Dari Saiz Xl Ke Saiz S, Wanita Ini Kongsikan Bekal Menu Diet Untuk Suami Selama 3 Bulan. Sungguh Berinspirasi!

Share

Demi membantu suami menurunkan berat badan, si isteri telah menyediakan pelbagai menu diet. Hasilnya, nampak perubahan daripada saiz XL kepada S  dari Oktober hingga Februari.

Menurut Puan Darina Sekeri daripada saiz 36, kini suaminya mampu memakai seluar saiz 28. Tipnyamasak makanan sihat dan rendah kalori.

Nak tahu caranya, kena baca tip yang dikongsikan oleh Puan Darina ini.


Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari.. start diet awal Oktober 2018 hingga sekarang lebih kurang 3 bulan ++
Suami saya on diet. tak makan nasi, tak minum manis.. 
Dari size XL ke size M.
Dari seluar size 36 ke size 28.,” ujar Puan Darina yang turut memberitahu terkini suaminya memakai saiz S. 

Terima kasih kepada yang kutuk dia, panggil dia tong sampah. Saya isteri, apa orang kata kat suami saya mesti la saya pun terasa. 


Saya  tak suruh dia kuruskan badan. Dia sendiri yang nak buat.

So saya masak makanan sihat, rendah kalori. 
Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja)
Garam, guna garam bukit.
Tiada bahan perisa.
Seasoning macam-macam ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes.. campak je apa ada..

Paling mudah dan murah, tempe goreng. Sekarang tempe dah jadi menu wajib sebab dah boring makan telur ?.

Siapa lagi nak diet? Bole la buat semangat.

Berikut adalah sebahagian menu diet yang dibekalkan Puan Darina buat suaminya.

Sumber: Darina Sekeri