Datuk Rashid Sidek seorang ‘family man,’ lepas bersara, banyak habiskan masa dengan isteri dan anak-anak. Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan badminton Malaysia.
Beliau merupakan salah satu daripada adik-beradik Sidek yang terkenal, yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan badminton. Dengan dedikasi, disiplin, dan semangat yang tinggi, Rashid Sidek telah mencipta sejarah sebagai salah seorang pemain badminton terkemuka di negara ini.
Meskipun sudah bersara daripada sukan berkenaan namun khidmat dan kepakarannya masih diperlukan. Sekaligus diberi tanggungjawab menjadi jurulatih skuad badminton kebangsaan sampai sekarang.
Berpuluh tahun menabur bakti demi negara tercinta, Datuk Rashid bagaimana pun seorang family man. Dia yang kini berusia 56 tahun dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Banting, Selangor merupakan anak bongsu kepada pasangan Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah.
Datuk Rashid mendirikan rumah tangga dengan Datin Azehan Abdul Halim pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan yang kini 19 tahun, Azwin berusia 18 tahun, Eizran 14 tahun dan Irfan, 10 tahun.
Selepas bersara, Datuk Rashid banyak menghabiskan masa bersama keluarganya. Malah, beliau gemar berkongsi gambar-gambar ketika bersama isteri dan anak-anak di laman Instagram.
Sumber: Instagram Datuk Rashid Sidek
Baca artikel lain juga: Tak Siapa Raikan Masa Menang, Adik Badminton Dapat Raket & Kasut Baru. Nak Jadi Macam Lee Chong Wei!
Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my