Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi seperti strok dan juga kematian jika tidak dirawat. Lazimnya apabila pesakit akan bergantung kepada ubat untuk kekal tekanan normal.
Namun, tak salah, jika kita cuba cara alami. Sebagaimana perkongsian Dato’ Dr. Hamid Arshat ini mungkin sesuai diamalkan.
Moga bermanfaat untuk kita semua!
Kawal Darah Tinggi
Beberapa panduan yang baik untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mula menghidap penyakit darah tinggi.
Saya pun bila kepenatan dan stres, tekanan darah saya naik 150/90 MmHg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal. Alhamdulillah biasanya pressure akan turun 130/80 mmHg.
Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat timbunan lemak pada dinding (atherosclerosis). Ia sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.
Bila saluran darah sempit, jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu dalam organ-organ terpenting.
Jadi risikonya dalam jangka panjang ialah serangan jantung, strok serta macam-macam lagi gejala kesihatan.
Ads
7 rahsia kawal darah tinggi saya:
(1) Kawal berat badan. Kegemukan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan tinggi karbohidrat. Kurangkan makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, coklat dan jauhi air bergas. Satu lagi nasihat saya, kurangkanlah makan daging merah seperti lembu dan kambing.
(2) Bersenam 30 minit setiap hari. Senaman dapat meningkatkan aliran darah kepada tisu dan organ, disamping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah. Ia juga dapat merembes hormon endorfin daripada otak agar menjadikan kita lebih tenang dan ceria.
(3) Kawal stres. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat mengawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, bertafakur dan lakukan deep breathing exercises, umpamanya yoga.
(4) Ambil makanan yang mengandungi vitamin C, beta karotena, flavonoid dan antioksidan yang membantu mengawal tekanan darah dengan menyekat chronic inflammation serta membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu.
(5) Amalkan memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi serta ulam-ulaman. Antaranya ulam raja, sambung nyawa dan pudina. Jus ulam raja, selain bertindak mengawal kolesterol dan gula dalam darah, ia juga bersifat anti-kanser. Banyakkan makan buah mangga, tembikai, keledek merah, lobak dan berries.
(6) Minum jus lemon, air limau nipis, limau kasturi dan grapefruit khususnya selepas makan daging. Air limau ni boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti-inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-duanya mengandungi bahan antioksidan dan anti-inflammatory.
Ads
(7) Ambil minyak ikan, minyak kelapa da ra dan minyak zaitun. Khasiat ikan salmon dan makerel ni terbukti sangat baik dan ia mengandungi Omega-3 serta DHA. Juga berfungsi sebagai anti-inflammatory.
Seperti yang beliau katakan, ulam raja ni baik untuk mengawal kolesterol dan gula dalam darah. Kita pun boleh amalkan cara semula jadi ni tau, caranya kisar pucuk ulam raja dan campurkan sedikit madu asli. Boleh juga campurkan epal hijau atau lobak merah bagi menambah khasiat jus. Minum seminggu sekali pun boleh.
Antara 5 Khasiat Ulam Raja
1. Menaikkan Selera Makan
Menurut kajian, ulam raja dikenal pasti dapat membantu menaikkan selera makan seseorang itu. Caranya adalah dengan mendapatkan 100 gram daun ulam raja yang masih segar. Kemudian, bersihkan daun tersebut dengan air dan seterusnya dimakan secara mentah ataupun ketika anda makan nasi.
Ads
2. Mengatasi Masalah Jantung
Selain daripada pengambilan ubat-ubatan moden, individu yang mengalami masalah jantung turut dapat mengamalkan ulam raja bagi menanggani masalah mereka. Caranya adalah seperti dibersihkan dan dimakan secara mentah ataupun dapat direbus dengan sukatan tiga gelas air dan direbus sehingga tinggal dua gelas air. Setelah itu, minum air rebusan tersebut.
3. Untuk Menghalau Serangga
Mungkin ada yang terkejut, aik untuk serangga?? Yup betul, selain baik untuk kesihatan kita, ulam raja juga mampu membantu kita menghalau serangga. Caranya adalah seperti, ambil daun ulam raja dan ditumbuk sehingga halus. Kemudian, letakkan di tempat-tempat yang dialui oleh serangga.
4. Mencegah Penuaan (Awet Muda)
Mesti ramai kan berminat dengan khasiat yang ini? Tak dinafikan, setiap manusia menginginkan wajah yang sihat serta muda. Lebih-lebih lagi wanita. Oleh itu, seringkan amal memakan ulam raja ni ye.
5. Menghilangkan Bau Mulut
Dengan memakan ulam raja secara rutin, kita secara tak langsung sebenarnya mampu menghilangkan masalah mulut berbau. Selain itu, disebabkan oleh kandungan kalsium yang tinggi di dalam ulam raja, kita juga dapat membantu tulang kita menjadi lebih kuat dan sihat.
Sumber: Dato’ Dr. Hamid Arshat via majalahilmu.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Satu badan anda gatal dan mungkin sudah berjangkit kepada ahli keluarga yang lain? Ini mungkin “kudis buta”. Gatalnya tidak dapat dibawa bincang dan apabila garu akan sampai berdarah. Ini pesanan dari Dr Ahmad Sahman untuk merawat kudis buta.
Kudis buta atau nama lainnya, “scabies” adalah keadaan kegatalan pada permukaan kulit yang digigit oleh kutu “sarcoptes scabiei”.
