“Daripada Budak Dyslexia Boleh Siapkan PhD..”Dr Ni Kongsi Kisah Peribadi Jadikan Inspirasi!

Share

Tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ini selagi kita berusaha dan ingin berubah menjadi lebih hebat. Ini lah yang dibuktikan oleh seorang anak kecil yang dahulunya sering digelar sebagai ‘Budak Lembab’ atau Budak Dyslexia.

Namun siapa menduga, anak kecil itu kini menjadi insan yang hebat dan mampu melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PhD.

Berkongsi kisah hidupnya, ayuh kita baca untuk dijadikan inspirasi kepada semua.

BUDAK DYSLEXIA

Telah lama rakan-rakan di Sekolah Rendah dulu minta saya kongsi tips bagaimana saya daripada seorang “BUDAK DYSLEXIA” boleh siapkan PhD…

Selalunya yang dyslexic (gelaran untuk yang budak dyslexia) ini seseorang yang sukar mengenal huruf atau numbers, apatah nak membaca dan yang obvious mereka menulis beberapa huruf secara terbalik.

Contoh mudah, tulis b dan d. u jadi n, q tertukar dengan p. Maka, masyarakat yang tidak tahu seringkali melihat anak-anak ini sebagai yang tidak cemerlang a.k.a lembab dalam belajar kerana “ketidakcerdikan” mereka dalam membaca, mengira dan menulis. Sebak…!

Dilabel Budak Lembab 
Pengalaman saya sebagai “BUDAK DYSLEXIA” berlaku di Sekolah Rendah sahaja…

Sekolah Rendah saya dulu di SRK Undang, Terengganu, tidak ada apa menarik tentang saya ketika di Sekolah Rendah seorang budak yang tidak boleh membaca daripada Darjah 1 hingga ke Darjah 5 memang tak ada cikgu pandang dan digolongkan dikalangan pelajar bermasalah/lembab.

Saya YAKIN tak ada siapa tahu tentang “BUDAK DYSLEXIA” symtoms seperti saya nyatakan diatas pada tahun 80an. Cikgu pada masa itu, hanya melabelkan sebagai budak lembab.

Mengimbau zaman sekolah rendah, saya akui saya tidak menyukainya! saya BENCI.. BENNCI dan BENCI ke sekolah. Saya jugak dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bermula darjah 1, 2,3, 4 dan darjah 5. Setiap kali peperiksaan keputusan amat mengecewakan, lagi teruk Cikgu suruh pergi ke kanan saya ke kiri… Cikgu suruh ke kiri saya ke kanan… itu pun saya confuse… itu lah “BUDAK DYSLEXIA” .

Tapi saya bersyukur Mak dan Ayah saya tidak pernah melabelkan saya sebagai lembab atau bermasalah mereka tidak pernah membandingkan saya dengan adik-adik saya yang lain.. walaupun ternyata adik saya lebih pandai daripada saya.

Dipendekkan cerita.. Walaupun ramai Cikgu melabelkan saya sebagai pelajar lembab/bermasalah ada seorang cikgu ini melayan jer karenah saya iaitu Cikgu Ruslan.

“Saya buat-buat pandai menulis…”

Ketika saya Darjah 4 ada suatu hari Kelas Bahasa Melayu Cikgu Ruslan meminta kami menulis karangan tentang cuti sekolah yang lepas, tentulah sekali saya tak mampu menulis. Tapi saya buat-buat pandai menulis dengan yakinya.

Cikgu Ruslan meminta beberapa orang pelajar membaca karangan mereka, tiba-tiba nama saya dipanggil juga dengan penuh yakin ke saya hadapan kelas. Saya pandang pada buku dan baca karangan saya, sebenarnya saya bercerita apa yang ada dalam kepala saya dan susun ayat-ayat dengan rapi itu kelebihan “BUDAK DYSLEXIA” kami mempunyai DAYA IMAGINASI yang sangat tinggi selain itu, apa yang saya perasan kelebihan saya adalah petah bercakap dan suara lebih lantang daripada orang lain.

Cikgu Ruslan memuji BAGUS!. Alahamdulilah Cikgu Ruslan tak mintak buku saya kalau tak memang malu, saya sendiri tak tahu apa yang saya tulis. Sebenarnya Cikgu Roslan ingin memberi keyakinan kepada saya. Semenjak hari itu, saya sangat teruja setiap kali sesi Kelas BM.

