Salam satu perkongsian di twitter, Dr Ahmad Luqman telah berkongsi bahaya jika kita menyimpan ubat demam terlalu lama di peti ais. Ikuti penjelasannya.
Di harap selepas ini, kita akan lebih berhati-hati untuk menberikan yang terbaik buat keluarga.
Siapa kat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau kita simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk?
Thread.
Dulu saya selalu rasa pelik.
Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil ti tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.
Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan!
Ads
Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.
Ubat demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan notrogen. Cecair ubat tu pulak daj dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu.
Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.
Ads
Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi letak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama lat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondend=sasi berlaku kat dalam botol ubat tu.
Kalau tak percaya, nanti bukaklahbzhagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ.
Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat.
Ads
Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang dup suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tak kebah-kebah.
Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu nanti letak je dekat tempat kering suhu bilik. Paling bagustak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat.
Tapi kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang je walaupun masih ada baki. Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lamam kat dalam peti sejuk lepas tahu info ini ye.
Para suami, di bulan Ramadan yang mulia ini, beri peluang dan ajaklah isteri sama-sama mengumpul pahala. Bukan anda seorang sahaha ingin mengumpul pahala di bulan Ramadan ini.
Kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sering kali menjadi dilema buat para isteri dan mak-mak untuk merebut amalan di bulan Ramadan ini. Jadi sebagai suami, bertimbang rasalah dengan diri sendiri.
Bulan Ramadan Suami Beri Peluang & Ajaklah Isteri Kumpul Pahala Sama-sama
Dalam situasi ini, peranan suamilah yang paling penting agar dapat memahami dan turut memberi ruang yang sama pada isteri untuk melakukan amal ibadah di bulan Ramadan ini.
Berikut perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai renungan;
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan ramadhan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’. Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan-urusan begini makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
Lubuk Pahala Suami
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri. Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga sehingga terabai amalan-amalan dengan Tuhan.
Jangan Nak Lepaskan Diri Sendiri Saja
Emosi & Fizikal Terbeban
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur, kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga para suami bertimbang rasa, dapat memberi sedikit me time buat isteri, merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.
Kehilangan juruukur di Pelabuhan Johor yang dalam perjalanan dari kediamannya di Kemaman, Terengganu ke Pasir Gudang pada Ahad terjawab, selepas kenderaan yang dinaikinya ditemui dalam gaung.
Kenderaan yang dipandu mangsa, Zahari Zakaria, 62 ditemui di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi – Mersing pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 9.10 pagi yang ternampak kereta Perodua Myvi berwarna biru itu di dalam gaung berkenaan.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Mersing telah terima makluman dari orang awam menyatakan terdapat sebuah kereta berwarna biru telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut.
“Mangsa Zahari Zakaria, 62 telah dilaporkan hilang oleh anak mangsa sehari selepas pergerakan beliau dari Kemaman, Terengganu ke arah Pasir Gudang. Mangsa tidak dapat dihubungi setelah 24 jam dan anak mangsa telah membuat laporan polis.
“Dalam kejadian Ahad lalu mangsa dipercayai telah terbabas ketika melalui jalan jenis selekoh di laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jelas Edward Nuing, akibat kemalangan itu kenderaan mangsa telah terbalik di tempat kejadian dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai memandu dan menyebabkan kemalangan maut.
“Kes masih dalam siasatan polis. Pihak polis menasihatkan pemandu jalanraya lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar kemalangan dapat dielakan,” katanya.
Sebelum itu, Siti Nurfaezah Zahari dilihat memuat naik posting meminta bantuan untuk kesan si ayah yang tidak dapat dihubungi selepas bergerak dari Kemaman ke Johor Bahru semalam dengan kereta.
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan.
Nafas atau mulut berbau boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur atau selepas mengambil makanan atau minuman yang berbau.
Nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang.
Apakah punca nafas atau mulut berbau?
Lazimnya terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut.
Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria.
Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.
Apakah perkara yang boleh mengakibatkan nafas atau mulut berbau?
1.Merokok
2.Pengambilan makanan dan minuman yang berbau atau kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol
3.Penggunaan gigi palsu
4.Penyakit gigi dan gusi
5.Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik
6.Pembengkakkan tonsil atau adenoids
7.Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah
8.Penyakit diabetis yang tidak terkawal
9.Penyakit kegagalan fungsi hepar
10.Penyakit kegagalan fungsi ginjal
Tidak mengamalkan kebersihan mulut iaitu tidak berkumur selepas makan atau minum, tidak memberus gigi , lidah dan rongga mulut sekurang kurangnya dua kali sehari di waktu pagi dan malam sebelum tidur
Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin, decongestants , antidepression, antipsychotic dan lain-lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut kering
Punca kekurangan air liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan gigi.
Semasa tidur, rembesan air liur adalah kurang menyebabkan mulut berbau apabila bangun tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.
Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.
Bercakap terlalu banyak contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dan lain-lain ini akan mengurangkan pengaliran / perembesan air liur
Berpuasa: mengurangkan perembesan air liur.
Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, ubat untuk menghalang selera makan dan mengakibatkan mulut kering daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut.
Pengambilan minuman beralkohol boleh mengeringkan mulut
Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol boleh mengeringkan mulut
Kekurangan air dalam badan (dehydration) boleh mengurangkan pengaliran air liur
Stress juga mengurangkan pengaliran air liur
Bagaimana anda boleh mengetahui yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri menyedari masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut.
Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti ibu bapa, adik beradik atau kawan rapat. Janganlah merasa kecil hati apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini.
Selain itu, ada juga sejenis alat yang digunakan oleh doktor gigi (halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Penyelesian : Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?
1.Membersihkan gigi dan mulut setiap hari
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.
Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut.
Ambillah masa sekurang kurangnya dua atau tiga minit untuk memberus gigi dan lidah anda. Gunakan benang flos untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi.
2.Membersihkan lidah setiap hari
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi.
Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner).
Ada juga berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
3.Minumlah air
Anda disarankan untuk meminum air sekerap yang boleh sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari.
Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.
Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut boleh membuatkan suasana mulut kurang sesuai untuk pembiakan bakteria anaerob.
4.Elakkan mengguna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara.
Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
5.Mengunyah gula getah tanpa gula
Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang.
6.Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang (gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ.
Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:
Gusi yang bengkak dan merah
Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
Gusi yang sakit
Nanah keluar dari gusi yang bengkak
Gigi bergoyang
Gigi sensitive
Sakit pada gigi ketika mengunyah
Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda daripada plak dan karang gigi dan seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.
Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala sekurang kurangnya setahun sekali. Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.
Jika gigi berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan lebih awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.