Semalam pelakon cantik jelita kacukan Melayu-Jerman, Maya Karin mendedahkan antara punca dirinya berhenti daripada menuntut ilmu di peringkat diploma adalah disebabkan penyarah kerap membatalkan kuliah.

Perkara itu dikongsikan olehnya dalam satu perkongsian di laman Twitter miliknya yang mengatakan dia sering menerima nota menyatakan kuliah dibatalkan atas sebab pensyarah tidak dapat hadir.

“Salah satu sebab saya berhenti selepas setahun belajar diploma. Asyik sampai kelas hanya untuk dapat nota memaklumkan kelas dibatalkan disebabkan pensyarah tidak dapat hadir,” dedahnya.

Oleh sebab itu, Maya Karin atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke membuat keputusan untuk berhenti diploma dibuat bagi mengelakkan berlakunya pembaziran wang ibu bapanya dan kemudiannya fokus untuk bekerja mencari sumber pendapatan dan pengalaman.

“Jadi, daripada terus membazir duit ibu bapa, saya berhenti dan buat kerja teater, melancong mengelilingi dunia dan kemudian masuk ke dunia industri hiburan,” tulisnya lagi.

“Dari Terus Membazir Duit Ibu Bapa, Saya Berhenti” Maya Karin Cerita Punca Tak Habis Belajar!

Ads

Pendedahan ini dibuat rentetan daripada kes tiga pelajar Sabah berjaya memenangi kes saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka kerana didapati ponteng mengajar selama tujuh bulan pada tahun 2017.

Ketiga-tiga plaintif menamakan Mohd Jainal Jamran (guru Bahasa Inggeris di SMK Taun Gusi), mantan pengetua sekolah itu, Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ke tujuh.

Dalam keputusan setebal 74 muka surat melalui dokumen yang diperoleh media hari ini, mahkamah memutuskan tuntutan semua plaintif dibenarkan.

Defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima telah melanggar kewajipan berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan gagal menyediakan ketiga-tiga plaintif untuk peperiksaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996;

Ads

Defendan kedua melanggar kewajipannya di bawah Peraturan 3C, 25, 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

Lima defendan tersebut sudah melanggar hak perlembagaan ketiga-tiga plaintif untuk mendapat pendidikan yang dijamin kepada plaintif di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu katanya, mahkamah menganugerahkan RM50,000 kepada setiap tiga pelajar terbabit dan ia akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh semua defendan.

Defendan perlu membayar ganti rugi am berjumlah RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM20,000 kepada setiap plaintif.

Ads

“Dari Terus Membazir Duit Ibu Bapa, Saya Berhenti” Maya Karin Cerita Punca Tak Habis Belajar!

Meninjau di ruangan komen perkongsian Maya Karin tadi, rata-rata turut berkongsi pengalaman yang sama di mana kelas sering dibatalkan oleh pensyarah. Malah, ada yang berpendapat daripada berhenti, beri ulasan buruk kepada pensyarah tersebut sebagai timbal balas.

Dalam pada itu, ada juga bersetuju tindakan yang dibuat oleh Maya Karin berhenti belajar kerana tanpa itu mereka tidak boleh lihat lakonannya.

“Dari Terus Membazir Duit Ibu Bapa, Saya Berhenti” Maya Karin Cerita Punca Tak Habis Belajar! “Dari Terus Membazir Duit Ibu Bapa, Saya Berhenti” Maya Karin Cerita Punca Tak Habis Belajar!

Sumber: Twitter @maya_karin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI