Berita

Datuk Kesal Gagal Selamatkan Cucu Dalam Tragedi Kebakaran

Share

Kami tidak sedar Airis (nama panggilan arwah) tiada bersama kami. Rupa-rupanya dia masih ada dalam bilik di tingkat atas.”

Begitulah luah yang menyayat hati Mohd Tahir Nabil, 70, datuk kepada kanak-kanak lelaki, Putra Harriez Azmil ,5 tahun ditemui rentung di sebuah kediaman dalam kebakaran melibatkan 40 buah rumah di Lorong Jati, Kampung Kinabutan, Batu 5 Jalan Apas, Tawau, malam semalam.

Menurut laporan Harian Metro,warga emas tersebut kesal kerana tidak menyedari cucunya masih berada di dalam bilik kerana hampir semua ahli keluarganya panik disebabkan keadaan yang gelap.

Menceritakan detik cemas itu, hampir semua 13 ahli keluarganya termasuk isteri, anak dan enam cucu berada di rumah dan ada yang sudah nyenyak tidur ketika kejadian tersebut berlaku.

“Saya terkejut apabila terdengar suara jiran menjerit dari luar rumah mengatakan rumah terbakar sebelum melihat api marak di bahagian hadapan tangga rumah.

“Saya bersama anak dan menantu mengejutkan ahli keluarga dan membawa cucu menaiki kenderaan yang di parkir berhampiran lorong rumah ke kawasan selamat.

Namun katanya, tidak menyedari cucunya itu tidak ada dalam kenderaan. Rupanya masih ada dalam bilik tingkas atas.

Menurut warga emas tersebut, dia cuba meredah api untuk menyelamatkan cucunya itu namun tidak berjaya kerana api terlalu marak.

BEKALAN ELEKTRIK PUTUS SEBELUM KEBAKARAN

Katanya sebelum kejadian dia tidak boleh tidur kerana berlaku ribut dan angin kencang menyebabkan ada antara atap rumah penduduk di sini mengeluarkan bunyi bising seolah-olah mahu tercabut.

“Tidak lama selepas itu, bekalan elektrik pula terputus hampir sejam sebelum kebakaran berlaku menyebabkan penduduk menjadi panik.”

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.10 tengah malam itu, sebanyak 40 buah rumah hangus terbakar, menyebabkan kebanyakan penduduk di situ kini tinggal sehelai sepinggang.