

MESTI BACA: Datuk Red Berhasrat Sambut Raya Bersama Keluarga Buat Kali Terakhir

Anak Itu Rezeki Tidak boleh Dibandingkan Dengan Duit. “Biar Anak Bertambah, Isteri Cukuplah Dua Orang.” Itu Respond Datuk Red.

Adira Matang, Tak Tuntut Nafkah Anak

SUMBER: Astro Gempak

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my