Duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti menarik tentu boleh menyebabkan sesiapa pun mudah terasa bosan.
Malah bimbang juga jika emosi boleh terganggu kerana melalui gaya hidup berbeza semasa PKP ini.
Jadi apa kata lakukan terapi melalui hobi baru dengan menanam nanas. Ini memandangkan semaian pokok boleh dilakukan dengan mudah. Jadi sesiapa pun boleh lakukannya.
Apatah lagi buat peminat buah nanas ini, alang-alang beli nanas jambulnya usah dibuang.Tetapi buatlah seperti yang dikongsikan ini.
Anak-anak pokok Nenas hasil semaian dari jambul Nenas yang dibelah 4.
Ads
Satu jambul dapat 4 anak pokok. 4 jambul dah dapat 16 pokok.Seronok kan….
Ads
Dah muncul anak pokok alih dalam polibeg. Letak tempat panas sepenuhnya.
Ads
Tunggu berbuah pulak. Baru sekali baja. Baja kopi Amino beli kt kedai rm2 jer…
Tidak dapat dinafikan hubungan adik beradik telah terjalin sejak kecil, hidup dan membesar bersama sememangnya penuh dengan rasa kasih sayang. Apa yang pasti hubungan istimewa sesama adik beradik bolehlah diibaratkan seperti isi dengan kuku, sangat akrab!
Hal ini samalah seperti video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh @83suka dengan memuatnaik momen yang cukup mengharukan ketika majlis perkahwinan adik perempuannya yang tersayang.
Dia dengan rela hati mendukung adik perempuannya yang juga merupakan pengantin pada hari tersebut untuk menuju ke pengantin lelaki, ini memandangkan adik perempuannya itu tidak boleh berjalan dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.
“Alhamdulillah. Lepas ni ada orang boleh jaga Kak Cik. Sedih sebenarnya melepaskan. Terima kasih adik ipar terima Kak Cik seadanya.
“Walau sudah bergelar isteri orang, kasih sayang kami tetap sama”
Selain itu abangnya juga meminta agar adik iparnya terus menyayangi adiknya hingga ke akhir hayat dan pimpinlah tangan adiknya hingga ke syurga.
Bahkan dia juga berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kebahagiaan adiknya yang kini telah berumahtangga.
Meninjau di akaun tiktok pengantin perempuan pula, dia turut mengucapkan terima kasih kepada abang tersayang yang telah sudi mendukungnya hingga ke pelaminan ketika akad nikah dan turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sudi menerima kekurangan dirinya.
Situasi ini cukup menyentuh hati dan mencuri tumpuan dan telah ditonton lebih sejuta tidak sampai satu hari ia dimuat naik.
Rata-rata sebak dan dan bangga melihat kasih sayang antara adik beradik yang ditunjukkan dalam keluarga ini. Netizen juga turut mendoakan agar pasangan ini terus berbahagian hingga keakhir hayat.
Bilik terdedah cahaya matahari rasa panas, begini cara atasi, kos pun tak mahal. Bilik yang terdedah kepada cahaya matahari petang terutamanya akan membuatkan bilik jadi panas hingga ke malam.
Selalu dari pukul 2.00 petang hingga ke malam memang takkan selesa duduk berlama-lama di bilik ini kerana terasa bahangnya. Walaupun guna aircond tapi tidak terasa sejuk sepenuhnya.
Disebabkan itu ramai yang guna pelbagai cara untuk mengurangkan kepanasan ini. Ada yang guna aluminium foil, exhaust fan dan sebagainya menyejukkan ruang.
Jika apa yang dilakukan ini tidak juga berjaya, boleh gunakan idea yang diutarakan oleh Khair Itam ini pula. Caranya dengan ‘menampal’ dinding kedua di bahagian luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari.
Menghadapi masalah bilik panas yang sama beliau berkongsi cara yang dilakukan baru-baru ini yang didapati berkesan untuk mengurangkan panas atau bahang. Caranya boleh ikuti penjelasan beliau ini.
Alternatif kurangkan panas bilik, pasang dinding kedua
Selain menggunakan aluminium foil, lubang disiling, kipas sedut disiling, rock wool dan wind turbine, saya juga gunakan papan ACP sebagai dinding kedua untuk dinding di bilik yang terdedah terus kepada cahaya matahari.
Bilik tidur anak saya ini terdedah terus kepada cahaya matahari di sebelah petang. Bilik itu panas sehingga ke malam, kerana bahang pada dinding yang “dibakar” oleh cahaya matahari. Air-cond dipasang untuk atasi kepanasan dalam bilik.
Bulan Jun lepas saya pasang dinding kedua berjarak 2 inci daripada dinding asal. Dinding dibuat daripada papan ACP. Ruang di antara dinding dibiarkan kosong.Experimen ini nampaknya berjaya, dinding asal tidak lagi membahang, serta bilik cool dan tidak lagi perlukan air-cond !
Cara buat dinding kedua ini mudah saja;
-Ikat frame c-channel (tebal 2″) atau batten (tebal 1″) pada dinding dengan skru.
-Pakai hollow pon boleh, tapi mahal.
-Saiz frame ikut sesuai saiz panel ACP.
-Kemudian ikat panel ke frame, pakai skru.
-Cat panel ikut cita rasa.
Papan ACP
Paling penting, JANGAN TUTUP BAHAGIAN BAWAH DAN ATAS KEPADA DINDING ACP. Tujuan ialah untuk benarkan kitaran udara yang dipanaskan matahari keluar dan digantikan dengan udara baru ke dalam ruang antara dinding itu.
Setiap orang mempunyai sejarah dan memori yang sukar untuk dilupakan. Lebih-lebih lagi kisah kesusahan yang terpaksa dilalui sebelum menempa kejayaan.
Demikian juga dengan pelakon Kota Singa ini. Dalam perkongsiannnya baru-baru ini, Datuk Aaron Aziz berkongsi kenangan indah bersama kereta pertamanya sebelum menempa nama sebagai selebriti.
Aaron menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya memberitahu kereta tersebut banyak berjasa kepadanya sejak tahun 2005 lagi.
“Kereta pertama saya. Kereta yang banyak berjasa pada tahun 2005-2008. Naik turun SG-KL selama 3 tahun masa mula berlakon di Malaysia.
“Kalau siapa ingat drama Janji Diana RTM mesti akan ingat kereta ni. Dan dalam kereta tu lah My Diyana @diyanahalik yang dah berjanjj sehidup semati. Insya-Allah. Nama anak saya, Anaqi @danishanaqiaaron dibahagian bonet kereta. Inilah permulaan saya,” kongsinya.
Memuat naik gambar kereta tersebut, Aaron turut memberitahu kenderaan itu jugalah yang dijadikan tempat berlindung sewaktu dia tiada tempat untuk melelapkan matanya ketika itu.
“Kereta inilah yang menjadi rumah kalau tak ada tempat tidur. Kereta inilah yang menjadi tempat rehat.
“Kereta inilah yang sangkut banjir kat Ampang. Kereta nilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih ALLAH,” coretnya.
Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.