Tarikh 16 Mei sememangnya telah ditetapkan menjadi hari istimewa buat guru-guru di seluruh dunia bagi setiap tahun. Rata-rata orang ramai akan membuat ucapan khas pada hari guru ini meskipun sudah lama meninggalkan zaman persekolahan. Untuk anak-anak yang masih bersekolah, sudah menjadi adat untuk membawa hadiah ke sekolah untuk diberikan kepada guru mereka.
Tidak terkecuali, pelawak, pelakon dan DJ radio, Ajak Shiro turut memuat naik ucapan khas sempena hari guru, tetapi yang menariknya ucapan yang dibuat turut ditujukan khas buat isteri tersayang yang juga seorang cikgu.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak dalam perkongsian berbentuk video tersebut berkongsi detik awal bercinta dengan isterinya, Afifah yang dikatakan ‘dari tak ada rupa orang, sampailah menjadi manusia’ di mana isterinya banyak membantu dalam perjalanan hidupnya sejak belajar hingga berjaya.
“Dari tingkatan 1, Kawan nilah Girlpren saya, kawan nilah jadi Isteri saya dan kawan saya ni jugalah Guru saya..
“Terima kasih jadi Cikgu dalam semua subjek dalam hidup saya..Semoga awak terus diberikan kesihatan untuk mendidik anak2 didik yg lain pula🤲” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, isteri tampil meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih buat ucapan tersebut dan memberi gelaran ‘nak murid paling nakal dan suami penyayang’ untuk suaminya. Dalam pada itu, pengikutnya dan juga selebriti turut mendoakan kebahagiaan mereka hingga Jannah.
Sumber : Instagram ajakshiro