
Tempias populariti ibunya, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, apa sahaja yang dilakukan oleh kedua anaknya, Aafiyah dan Afwa sudah semestinya menjadi perhatian.
Gelagat Afwa yang kini sedang membesar kini semakin menarik perhatian ramai. Ada sahaja aksi dan gelagat comelnya yang menarik perhatian.
Terbaru, gelagat comel Afwa dan Aafiyah yang bermain bowling bersama ibu dan keluarga menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, Afwa dilihat cukup lincah dan aktif ke sana sini sambal bermain bersama ibunya.
Begitu juga dengan gelagat Aafiyah di lorong sebelah yang mana sedang mengambil bola yang berpatah balik. Masing-masing comel dengan gaya sendiri.
Siti pula dilihat cukup cemerlang ketika bermain bowling. Beberapa kali balingan Siti hampir sahaja menjatuhkan kesemua pin. Tak hairanlah aksi Dato’ Siti dipuji ramai.
Watch on TikTok
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kabinet Dapur Bersih Dan Tahan Lama, Dua Cara Mudah & Murah Pastikan Kabinet Dapur Terjaga!

Dapat memiliki kabinet dapur yang lengkap di rumah adalah antara satu kegembiraan besar buat semua wanita bergelar isteri.
Apa lagi kabinet ini dipasang sebaik memasuki rumah baru. Rasa hari lebih lengkap dan sempurna. Satu kejayaan besar buat diri sendiri.
Maklum sahaja hendak memasangnya bukan hanya perlukan keinginan semata-mata tetapi memerlukan kos yang tinggi.
Kabinet dengan material biasa-biasa sahaja paling kurang menelan belanja 5 ribu dan ke atas, inikan pula lengkap dengan segala fungsi serta menggunakan material yang tahan lasak. Tidak hairanlah ada kabinet yang dipasang dengan harga berpuluh ribu.
Kalau begini harganya, dapur pastinya menjadi ruang yang cukup disayangi. Perlu dijaga sebaiknya supaya ia kekal lebih lama. Soalnya bagaimana?
Sebenarnya tidak sukar menjaga permukaan kayu kabinet dapur kita. Anda patut cuba dua cara ini. Mudah sahaja!
Cuka + Air
Guna dua bahan ini yang cukup murah dan mudah untuk jaga kabinet kita. Campurkan sedikit cuka ke dalam air dan kacau hingga sebati. Kemudian ambil kain atau tuala pengelap dan mulakan menyental seluruh permukaan kayu kabinet dapur. Sental lebih sikit pada permukaan yang kehitaman. Biarkan kering. Lakukan cara ini setiap kali kabinet nampak kotor.
Sapu Minyak Zaitun
Selain menyental dengan cuka, cara lain untuk memastikan kabinet terjaga dengan cantik adalah dengan cara menyapukan minyak zaitun pada permukaan kayu kabinet dapur.
Selepas pembersihan menggunakan cuka dan air, biarkan kering sebentar kemudian sapukan sedikit minyak zaitun di seluruh permukaannya. Hasilnya kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Insyaallah kayu kabinet akan tahan lama. Lakukan proses ini setiap 6 bulan sekali.
Tip Lindungi Kabinet Dapur
1. Apabila terdapat kesan resapan air di ruang kabinet terutama bahagian sinki, ini menandakan silikon yang digunakan sebagai penebat air sudah terbuka atau rosak. Cepat-cepat perbaiki sebelum merebak permukaan hadapan kabinet.
2. Cahaya matahari yang berlebih-lebihan pada kabinet kayu juga kurang sesuai. Sifat kayu yang bertindak balas dengan kepanasan buat kabinet akan terjejas. Jadi perlu langsir dan kesan cahaya yang minima, kabinet pasti tahan lama.
3. Kesan minyak tumisan daripada proses memasak juga sangat meninggalkan kesan pada kabinet dapur. Jika tak pasang hud perangkap minyak, sentiasalah bersihkan permukaan kayu yang terkena minyak. Kesan minyak yang melekat lama kelamaan akan menebal dan meninggalkan kesan pada tekstur kayu.
4. Suhu dan kelembapan juga banyak mainkan peranan pada kabinet dapur kayu. Keadaan kering dan kepanasan suhu akan menyebabkan kayu mengecut kerana kekurangan kelembapan. Sebaliknya jika terlebih lembap, kayu akan mengembang, retak dan merekah.
Cerita Terbaru Animasi Kanak-Kanak Mengandungi Unsur LGBT! Cerita Apa tu? – Ibu Bapa Tolong Pantau Anak-Anak