Apabila dilihat di bawah mikroskop, kutu ini berbadan bulat dan mempunyai 8 kaki. Kutu ini betina dan akan menggorek masuk ke dalam kulit untuk bertelur dan mati kemudian. Apabila telur menetas, ianya akan menjadi kutu dan akan menyebabkan kegatalan.
Bagaimana boleh berjangkit?
Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Kutu ini boleh didapati pada tuala, selimut, baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !
Jangkitan scabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ruam scabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
Bagaimana ingin merawatnya?
Rawatan pertama: Menggunakan losyen anti scabies
Losyen Permethrin 5%:
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan ke atas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion
Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%:
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa (12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak-kanak (2-12 tahun): campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi (2 bulan ke atas): campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed
Losyen Lindane 1%:
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
– Contoh : Scaboma Lotion
Rawatan kedua: Jangan berkongsi tuala, baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.
Rawatan ketiga: Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah atau tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
Rawatan keempat: Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Rawatan kelima: Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Semoga bahan bacaan kali ini dapat memberi manfaat buat anda dan keluarga.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Terdapat pelbagai jenis minuman air rebusan daripada harba terpilih telah diamalkan oleh kaum wanita sejak dahulu lagi. Kemudian diwarisi dari satu generasi ke generasi hingga ke hari ini, minuman herba terus menjadi amalan kaun wanita. Lebih-lebih lagi dalam bab penjagaan kecantikan dalaman dan luaran wanita.
Berkongsi salah satu minuman air yang direbus daripada gabungan herba, Ida Zmri menyarankan ianya patut diminum sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan kesihatan dalaman terjaga.
CANTIK LUARAN ,SIHAT DALAMAN
Hai ampa, ni kami nak share dengan ampa cara nak buat minuman untuk jaga dalaman wanita. Jangan kira nak cantik luaran ja tau..dalam pun kena jaga jugak. Sama penting dua-dua tu.
Bahan-bahan pun senang dapat. Boleh kata dalam dapur kita memang sentiasa ada benda ni. Jom kita amalkan,semoga dalaman makin sihat, mantap bertenaga dan cik somi pun makin sayang.
First kita check dulu barang apa yang kita nak guna
Halia
Daun pandan
Kunyit hidup
Serai
Bunga cengkih , Bunga lawang , Kayu manis
Gula batu atau Gula perang atau Madu pun boleh
Caranya-caranya
1. Rebus semua bahan dengan 3 gelas air hingga jadi 1 gelas. Gunakan api perlahan.
2. Tunggu suam dah boleh minum
Ekstra Tip: Yang nak rapatkan bahagian intim boleh tambah 1 biji manjakani (yang belum kawin,anak dara tak sesuai ok..no,never). Yang mana ada keputihan melampau lampau tu boleh tambah daun sireh,sehelai dua cukup la.
Rebusan ni elok ampa amalkan sebelum atau selepas haid, sebulan sekali pun dah cukup
Antara kebaikan dia, mewangikan kewanitaan, segarkan badan. Urat saraf yang mana dah lama bersimpul tu pun boleh la terlerai dari simpulan kasih dia tu.. wajib cuba resipi ni tau,jangan malas-malas
Kebanyakan wanita hari ini memakai Contact Lens atau juga dipanggil kanta lekap bukan sebab rabun semata-mata, malah lebih ramai menggunakan kanta lekap ini bertujuan untuk kelihatan lebih cantik dengan mata yang mempesona.
Biarpun ada yang mengatakan penggunaan contact lens ini boleh membahayakan kesihatan mata, namun tidak kurang pula mengatakan sangat selamat asalkan pandai jaga kebersihan dan tidak dipakai dalam tempoh masa yang panjang dalam sehari.
Wanita yang menggelar dirinya sebagai Nurul Syafika II di laman Fb merupakan pemakai kanta lekap tegar. Ikuti perkongsian tip dan cara yang dilakukan untuk memastikan kanta lekapnya sentiasa bersih dan selamat digunakan. Jom semak!
Saya sudah 7 tahun pakai contact lens. Ada ke yang pakai lebih lama dari saya ? Meh kita borak pasal contact lens. Sini ada sedikit tips penjagaan contact lens yang mungkin sedikit bermanfaat buat pemakai-pemakai contact lens di luar sana.
First saya nak bagi tahu yang saya pakai CL bukan saja-saja pakai, tapi sebab saya RABUN ! Maklumlah pakai spec ni agak leceh, terutamanya bagi ‘hijabster’. Kalian yang tak rabun sepatutnya bersyukur masih boleh melihat dengan terang lagi nyata, so tak perlulah pakai sekadar suka-suka.
Ok kalau nak pakai sangat sini saya ada sedikit tip yang berdasarkan pengalaman saya buat kalian :
Sebelum pakai CL, tangan kena cuci betul-betul, seeloknya guna air sabun dan bilas. Kalau rasa pedih-pedih cuci balik CL. Mungkin masih ada bulu-bulu degil yang melekat di tangan.
Lepas letak CL dalam mata, titis air Renu khas utk mata bercontactlens. Botol dia sama dengan botol eye glo/eye more.
Biasa kita dengar pakai CL maximum 8jam. So lepas balik dari kenduri cepat-cepat buang, cuci dan rendam dalam bekas CL balik.
Air Renu/apa-apa brand untuk rendam CL wajib ada . Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu! Air paip takkan sama dengan air CL.
CL hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci CL ada caranya, bilas dengan air CL paling kurang 3x.
6. Bila CL dah ditanggalkan, jangan biar mata macam tu saja. Titiskan dulu dengan Eye Glo. Supaya mata tak merah dan kering.
Sumber : Nurul Syafika II
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.