Gambar hiasan

Darjah 6 Baru Boleh Membaca

Saya lalui proses itu sehinggalah ke Darjah 5. Pada saya di Darjah 5 ada seorang Cikgu Practical saya dah lupa namanya, dia banyak mengajar saya macam mana nak bagi Huruf dan No tak terbalik… pertama dia mintak saya focus setiap kali saya menulis dan setiap kali terbalik dia mintak saya turus baiki dan dalam masa yang sama dia didik saya supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Alahamdulilah Darjah 6 saya dah boleh membaca walaupun merangkak – merangkak. Ketika Darjah 6, masing-masing sibuk dengan persiapan UPSR tapi saya masih main-main kerana Cikgu tak bagi tumpuan pun pada saya dan tak ramai cikgu tahu saya dah boleh membaca.

Hinggalah pada suatu hari, saya angkat tangan bila Cikgu Samsudin minta pelajar membaca karangan dalam buku teks… kebanyakan pelajar terutama sekali perempuan yang selalu pandang sinis kepada saya terbeliak mata mereka bila saya angkat tangan secara sukarela untuk membaca teks tersebut tanpa paksa… saya membaca walaupun merangkak haa… saya semakin YAKIN… Cikgu Samsudin dah mula bagi tumpuan dan memberi sokongan yang positif setiap hasil kerja yang saya lakukan.

Sampailah masa exam UPSR dan result saya tak seberapa… tapi pada saat itu saya berazam untuk jadi pelajar terbaik, jadi perhatian dan berguna untuk orang dikeliling saya.

Berubah Di Sekolah Menengah

Masuk ke Alam Sekolah Menengah saya nekad tidak mahu peristiwa yang dilebalkan “BUDAK LEMBAB” biarlah kisah di Sekolah Rendah jadi satu sejarah. Dengan RESULT UPSR tak berapa cemerlang saya ditempatkan dikelas hujung pada Tingkatan 1.

Alamdulilah pada tahun pertama di Sekolah Menengah saya di antara TOP Students daripada kelas bawah tahun berikutnya saya berada antara kelas-Kelas terbaik.

PMR dan SPM saya memperolehi KEPUTUSAN CEMERLANG… dan merupakan antara pelajar yang AKTIF dalam Sukan, Pidato, Debat dan lain-lain.

Berada di Universiti ramai rakan-rakan di SRK Undang sudah lupa siapa saya dulu iaitu sorang “BUDAK DYSLEXIA” …
Ramai yang sangkakan saya merupakan pelajar CEMERLANG daripada Sekolah Rendah… Alahamdulilah sekarang saya telah berjaya menggenggam segulung PhD.


Terima Kasih kepada Allah SWT, MAK dan AYAH saya, GURU-GURU saya di SRK Undang dan Rakan-Rakan yang banyak membantu… tanpa mereka mungkin saya tidak seperti hari ini.

INI NASIHAT SAYA (BUDAK DYSLEXIA)

Kepada ibu,bapa yang mempunyai anak DYSLEXIA agar tidak fikir anak itu bodoh atau lembab mahupun OKU, anda perlu mengesan bakat dan kebolehan yang ada pada anak itu dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka…

Kepada GURU-GURU jika anda mempunyai pelajar seperti ini bimbing mereka, jangan sesekali sisihkan mereka dan mereka juga perlu didiagnos seawal mungkin supaya mereka tidak dibiarkan terus hidup dalam keadaan yang bermasalah.

Bersama keluarga tercinta

Mereka perlu mendapat pendekatan pembelajaran yang sesuai tidak sama dengan pelajar-pelajar lain. PERCAYALAH! BUDAK DYSLEXIA mempunyai kelebihan tersendiri terutama sekali DAYA PEMIKIRAN KREATIF dan DAYA IMAGINASI YANG TINGGI dengan itu mereka dengan mudah boleh berfikir diluar KOTAK.

Terima Kasih.

Sumber : Ts. Dr. Mohd Farizul 

Jom tonton video menarik di Scream Park Challenge bersama BK D’Explorer

 

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club