Setiap hari minggu anak-anak sering meluangkan masa dengan menonton televisyen. Ada yang bermain game, ada yang tengok movie, ada yang bermain dan sebagainya.
Bagi ibu bapa dan penjaga, anda seharusnya memantau sebarang kandungan bahan tontonan anak jagaan anda sebelum terlambat!
Melalui satu perkongsian daripada pemilik akaun Karina Vailes di Facebook menjelaskan satu filem animasi baharu berjudul Jurassic World: Camp Cretaceous.
Jelasnya, ketika bersama dua anak lelaki, dia terkejut dengan pengisian filem animasi tersebut memaparkan babak yang tidak seharusnya ada terutamanya bahan tontonan anak.
“Saya terkejut apabila salah satu watak wanita animasi itu, Yaz mula mengakui perasaannya terhadap seorang gadis lain, Sammy.
“Kenapa saluran televisyen terbabit tidak menukar filem animasi itu kepada bahagian kandungan matang. Saya kecewa dengan semua rancangan moden yang mendorong idea homoseksual kepada kanak-kanak,” jelasnya.
Tambahnya lagi, fikiran anak-anak masih terbentuk dan tidak memerlukan rancangan seperti itu untuk memberitahu keadaan dunia ketika ini.
Katanya, menonton rancangan di saluran tersebut adalah untuk dihiburkan bukan untuk diserang dengan idea atau agenda politik yang tidak sepatutnya.
“Rupa-rupanya filem animasi itu berkisar tentang hubungan cinta lesbian dan saya dimaklumkan bahawa mereka menjadi ‘agak fizikal’ dalam salah satu episod.
“Saya kini telah menyekat rancangan itu daripada profil kanak-kanak. Tetapi, saya masih ada benda yang ingin dipersoalkan, siapa yang mengaut keuntungan daripada ini? Dan berapa banyak?” soalnya.
Zaman teknologi sekarang sangat lah membimbangkan sebab konten yang diperbuat daripada dunia barat sering memasukkan instrument LGBT, keganasan dan tabiat yang buruk walaupun dalam kartun. Anak-anak kita tak tahu untuk memilih isi kandungan kartun kerana padanya semua kartun hanyalah sama saja. Namun kita sebagai orang tua dan ibu bapa penjaga haruslah bijak dalam memilih konten untuk menjadi tontonan kanak-kanak.
Sumber : Kosmo!
“30 Tahun Baru Tahu!” Rupanya Ini Fungsi Tab Tarik Botol Minyak Masak, Selama Ni Buang Aje!

Minyak masak adalah antara barangan wajib ada dalam senarai barang dapur setiap bulan. Setiap kali hendak memasak, kita membuka penutup botol minyak kemudian bahagiannya akan ada tab penarik.
Biasanya tab penarik ini kita akan membuangkan ke dalam tong sampah. Untuk membuka tab ini kadang kala agak sukar terutama bagi minyak masak bersaiz besar.
Dan kebiasaannya, minyak yang dituang terus dari botol akan terpercik ataupun ‘terlajak’ tuang dalam kuantiti yang banyak.
Namun tahukah anda bahawa tab penarik ini sebenarnya ada fungsinya.
Menerusi akaun TikTok, senz.malaysia, Datin Katherine mendedahkan fungsi sebenar tab penarik botol minyak masak itu.
“Apakah kebaikan tab tarik yang dalam botol minyak?
Cepat cuba!”–Senzmalaysia
Menerusi video itu, , Datin Katherine menjelasan bahawa tab penarik itu untuk mengawal banyak mana minyak masak yang ingin digunakan.
Beliau turut menunjukkan cara yang betul menggunakan tab penarik itu supaya minyak masak dituang dalam kuali atau periuk dengan lancar.
NETIZEN TERKEJUT BARU TAHU FUNGSI
Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen terkejut penggunaan tab penarik ini. Ada yang mengakui tidak pernah tahu fungsi.
Sumber: Senzmalaysia
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz