Datuk Rashid Sidek seorang ‘family man,’ lepas bersara, banyak habiskan masa dengan isteri dan anak-anak. Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan badminton Malaysia.
Datuk Rashid Sidek Seorang ‘Family Man,’ Lepas Bersara, Banyak Habiskan Masa Dengan Isteri & Anak-anak
Beliau merupakan salah satu daripada adik-beradik Sidek yang terkenal, yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan badminton. Dengan dedikasi, disiplin, dan semangat yang tinggi, Rashid Sidek telah mencipta sejarah sebagai salah seorang pemain badminton terkemuka di negara ini.
Meskipun sudah bersara daripada sukan berkenaan namun khidmat dan kepakarannya masih diperlukan. Sekaligus diberi tanggungjawab menjadi jurulatih skuad badminton kebangsaan sampai sekarang.
Berpuluh tahun menabur bakti demi negara tercinta, Datuk Rashid bagaimana pun seorang family man. Dia yang kini berusia 56 tahun dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Banting, Selangor merupakan anak bongsu kepada pasangan Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah.
Datuk Rashid mendirikan rumah tangga dengan Datin Azehan Abdul Halim pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan yang kini 19 tahun, Azwin berusia 18 tahun, Eizran 14 tahun dan Irfan, 10 tahun.
Selepas bersara, Datuk Rashid banyak menghabiskan masa bersama keluarganya. Malah, beliau gemar berkongsi gambar-gambar ketika bersama isteri dan anak-anak di laman Instagram.
Kahwin dengan isteri sebab isteri cantik, tapi bila isteri dah selekeh dan tak cantik, suami mula cari perempuan cantik yang lain.
Namun, suami jangan lupa, penampilan isteri yang menawan itu, adalah dari suami juga. Jika suami sediakan serba serbi kemudahan untuk tampil menawan tentu isteri cantik.
Bukannya suami merungut isteri tak cantik tetapi tak buat apa-apa untuk buat isteri cantik.
Isk… Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku nie. Kata si suami dalam hatinya. Handphone dibelek – belek membuka whatsapp group rakan – rakan. Ada yang share gambar wanita – wanita cantik beserta caption “Selamat pagi abang – abang dalam group nie”. Cair si suami menengoknya. Tak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar – gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
Yang peliknya, yang tukang share itu adalah suami orang. Anak pun dah berderet. Berkongsi pula dengan rakan – rakan yang sudah berkeluarga dan kadang – kala tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan group keluarga / keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu / anak saudara / mak saudara / sepupu sepapat lain tengok kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok LIKE gambar – gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat “berinteraksi” kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya, perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
Bila buat benda – benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.
Kenapa la isteri aku tak cantik? Bisikan nakal di hati suami. Dulu menarik gila. Tak puas tengok. Pantang bergesel lengan je pun terus jadi. Tapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu. Lemau je. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sane sini. Tak selera langsung dah. 2 minggu sekali tu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Macam makcik tua. Tepek bedak sejuk je, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain. Sedap je mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu…
Kalau si suami ada perasaan macam nie, amatlah menyedihkan. Isteri tu tak cantik kenapa? Isteri tu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk suami. Anda nak isteri anda cantik, tapi anda yang tak jaga. Macam mana nak cantik?
Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka dia tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Pastu nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain – lain. Silap – silap foundation pun anda taktau ape.
Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan kat badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan – jalan je pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai. Terus dicop sebagai nusyuz ! Maksiat ! Walaupun kelas tu semua perempuan. Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja – kerja rumah tu kan berpeluh? Anda nie bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazir la takut kena tipu la. Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle je asalkan ade baju. Tak ke membazir? Nak cantik – cantik nie nak tunjuk kat sape? Berdosa tau. Kata si suami memberi alasan. Lepas tu nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..
Makeup pun takda? Pakai bedak sejuk je? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Tu yang dia tak pakai dah. Dia nak beli kat Guardian, Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup tu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak? Zzzz…
Dan akhir sekali. Cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri. Jika anda cintakan dan hormat isteri, anda takkan buat perkara – perkara pelik tu. Anda juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam BroOhsem nie poyo gila. Macam dia sorang je yang best. Jika anda berfikiran sebegini, saya tak dapat bantu anda. Tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya meminta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada anda.
Namun, jika anda terkesan dengan posting ini, tataplah isteri anda. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah. Berbincanglah dengan isteri apa yang dia perlukan. Kadang – kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati anda kembali kepada isteri tercinta.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Klik ➡️ t.me/broohsemfans ⬅️
BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang pengguna di aplikasi X berkongsi luahan hati apabila mendapati suami curang dengan pekerjanya sendiri.
Kata wanita itu perkongsiannya bukan untuk membuka pekung didada atau meraih simpati tetapi terkesan dengan kisah-kisah dimedia sosial mengenai kes kecurangan dalam rumah tangga.
Katanya dengan situasi yang dialaminya itu, dia memahami perasaan wanita yang dicurangi oleh suami sendiri. Tambahnya setiap wanita berhak mempunyai perasaan cemburu kepada suami tanda sayang namun sebaliknya jika lagi mencintai suami.
Luahan Wanita itu telah mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersimpati dengannya situasi yang dialami Wanita itu. Antara komen adalah seperti berikut
FAZURA BERI RESPON BERSIMPATI
Dalam pada itu, salah satu komen yang turut bersimpati kepada wanita berkenaan adalah daripada pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang memberi kata-kata semangat untuk kuat menghadapi ujian.
PEMINAT TERUJA FAZURA KOMEN
Sikap prihatin Fazura dengan memberi komen ringkas tetapi penuh makna membuatkan para peminatnya teruja dan tidak sangka selebriti popular itu turut memberi komen sebegitu.
Sumber: Aplikasi X Fazura & Lalisyaaa135, Instagram MissFazura
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buntu memikirkan bila anak-anak yang semakin membesar tidak mahu mendengar kata. Pelbagai amalan yang dilakukan sejak kecil namun anak masih lagi menunjukkan sikap yang sama.
Sebagai ibu dan ayah, nilai diri kita sendiri. Mungkin kita tersalah mendidik atau tersalah langkah dalam berkongsi ilmu dengan anak-anak. Jangan buntu dan terus menyalahkan diri kerana masih ada ruang untuk anak kecil kita berubah.
Empat pesanan yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini kita kena ikuti.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Ikuti segala perkongsian olehnya.
Anak-anak yang mendengar kata ibu dan ayah pastinya menjadi satu kebanggaan. Tiada yang lebih membahagiakan buat hati ayah dan ibu melainkan memperoleh anak yang mendengar kata, rajin tolong ayah ibu, rajin pergi sekalah, tak tinggal solat dan sebagainya.
Semua ini antara ciri-ciri anak yang sentiasa menjadi kebanggaan. Namun tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Ini yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa!
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.