
Dasyatnya Kesan Pada Otak Jika Anak Selalu Diabaikan!
Sebelah kanan tu adalah otak kanak-kanak yang kurang kasih sayang, kurang sentuhan, kurang ransangan dan kurang perhatian.
Otak anak yang diabaikan ni mengalami gangguan teruk pada perkembangan cortex dan ukuran otaknya lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain!
Nak anak bijak dan sihat otaknya?
Balik rumah nanti terus :
– peluk anak
– bisikkan perkataan ayah sayang adik / ibu sayang adik
– gosok ubun-ubun anak
– tinggalkan handphone di bilik lain atau di kereta
– tutup TV dan banyakkan bermain bersama
– banyakkan ciuman, pelukan dan sentuhan sayang
– banyakkan eye-contact, bukan screen-contact
– selalu bisikkan pujian kebanggaan kita pada perangai baik mereka
Terus praktik benda ni semua pada anak masing-masing ye. Jangan sampai otak anak kita teraniaya hanya kerana kita lebih fokus pada gajet dan dunia kita sahaja!
Sila ke Telegram Channel ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif saya supaya tak terlepas ilmu parenting yang lebih penting ye
#tolongsebarkan
#ajarkeluargakita9
Sumber:FB Taufik Razif
“Terima Kasih Jadi Isteri Taat & Lahirkan Anak Lelaki Comel. ” Ucapan Romantis Syamsul Yusof Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke 5. Sweetnya!

Setiap pasangan pastinya ada cara tersendiri dalam meraikan hari bahagia dalam kehidupan suami isteri.
Baik ulang tahun perkahwinan mahupun hari jadi, pasti momen ini dinanti-nantikan.
Kesibukan urusan kerja tidak membataskan pelakon dan juga pengarah terkenal Syamsul Yusof dalam meraikan ulang tahun Perkahwinannya bersama isteri tersayang Puteri Sarah.
Semalam merupakan ulang tahun perkahwinan pasangan ini yang ke – 5, syamsul menerusi laman instagramnya memuat naik ucapan beserta gambar bersama isteri tersayang.
“Salam ulang tahun perkahwinan yang ke-5 isteriku… Terima kasih kerana menjadi isteri yang baik dan taat selama ini.Terima kasih juga lahirkan anak lelaki saya yang comel Syaikhul Islam. Awak selalu pesan dialah harta saya yang sebenar. Ye sayang saya takkan lupa.
“Saya tak mampu balas semuanya sayang, cuma berdoa semoga awak mendapat keberkatan dan syurga Allah diakhirat nanti. Saya sayangkan awak dan anak kita selamanya,” tulis Syamsul di kapsyennya.
View this post on InstagramA post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on
Puteri Sarah dan Shamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syaikhul Islam yang kini berusia dua tahun. Kini, mereka sedang menantikan kelahiran anak kedua tidak lama lagi.
“13 Tahun Duduk ‘Rumah Flat’, Ni Hadiah Untuk U.” Azad Jasmin Buat Surprise, Hadiahkan Isteri Rumah Impian Siap Surau Mini!

Pasangan ini memang tak perlu diperkenalkan lagi, gelagat dan aksi mereka sering mengundang tawa peminat. Terutama pak Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin yang memang gila-gila orangnya.
Disebalik gelagat happy go lucky itu, dia sebenarnya seorang suami yang romantis. Baru-baru ini dia membuat kejutan dengan menunaikan impian isterinya Eira Syazira untuk mendapatkan rumah impiannya.
Dalam satu perkongsian, Pak Azad telah membawa Eira ke kediaman baru mereka, sebuah rumah dua tingkat sebaik sahaja isterinya selesai mengerjakan solat terawih.
Kejutan tersebut dibuat oleh Pak Azad menerusi satu rakaman momen indah dengan mata isteri tersayang ditutup. Video tersebut dimuat naik oleh Eira menerusi laman instagramya.
ALLAHUAKBAR!!! SURPRISED NAK MATIIIIII 😭😭😭
HADIAH TERINDAH SELEPAS 10TAHUN PERKAHWINAN DARI SUAMI TERCINTA. NO WORDS TO DESCRIBE … SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT. THANK YOU MY LOVE @azadsyaziraroses 💚🤲
“Surprise!!! Bismilahirrahmanirrahim, masuk inilah rumah kita.” ujar Pak Azad sambil memeluk erat bahu isteri kesayangannya itu dan memimpin masuk ke dalam rumah mereka yang berkonsepkan ‘modern luxury’.
Dalam kejutan video yang berdurasi 40 minit itu, Eira dibawa melakukan ‘house tour’
“Sebelum ini you selalu cakap nak meja makan yang boleh muatkan 10 orang makan… i adakan untuk u.
‘Rumah kita ada surau juga, selepas ini kita terawih sama-sama kat sini ya. Impian you untuk ada dapur kering dan basah juga i tunaikan.” kata Pak Azad lagi.
Difahamkan , pak Azad mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman rumah tersebut tanpa pengetahuan Eira Syazira.
“I tipu cakap kawasan sini ada kes Covid-19,” dedahnya apabila ditanya Eira bilakah masanya dia melengkapkan keseluruhan hiasan bermula dari ruang tamu sehingga ke bilik tidur yang terletak di ruang atas kediaman tersebut.
‘Selepas 13 tahun tinggal di ‘rumah flat’ hari ini pada bulan ramadan yang mulia, i hadiahkan rumah ini untuk u. I harap u suka.
Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai. Rata-rata melahirkan rasa gembira buat pasangan tersebut dan memuji Azad suami yang prihatin serta mendoakan pasangan ini terus kekal bahagia selamanya.
Sumber: eirasyaziraofficial& azadsyaziraroses
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Dengar Jeritan Sebelum Nampak Separuh Badan Tertimbus. Gali Guna Tangan Bantu”- Mangsa

“Saya terdengar jeritan meminta tolong sebelum ternampak ada separuh badan yang hanya nampak tangan dan kaki tertimbus dalam runtuhan tanah.
“Saya dan rakan terus menggali tanah itu dengan tangan kami untuk membantu wanita dan anaknya,” kata Chong, 28.
Chong adalah mangsa yang terselamat dalam runtuhan tanah di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini, hari ini.
Lelaki dari Melaka itu berkata, runtuhan tanah berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dengan hampir keseluruhan kawasan itu musnah.
Menurutnya, dia bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B yang tidak terjejas teruk dan semua kumpulannya selamat.
Katanya, sebelum itu mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum runtuhan tanah merosakkan khemahnya.
“Kami keluar menyelamatkan diri dan tiba-tiba saya terdengar jeritan wanita meminta tolong dan ternampak ada separuh badan wanita tertimbus.
“Tanpa berlengah saya dan seorang lagi rakan lelaki terus menggali tanah dengan tangan selama 10 hingga 15 minit sebelum mangsa dan anak perempuannya diselamatkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini, hari ini.
Menurutnya, dia tidak mengenali mangsa terbabit, namun bersyukur dua beranak itu dapat diselamatkan.
“Tapak perkhemahan itu memang cantik tetapi runtuhan itu menyebabkan semua kawasan sudah menjadi seperti rata.
“Saya tak pasti berapa ramai mangsa terbabit dalam kejadian itu tetapi percaya masih ada lagi di bawah (tertimbus),” katanya.
Mengimbas detik kejadian itu, Chong berkata, kejadian berlaku pada 2 pagi dan ketika itu mereka sedang tidur di khemah masing-masing.
“Ketika tanah runtuh saya terdengar seperti dentuman kilat dan runtuhan tanah dirasai berada di kepala. Kami kemudiannya terus keluar untuk selamatkan diri. Malam tadi hujan cuma renyai.
“Saya bersyukur kumpulan kami semua selamat cuma khemah saya saja koyak dalam kejadian itu. Kami datang ke tapak perkhemahan itu sejak kelmarin dan sepatutnya pulang hari ini,” katanya.
Sementara itu, Teh Lynn Xuan, 22, berkata, ketika kejadian dia hanya tidur-tidur ayam saja dan terdengar bunyi kuat seperti batu berguling serta air menitis di luar khemahnya.
Katanya, dia juga berkhemah di bahagian zon B dan datang ke tapak itu untuk bercuti bersama 20 lagi keluarganya dari Melaka.
“Kejadian itu menyebabkan khemah tertolak hingga kaki kami naik ke atas ketika tidur dan ia berlaku sangat cepat,” katanya sambil memberitahu kumpulannya juga semua selamat.
Sumber : HMetro