Datuk K Siap Bagi ‘Warning’ Pada Afwa. Gelagat Dua Beranak Ni Tarik Perhatian Warganet!

Share

Tegasnya seorang ayah dalam menegur anak-anak dengan hanya signal mengangkat satu jari sekali pun sudah membuatkan anak-anak faham makna tegahan atau amaran  yang ingin disampaikan. Hal ini seakan kita semua sedia maklum, hatta anak kecil juga memahaminya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Ini sebagainya satu video yang memaparkan anak kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhamad Afwa yang sedang bermain-main dengan ke sana ke sini di dalam satu majlis di rumah mereka.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah reaksi ayahnya Datuk Seri Khalid yang seakan memberi amaran kepada Afwa untuk duduk diam dan sekali gus jangan mengganggu perjalanan majlis tersebut.

Pada mulanya dengan hanya memberi signal jari telunjuk yang digerakkan ke kiri dan ke kanan, membuatkan Afwa segera kembali ke belakang seakan faham amaran yang diberikan oleh ayahnya.

Namun lumrah anak kecil, meskipun diberi warning namun sekejap sahaja terkesan. Afwa dilihat terus berlari dan turut bermain pula dengan beg salah seorang tetamu yang hadir. Bukan itu sahaja, Afwa sempat juga mengambil air botol  yang ada di situ.

Hal ini telah mengundang tawa netizen apabila melihat gelagat Afwa yang terlihat begitu comel. Bahkan tidak kurang juga mengatakan Afwa seorang anak yang baik dan bijak . Sehingga kini video ini telah ditonton ramai dan mendapat 19K tanda suka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Afwa.

Tulis salah seorang warganet, “Comelnyaaa budak bertuah Afwa ni, gerammmm tengok 😂😂😂😍😍😍”

“Comel Muhammad afwa bijak ❤️❤️❤️,” komen yang lain.

“Alaaa comelnyaa cerdik dia terjengket2 lari 🤣,” ujar netizen yang lainnya.

Sumber : muhdafwakhalid

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club