“Dari Wanita Bekerjaya, Jadi Suri Rumah Jaga Abah.” Ibu Meninggal Dunia, Perkongsian Wanita Ini Cukup Menyentuh Hati

Share

Berkorban apa saja, demi orang tersayang. Tatkala  orang lain memilih untuk mengejar kerjaya, tetapi wanita ini mengambil pendekatan berbeza. Selepas kematian ibunya, dia memilih untuk tinggal bersama ayahnya bagi menggalas tanggung jawab sebagai anak.

Kisah ini dimuat naik oleh wanita bernama Jie Fadzillah Mohamed Yusof yang bercerita mengenai pengorbanan adiknya selepas kematian ibu mereka 3 bulan yang lalu. Apa yang membuatkan wanita ini tersentuh hati adalah apabila si adik berkongsi menu masakan di dalam grup famili  seperti mana yang dilakukan oleh arwah ibu mereka sebelum ini.

Mak saya baru meninggal 3 bulan lepas.Adik saya Rosfarhana Yusof sanggup korban berhenti kerja bersama suaminya balik kampung jaga Abah.Sekarang dialah yang gantikan mak jaga makan minum pakai abah.Dari wanita bekerjaya dia jadi surirumah jaga abah.

Setiap hari dia akan pos gambar menu yang dia masak untuk abah dalam group family,sama macam arwah mak selalu buat.

Mak saya memang sangat suka memasak.Sebagai kakak saya sangat terhutang budi dengan kebaikan adik saya dan suaminya.Saya pun tak mampu buat macam dia buat.

Boleh tak ahli group ni doakan kebaikan untuk adik saya dan suaminya,doakan mereka dimurahkan rezeki,dimudahkan urusan dunia akhirat dan semoga adik saya direzekikan zuriat,mereka dah 7 tahun kahwin.

Adik beradik saya semua baik2,cumanya adik yang ni sanggup korban lebih dari kami selepas kami kehilangan mak.Ni antara menu yang dia masak hari2 untuk abah.

Nanges