Bukan mudah untuk ibu bapa melepaskan anak yang dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh kepada orang lain. Namun, dalam masa yang sama ibu bapa mana yang tidak mahu melihat si anak mengecap bahagia kan.
Satu perkongsian di Twitter, wanita ini bercerita tentang kisahnya yang menerima hadiah kasut semasa kanak-kanak berserta nota dari ayah sebagai hadiah perkahwinan.
Satu perkongsian ringkas yang cukup menyentuh hati. kan Apa tidaknya bila si anak sebak menerima hadiah yang tidak disangka-sangka oleh si ayah.
Hadiah kahwin paling aku ingat, Ayah aku yg bagi — Kasut masa kecik!
– Dec 2012, masa majlis bertandang; mcm biasa, lepas habis majlis sure la sesi bukak hadiah. Salah 1 hadiah yg aku terima adalah kotak kecil yg berbalut kertas A4. Tak bernama / kad. Pemberi yg tak diketahui. https://t.co/WVUBb0dnln pic.twitter.com/QTM6ov4MvZ
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
Lets talk about GIFT!
Ada kawan-kawan kita yang akan berkahwin, or korang sendiri yang akan berkahwin.
APA HADIAH YANG KORANG AKAN BAGI / HARAP KORANG DAPAT? Jom reply list korang kat bawah. Kot nnt boleh jadi ilham pada yang lain. 🥰🥰🥰 pic.twitter.com/9wdHXa49Au
— Lean | TwtWedding (@twtmalaywedding) February 21, 2020
Aku koyakkan kertas balutan hadiah tu, & kotak yg digunakan adalah kotak digital camera. Masa tu dah happy dah ingat dapat hadiah camera.. Tapi bila aku buka kotak tu, bukan camera isi dia.
— Tapi kasut baby.Aku kenal kasut ni. Ni kasut aku dulu 😭😭😭
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
Ofcoz la family yg ada masa tu riuh rendah sebab org bagi aku hadiah kasut baby. Tapi masa tu aku dah menangis tak keluar suara…
Pastu aku gigih jugak sebut ‘Ini kasut Farah masa baby’. Semua terus slow down & emo sama..
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
Kat bawah kasut dlm kotak tu, ada satu surat. Tulisan yg sgt aku kenal – Tulisan AYAH.
‘Dari sekecil tapak kaki mu Anak ku, Ayah dan Ibu mendidik mengasuh dan memanjakan mu-
Kini ayah ibu serta adik-adik menyerahkan tanggungjawap kepada suami mu-
-cont. pic.twitter.com/Re6psg0j1l
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
… Kini ayah ibu serta adik-adik menyerahkan tanggungjawap kepada suami mu-
Didikkanlah wahai F**z supaya berbahagia & diberkati Allah’.
😭😭😭
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
2020 – Walaupon perkahwinan kami berhenti setakat ini shj, tapi hadiah ni tetap aku simpan sampai bila2.
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
Aku pernah berniat, kasut ni akan aku turunkan kepada zuriat aku kelak. InsyaAllah, aku percaya pada ketentuan Allah.
1 hari nanti, kalau aku punya rezeki utk menimang cahaya mata, this will be her/his 1st shoes InsyaAllah.
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
Tambahan : Tak ada yg syg kita lebih selain parents. Tweet ni dgn niat utk share betapa sayang & berat nya parents kita nak lepaskan kita.
Tapi apa pilihan yg ada? Anak itu pinjaman, keluarga itu pinjaman. Yg ultimate cuma Tuhan.
Peace & thanks for the overwhelming rspnd 🙏
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
Wehh.. jgn la sedih². Aku happy & bersyukur. Ni cerita kasih syg ye bukan cerita sedih… Hugss 🤗
And kindly support business kite ye : https://t.co/Fj59AGTnYi
Thanks again guys.
Dan pesanan terakhir: Simpan kasut anak anda & jadikan hadiah di wedding dia nanti! Sure nangis!! pic.twitter.com/jxcCDZHci7
— F S M (@farahsyaza) February 26, 2020
Sumber : Farah Syaza