Isteri cerminan suami. Kedudukan suami sebagai pemimpin keluarga perlu membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak. Bagaimanapun, kenyataan ‘isteri cerminan suami’ bukanlah satu sifat yang mutlak dalam semua keadaan. Justeru itu, hakikat tingkah laku atau akhlak seseorang adalah cerminan peribadinya sendiri yang tersemat nilai takwa dan keimanan.
Datuk Mustapha Kamal – “Isteri Cerminan Suami, Jika Rasa Isteri Leceh, Menyusahkan, Keras Kepala, Itulah Diri Kamu Sebenarnya”
Ungkapan yang selalu diwar-warkan ini ‘isteri cerminan suami’ hanya bersifat simbolik untuk menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab suami dalam mendidik dan memimpin isteri ke jalan yang diredai oleh Allah SWT. Begitu juga anak-anak yang soleh adalah hasil didikan dan dan bimbingan daripada ibu bapa yang soleh.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.” Surah al-Tahrim (6)
Prof Muhaya pernah berkata, “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang wanita yang bergelar isteri adalah mengikut acuan suaminya.”
Ads
Bak kata perumpamaan, isteri adalah cerminan suami. Bagaimana baik didikan sang suami, itu yang akan ditonjolkan oleh si isteri. Begitu juga sebaliknya.
Kerana itu, menjadi tanggung jawab suami untuk memberikan ilmu agama yang cukup buat isteri dan anak-anak. Bukan sekadar menyediakan nafkah zahir batin dan juga membantu urusan rumah tangga dan sebagainya.
Perkongsian dari aktor terkenal Mustapha Kamal ini wajar dijadikan panduan buat pasangan suami isteri dalam melayari alam rumah tangga. Ringkas namun cukup padat dan bermakna bagi kita semua.
Ads
Cantik suamimu, cantiklah kamu. Elok suamimu, eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.
Wahai sang suami, jika kamu merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kamu yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.
Ads
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.” In sha Allah.
Untuk info, Datuk Mustapha Kamal, 61, dan Datin Susan Manen, 50 mendirikan rumah tangga 26 tahun yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan romantik ini, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sabella Qawiema, 25, Aulia Qayyiem, 23, Salsabil Qurani, 21, dan Naqli Qaddiem berusia 13 tahun.
Sesungguhnya hidup seorang wanita sebagai seorang isteri mahupun ibu ada ujiannya yang tersendiri.
Ada saat dan ketika hatinya begitu bahagia hidup bersama keluarga tercinta, namun tidak dinafikan hatinya boleh terasa sedih, kecewa , tertekan dan terluka disebabkan oleh mereka juga.
Ini sebagaimana apa yang cuba ditafsirkan oleh Najibah bila terlihat gambar seorang wanita yang sedang menjahit luka di tubuhnya.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan.
Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja.
Insyaallah tips ini membantu ibu rasa kuat, tersusun dan kurang terluka seperti dalam gambar itu.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting.
Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan ada zikir tertentu yang kita amal. Ia beri tenaga luarbiasa kepada jiwa kita masyaallah. Biiznillah.
Ibu ibu, jika tak jaga perkara ini, kita akan mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangan. Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Sumber : Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
Bersyukurlah kita duduk di rumah bersama anak-anak. Sebaliknya barisan frontliner kini bekerja tanpa rehat demi memastikan pesakit dijangkiti mendapat rawatan segera.
Malah melalui perutusan Perdana Menteri petang tadi, kakitangan perubatan secara kontrak akan ditambah untuk mengatasi kekurangan frontliners ini.
Dalam pada itu, seorang doktor melalui perkongsiannya, menasihati supaya para frontliners menjaga keselamatan diri ketika melakukan rawatan ke atas pesakit yang dijangkiti virus bahaya ini.
Ikuti perkongsiannya.
Bagi seseorang yang sentiasa pantas nak menyelamatkan pesakit, nak abaikan perasaan sebegitu adalah sukar.
Berkali-kali kami berpesan kepada doktor muda yang mengendalikan pesakit Covid di ICU;
“Pastikan pakai PPE sebelum attend pesakit. Selagi PPE takde, jangan fikir nak dekat dengan pesakit.
Tak mengapa pesakit tak stabil. Tak mengapa nadi mereka memuncak. Tak mengapa tekanan darah mereka jatuh ke lantai. Yang penting kamu mesti lindungi diri terlebih dahulu sebelum menyelamatkan mereka.”
Mantra sama saya ulang-ulangkan.
“Tapi sementara nak sarung PPE, patient boleh bradycardic sampai asystole (jantung memperlahan sampai terhenti). Cytokine surge boleh terjadi terlalu cepat. Saya tak sanggup tengok!” jawab MO saya.
Ya. Dia masih trauma mendengar raungan anak pesakit di telefon yang dalam kuarantin, tatkala dia sampaikan khabar ayahnya di ICU baru saja meninggal dunia.
Sepanjang hayat saya, inilah pandemik pertama yang saya saksikan.
Ia pengajaran yang besar.
Untuk doktor yang dah biasa dahulukan pesakit dalam segala hal; sampai tak kisahkan rehat, atau makan minum, sanggup tahan buang air. Nak biarkan pesakit mati didepan mata semata-mata nak sarungkan perlindungan lengkap terlebih dahulu adalah sesuatu yang sukar diterima akal.
Bak ibu yang menyaksikan saat-saat anaknya bakal dilanggar kereta, si ibu memang takkan fikir dua kali, dia sanggup mati demi nak selamatkan anaknya.
Tapi ini pandemik. Tiada kecemasan dalam pandemik. Prioriti melindungi yang sihat lebih tinggi dari menyelamatkan yang sakit.
Tak mudah nak terima hakikat ini para doktor sekalian. Kita sama-sama belajar ya.
Ketika mendidik anak untuk menjadi seorang yang beradab dan sopan tingkah lakunya bukanlah kerja mudah.
Tambah pula semasa membesar, mereka mudah untuk mengikut contoh dari orang sekeliling tidak kira yang positif atau negatif.
Oleh itu, perlakuan yang baik mestilah dididik oleh ibu ayah sejak awal lagi. Jika ada perbuatan atau percakapan yang tidak betul segera ditegur supaya anak faham cara mana yang sewajarnya mereka boleh dan tidak boleh lakukan.
Contohnya bila berlaku keadaan anak meninggikan suara pada ibunya. Sebagai seorang suami dan ayah, bila lihat keadaan tersebut terjadi, perlu bertindak dan tentang hal ini saudara Mohd Fhais ada berkongsi pandangannya.
Katanya bila ada anak tinggi suara pada ibunya, tolong tegur please….
Baru ni bawa anak ke DIY, ternampak seorang anak ni meninggi suara pada ibunya. Naik stress nampak wajah ibunya.
Si ayah pula datang, “adik nak beli apa?”, si ayah cakap dalam gaya manja…
Allahu.. tak boleh begitu. Anak tinggi suara perlu di tegur dulu.
Tinggi suara pada ibu ni dosa besar!
Bila kita selaku ketua keluarga tak ambil serius hal ini, maka hilanglah rasa hormat anak pada ibu.
– hal adab
– hal hormat
– hal akhlak
Ini 3 hal yang jadi tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga didik pada anak.
Tak ada orang lain dah, tugas kita tu!
Tolong cakna tentang ini. Tegur bila ada anak tinggi suara, kasar atau memukul ibunya.
Anak yang hormat ibu tandanya si ayah berjaya didik adab, sifat hormat dan akhlak pada anak-anaknya.