Datin Fouziah Gous Sebak Suami Kongsi Video Ruang Solat Di Raudhah. Perkongsian Yang Sungguh Inspirasi!

Share

Terkesan sunguh perkongsian yang sungguh inspirasi oleh pelakon dan hos, Fouziah Gous yang memaparkan rakaman video yang dikongsi suaminya ketika di tanah suci Mekah.

Melalui video ini, Fouziah meluahkan isi hatinya bahawa begitu sebak melihat perkongsian suaminya.

“Sorry sayang I know video ini untuk family. Tapi I nak juga share dengan my beloved followers and one for my album . Antara berpuluh2 video Dari suami, ini membuat hati saya sebak. How lucky u are sayang. Duduk dekat Raudhah lebih sejam, dapat baca Quran, doa Dan solat .. syukur atas rezeki besar ini.. hebat rancangan Allah untuk mu, baca Quran Di Raudhah Di hari Nuzul Quran ..”

“I jarang nak share semua video yg ada, tapi ini khas untuk anda yg Tak pernah tengok Raudhah dan juga Di mana tempat Bilal. Sebab saya pun tak pernah lagi tengok dimana tempat Bilal .. masyaAllah … @zhafyusof#madinah #masjidnabawi”

Dalam pada itu, para peminatnya turut melahirkan rasa sebak melihat rakaman yang sama. Moga perkongsian ini menjadi inspirasi kita untuk mendekatkan diri kepada Allah dan muhasabah diri.