Baru-baru ini seorang usahawan Malaysia, Datuk Red menjadi topik utama perbualan netizen di media sosial setelah mendedahkan dirinya telah bankrap sejak 5 tahun yang lalu. 

Isteri keduanya, Adira Suhaimi yang juga merupakan seorang penyanyi telah failkan tuntutan cerai tanpa berkongsi sebabnya terhadap orang ramai. 

Datuk Red Berhasrat Sambut Raya Bersama Keluarga Buat Kali Terakhir

Dikongsi menerusi laman Tiktoknya, beliau berharap agar kedua-dua isterinya lembut hati untuk membenarkan dirinya menyambut hari raya bersama serta anak-anak pada tahun ini andai kata ia merupakan sambutan hari raya terakhir sekiranya rumah tangga tidak dapat diselamatkan. 

“Hari ini saya pulang ke rumah Adira, rindu anak-anak,” kapsyen di video Tiktoknya yang dikongsi semalam. 

Dalam videonya itu, anak-anak beliau kelihatan teruja berjumpa dengannya. Beliau sempat berjenaka bersama salah seorang anaknya, Anggrek, 7, bahawa beliau merupakan seorang “tiktoker” sekarang. 

Ads

“Nanti kakak jangan tengok papa tau, malu,” guraunya kepada Anggrek. 

Beliau juga ingin menganggap keluarganya tidak mempunyai sebarang masalah buat masa sekarang supaya dapat meraikan hari raya tanpa bermasam muka bersama keluarga besar.

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan bahawa beliau sengaja melewatkan proses penceraian dengan kedua-dua isterinya berharap agar mereka berubah fikiran tanpa memaksa untuk tetap bersamanya.

Ads

Mesti Baca: Berpisah Dengan Suami Jalan Terbaik, Adira Enggan Tunjuk Kesedihan Depan Anak!

Adira Suhaimi Tekad Mahu Berpisah Dengan Suami, Tiada Persefahaman Jadi Punca!

Wanita Ini Kongsi Petua Kawan Orang Jepun, Nak Bagi Kulit Putih & Anti Penuaan, Guna 4 Bahan Aje.

Ads

Sumber: Tiktok dato..red

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Datuk Red Berhasrat Sambut Raya Bersama Keluarga Buat Kali Terakhir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI