
Dari umur 10 tahun dah meniaga untuk sara keluarga dan kelangsungan hidup.
Adik Shahmi yang baru berumur 15 tahun, sebagai anak tunggal dan dia anak yatim dari kecil. Dari umur 10 tahun membantu ibunya setiap hari dia akan pergi naik tangga ke 11 block flat 5 tingkat bagi memastikan Nasi Lemak Kuning dan Laksam masakan ibunya habis.
Kisah adik ini tular di media sosial baru-baru ini membuatkan rakyat Malaysia turut simpati dengan nasib adik dan keluarganya.
Letih sangat bila ikut adik ni bagi orang. Macam mana lah dia boleh naik tangga hari-hari. Adik ni akan jerit kuat-kuat ” nasi lemak ” bila sampai setiap tingkat. RM1 saja sebungkus dan sambal nasi lemak dia sangat sedap. Makan satu mesti nak lagi.
Adik ni banyak kali ucap terima kasih bantu dia dan bagi dia hadiah. Adik Shahmi cakap Marilah kita support anak ini niaga berdekatan kawasan flat Taman Bukit Angsana Cheras. Confirm puas hati.
Yang berdekatan dan tinggal di kawasan tu kalau dengar adik Shahmi jerit “nasi lemak” cepat-cepat buka pintu beli..
Meninjau di ruangan komen ramai turut memuji dan kagum dengan kegigihan adik ini dalam mencari rezeki yang halal untuk membantu ibunya, warganet juga tueut mendoakan yang terbaik untuk beliau
sumber : ohbulan
Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis, Biar Jadi Pengajaran Sebab Selalu Ganggu Rakan Sekolah

Ibu bawa anak ke balai Polis, biar jadi pengajaran sebab selalu ganggu rakan sekolah. Oleh kerana anaknya sering menganggu rakan-rakan di sekolah, seorang ibu mengambil langkah drastik dengan membawa anak lelaki berusia 7 tahun ke balai polis.
Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis, Biar Jadi Pengajaran Sebab Selalu Ganggu Rakan Sekolah
Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42, berkata, tindakan tersebut untuk memberi pengajaran sekali gus mendidik anaknya supaya tidak mengulangi kesilapan sama walaupun sudah ditegur berkali-kali.
“Saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyedarkan dia. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya.
“Saya rasa pengajaran inilah yang terbaik untuk dia belajar dan tidak mengulangi kesilapannya,” katanya.
Tambah Aisyah, dia sering menasihati anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, namun kata-katanya tidak dipedulikan walaupun Muhammad Ziqri merupakan murid cemerlang di sekolah.
Aisyah yang mengambil Muhammad Ziqri sebagai anak angkat sejak berusia lapan hari memberitahu bahawa anaknya suka mengganggu murid lain dan sering ditegur guru.
“Cikgu dia memang selalu beritahu saya yang Ziqri suka kacau murid lain, tapi tidaklah begitu teruk.
“Tetapi, hari itu sudah melampau kerana kawannya terjatuh dan dahi terkena bucu meja. Itulah sebabnya saya bawa dia ke balai polis untuk beri pengajaran,” ujarnya.
Ditanya mengenai maklum balas daripada pihak polis berkenaan, Aisyah berkata, itu semua lakonan yang dilakukan semata-mata untuk menakutkan anaknya.

Menurutnya, pihak polis di balai itu juga memainkan peranan untuk memberikan pengajaran kepada anaknya selepas dimaklumkan perkara sebenar.
“Memang banyak kali saya beritahu Ziqri untuk jaga perangai, kalau tidak saya nak hantarnya ke balai polis.
“Sampai saja di balai, saya terus beritahu pegawai itu untuk ‘tangkap’ Ziqri dan mereka pun sama-sama membantu bagi menjayakannya,” tambahnya.
Bagaimanapun, selepas kejadian tersebut, Aisyah memaklumkan bahawa Muhammad Ziqri sudah tidak membuat perangai nakal dan mengganggu rakan-rakan sekelas lagi.
“Alhamdulillah, sekarang dia tak ganggu kawan-kawan lain. Mungkin dia ambil pengajaran dengan apa yang saya dah buat,” katanya.
Selain itu, Aisyah turut menyarankan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak terutama mereka yang terlalu aktif.
“Saya faham memang sukar untuk kita jaga anak-anak yang aktif, tetapi setiap anak itu membawa sebuah amanah dan tanggungjawab,” tambahnya ringkas.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain: Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Nakal Jadi Baik, Mak Ayah Main Peranan Utama!
Bila Anak Nakal, Jangan Main Sebut Je, Mulut Ibu Memang Masin, Hati-Hati!
Ajaibnya Doa Seorang Ibu, Anak Nakal & Degil Terus Berubah Sikap
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Ada Minta Dua, Tunjuk Isteri Berkerusi Roda, Ada Bawa Anak Kecil.” Lepas Bantu Peniaga Bazar, Ebit Lew Jamu Gelandangan Buka Puasa. Sebak!

Keprihatinan susuk tubuh bernama Ebit Lew ni tidak mengenal jantina, bangsa dan keturunan. Dengar sahaja ada orang yang memerlukan, pasti dengan pantas dia dan team turun padang menghulur bantuan.
Walaupun adakalanya terpaksa berhadapan dengan kata-kata cercaan, namun itu tidak meninggalkan kudis pada pendakwah bebas ini untuk meneruskan misinya membantu semampu yang boleh.
Itulah yang membuatkan ramai kagum dan cukup berterima kasih dengan Ebit Lew. Tidak pernah mengharapkan balasan jauh sekali penghargaan, apa yang dilakukan adalah jihad dalam membantu yang memerlukan.
Terbaru, Ebit dan team turun padang meraikan dan menjamu golongan gelandangan berbuka puasa. Sayu dan sebak melihat wajah-wajah yang beratur panjang untuk mendapatkan makanan.
Belum hilang rasa sebak sayu di Pasar Ramadhan. Berdoa untuk mereka. Saya borong di beberapa kedai. Nasi beriyani dan tomato untuk 300 orang.
Periuk panas-panas terus saya bawa ke kawasan gelandangan atau jalanan bagi buka puasa. Sesetengah mereka menyewa bilik di kawasan ini.
Bilik kecil dengan keluarga ramai tandas diluar. Saya jamu semua tanpa mengira bangsa atau agama.
Paling terharu bila mula buka belakang hilux dan senduk buat mereka. Semua beratur. Barisan makin ramai. Doa makanan cukup sebab barisan panjang. Lama saya tak kesini. Bila tengok anak-anak kecil ceria lagi buat hati sayu.
Nasib berbeza bagi setiap orang. Tapi rasa syukur buat rasa tenang bahagia. Semua kenal saya. Panggil ustaz apa khabar dan ucap terima kasih. Dengar terima kasih sebahagiannya buat hati saya rasa kecil jer sebab cara mereka hargai makanan. Tapi bersungguh cakap terima kasih.
Ada yang minta dua. Tunjuk isterinya berkerusi roda sakit. Boleh ker ustaz. Boleh abang. Ada yang bawa 5 anak kecil. Untuk semua anak boleh ke ustaz. Boleh kakak. Cukup untuk semua. Allah bagi cukup.
Gembira sebab ayam-ayam semua ketul besar. Puas rasa makan panas-panas semuanya. Biasa saya beri dalam bekas tak sama dari periuk begini.
Tak sampai 40 minit habis 300 nasi dan lauk saya senduk dan masuk Maghrib. Sekejap jer. Terasa puas makanan habis dan ngam jer.
Dulu saya tidur masjid. Kadang tumpang makan jika ada jamuan begini. Selalu lapar masa duduk kl cari kerja. Duit semua hantar dekat kampung. Ujian kan..
Team saya semua gembira puasa kedua dapat berbuka bersama mereka gelandangan dan orang susah di jalanan. Melihat sebahagian makan atas lantai tepi jalan lagi sayu rasa. Anak kecil makan jer dekat tepi tu sebab dah nak azan.
Semoga menjadi asbab kebaikan dan kenangan terindah buat kami
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Salah Ker Anak Lahir Bulan 12? Ibu Sebak, Ada Kata Lembab Belajar!

Betul ker anak lahir bulan 12 atau disember dikatakan lembab belajar? Siapa yang tak sedih jika ada tanggapan begitu.
Begitulan sikap manusia ini mempunyai pelbagai peel. Hal keluarga kita sendiri pun kadang kala menjadi bualan orang ramai.
Bukan itu sahaja, bilangan anak atau bila anak lahir pun jadi pertikaian. Siapa sangka wanita ini, Cik Puan Ammy Tulis mendapat pertanyaan yang sinis.
Dia tidak menyangka ketika sedang berniaga didatangi oleh seorang wanita yang bertanya umur anaknya.
Katanya, anak yang lahir bulan 12 ni lambat perkembangannya, malah pembelajaran pun lambat.
KENA SINDIR ANAK LAHIR BULAN DISEMBER
Salah kah lahir bulan 12…?
Anak saya dilahirkan awal bulan 12… Jadi saya nk tanya para pembaca, salah ke lahir bulan 12..?
Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sedangkan kita sediri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza. Saya pernah di sapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga. Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut.
Makcik : Dah berapa bulan ni…?
Sambil tangan memilih selipar baby.
Saya : Dah nak masuk 8 bulan.
Makcik : Dah pandai apa yer…?
Saya : Owh…! Dah boleh duduk dan guling-guling.
Makcik : Lambatnyer… Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah… Dah tumbuh gigi pun 2 batang… Orang dah makan nasi nanti awk mkn bubur lagi yer syg..
Sambil cuit-cuit pipi ank saya..
Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12… lambat anak nak besor… lembab nanti nak belajar.
Erkkkk…camtu plk… Bisik hati saya.
Makcik : Berapa ringgit selipar ni…
Saya : 10 ringgit jer acik..
Makcik : Haisssh… Tak dapat kurang lagi ke… 8 ringgit dah la… Untuk cucu makcik baru nak ‘dapat kaki’ ni haaa …
Saya : 10 ringgit dah murah acik…
Tak jadi dia beli selipar tu.
Saya tengok mata anak saya… Tak apa lah dik… Kamu lambat jalan, mama, baba, kakak, abang-abang sentiasa ada untuk dukung kamu… Kamu lambat tumbuh gigi pun tak apa… Mama sentiasa ada untuk blender makanan untuk kamu… Yang penting kamu sihat, kuat dan cergas… Senyuman sentiasa ada bersama kamu… Sayang kamu anak mama…
Sekarang, awal bulan 12 ni dah nk masuk 4 tahun pun dia… Saya pun dah tidak berniaga di pasar malam lagi… Alhamdulillah ternyata apa yg di katakan oleh makcik tu adalah mitos semata-mata…
Sumber: Cik Puan Ammy Tulis
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club