Mak-mak kalau dah mula pergi shopping, semua benda diambilnya! Kadang kalau dah buat list, tak ada maknanya nak ikut, langgar je beli benda lain juga. hehe.

Niat di hati nak beli buah buat makan dengan anak-anak sekali, tapi bila dah beli tak terusik. Malas nak masuh lah, nak buang kulit lah, nak potong lah. Macam-macam alasan!

So dari tak terusik atas meja dan busuk, transform jadikan salad buah resipi dari Rozita Daud ni. Senang je rupanya. Makan pula sejuk-sejuk, memang terbaik lah! Jom cuba.

Resipi Salad Buah-Buahan

Siapa yang suka Salad Buahan try l buat ni. Buat siap-siap nanti simpan dallam peti ais, lepastu boleh makan sejuk sejuk! 😍🤤🍇

IKLAN

Bahan-bahan:
1 biji buah pelam
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
Kismis hitam (ikutla nak banyak mana)
Anggur
1/2 tin susu cair
1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi
5 ke 6sudu mayonis buah-buahan

Cara-caranya :

1) Potong dadu buah yang hendak digunakan. Pelbagaikan jenis buah lagi sedap, ada rasa manis dan masam.

IKLAN

Dari Terbiar Atas Meja Tak Terusik, Baik Buat Salad Buah. Makan Sejuk-Sejuk Memang Terbaik!

2) Sekalikan buah-buahan tersebut di dalam bekas. Masukkan yogurt, mayonis dan susu cair ke dalam bekas buah tadi. Kemudian masukkan kismis. Kacau rata hingga sebati.

IKLAN

Dari Terbiar Atas Meja Tak Terusik, Baik Buat Salad Buah. Makan Sejuk-Sejuk Memang Terbaik!

Dari Terbiar Atas Meja Tak Terusik, Baik Buat Salad Buah. Makan Sejuk-Sejuk Memang Terbaik!

3)  Bila salad buah dah rata, boleh simpan di dalam bekas bertutup. Masukkan ke dalam peti sejuk dulu sebelum makan. Selamat mencuba!

Dari Terbiar Atas Meja Tak Terusik, Baik Buat Salad Buah. Makan Sejuk-Sejuk Memang Terbaik!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI