Uncategorized

Dari Tak Pandang, Terus Jatuh Cinta Dengan Peria Goreng Rangup Ni. Tak Sempat Ambil Nasi, Makan Gitu Pun Dah Sedap!

Share

Banyak-banyak sayur, rasanya peria yang ramai tak pandang kerana rasanya yang pahit tu. Termasuklah orang yang menaip ni! Hehe.

Tapi siapa sangka, sayur yang asyik dikatakan pahit tu bila di R&D kan, menjadi rebutan orang pula! Bukan takat boleh makan dengan nasi sahaja, malah dijadikan snek sihat yang boleh dimakan begitu sahaja!

Haaa yang tertanya-tanya “betul ke sedap?” “tak pahit ke?”.. Apa kata cuba buat sendiri guna resipi dari Khairolmunira Abdul Kadir ni. Memang terbaik!

Peria Goreng Rangup 

Bahan-bahannya :-

5 biji peria
3 biji cili kering
1 labu bawang putih
#cili Dan bawang suka2 je… Tak nak masuk pun OK je..
Tepung bestari pedas
Tepung beras, (kalau tepung bestari saja masin sangat)

Cara-caranya :-

1) Belah peria kepada dua dan korek biji peria menggunakan sudu.

2) Sagat peria menggunakan penyakat yang selalu kita guna untuk sagat pisang.

3) Basuh dan rendam peria yang telah disagat bersama air garam lebih kurang 30 minit. Kemudian toskan.

4) Campur tepung bestari pedas dengan tepung beras, salutkan pada peria tadi.

5) Panaskan minyak, masukkan peria yang sudah bersalut dengan tepung tadi. Masukkan sekali cili kering dan bawang hiris jika suka. Goreng hingga peria jadi keras rangup di dalam kuali. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!