Beberapa tahun yang lalu, seorang wanita bernama Puan Nor Huzaimah Herman Emma telah mengambil keputusan untuk membantu seorang wanita bernama Leha selepas membaca hantaran wanita berkenaan di group Facebook.
Atas rasa simpati, Puan Nor Huzaimah Herman Emma telah mengambil keputusan untuk membantu wanita tersebut yang dikatakan telah dihalau rumah oleh ibu angkatnya dan memerlukan khidmat pengasuh untuk menjaga 2 orang anaknya selama 3 ke 4 bulan.
Setelah berbincang dengan suami, akhirnya Puan Huzaimah mendapat persetujuan menjaga anak Leha walaupun mereka sendiri cuma hidup sederhana di sebuah flat PPRT. Dengan upah bayaran RM375 sebulan termasuklah kos makan minum, tempat tinggal, susu dan lampin pakai buang, bermulalah perjalanannya menjadi pengasuh.
Bekalan lampin yang diberi Leha hanya memadai untuk beberapa hari saja. Tidak berkira langsung, Puan Huzaimah membelikan barangan keperluan baru untuk Kakak dan Adik.
Hasil pemeriksaan surat beranak tanpa nama bapa mendapati 2 beradik ini rupanya anak tak sah taraf.
Mereka turut menjumpai kesan lebam di paha dan perut si Kakak. Walaupun Puan Huzaimah selalu memberitahu perkembangan terkini tentang masalah kesihatan anaknya itu, namun Leha seakan tidak ambil serius.
Suatu hari ketika sedang membersihkan si Adik yang membuang air besar, tiba-tiba terdengar suara Kakak menjerit kuat. Puan Huzaimah segera berlari ke depan, rupanya budak itu dihempap basikal sehingga lebam di kening dan dahi. Tiada kecederaan serius dan terus memantau di rumah, wanita ini tidak membawa ke klinik kerana sebelum ini dia banyak kali ekoran bukan waris kandung Kakak.
Selang beberapa hari ketika sedang minum susu, kakak tiba-tiba terkena sawan dan kekejangan. Setelah dibawa ke pusat rawatan, Puan Huzaimah dan suami tidak dibenarkan menjengah Kakak. Hanya Leha selaku ibu kandung sahaja yang boleh melawat. Keadaan Kakak waktu itu agak turun naik selama 5 hari.
Dunia saya seakan gelap apabila menerima perkhabaran Kakak pergi selamanya. Kehilangan Kakak cukup ditangisi oleh Puan Huzaimah kerana si kecil itu sudah dianggap seperti anak sendiri. Memandangkan kejadian berlaku di rumah tanpa saksi, post mortem dijalankan dan disahkan punca pemergian Kakak adalah disebabkan hentakan basikal ke kepala.
Sekelip mata nasib berubah, Puan Huzaimah disabitkan bersalah dan berdepan hukuman penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Hampir menemui titik buntu, namun Puan Huzaimah memanjatkan rasa syukur kerana berjaya mengumpul RM10,000 sebagai wang ikat jamin hasil kutipan derma rakyat Malaysia.