PERKAHWINAN  merupakan permulaan sebuah kehidupan yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan.

Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami. Maknanya, taat kepada suami maka si isteri akan mudah mendapat syurga.

Selain itu,  menurut Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah ada perjelaskan 11 ciri-ciri seorang isteri yang dekat dengan syurga.  Jom semak dan bersama kita cuba untuk perbaiki diri menjadi lebih baik.

11 Ciri Isteri Dekat Dengan Syurga

❥ 1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suami adalah pemimpin

Ads

❥ 2. Seorang Isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri..

❥ 3. Seorang Isteri yang selalu ta’at dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan(derhaka kepada ALLAH)..

❥ 4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah tanpa izin suami..

Ads

❥ 5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya)..

❥ 6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)..

❥ 7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah..

Ads

❥ 8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

❥ 9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami..

❥ 10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar sang suami merasa tenteram hatinya..

❥ 11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain..

sumber:Dato Dr. Haji Fadzilah Kamsah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI