Hakikatnya dengan bercucuk tanam juga mampu memberi pulangan yang lumayan.
Melalui perkongsian daripada seorang ayah dan juga merupakan pengusaha projek tanaman rock melon, mendapati bahawa dengan menanam rock melon pulangannya lebih hebat daripada melabur duit di ASB.
Bagaimana dia menghasilkannya jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Dari melabur ASB baik tanam Rock Melon
Tanaman rock melon sebenarnya berpotensi besar. Saya ada tanam sikit-sikit belakang rumah secara fertigasi. Hasil kali ni dengan hanya 1500 polybeg boleh menghasilkan lebih 3 ton.
Kenapa tanam rock melon boleh jana duit ?
1. Buah Rock Melon dijual Mahal di pasar raya atau di kedai buah. Ada hingga mencecah RM25 sebiji. Rasanya rangup, manis dan sedap. Makan sekali pasti teringin lagi. Rock Malon bukan tembikai susu. Kalau makan mesti nak lagi.
2. Rock Melon susan nak jumpa. Tak banyak petani yang tanam rock melon kerana ianya sedikit taknikal sebagai contohnya ada proses pencantuman bunga jantan dan bunga betina untuk menghasilkan buah, pencantasan dan lain-lain.
3. Sebenarnya rock melon cepat mendatangkan hasil. Jika menggunakan sistem fertigasi ianya mengambil masa 60 Hari untuk dituai.
4. Ada sifir rock melon. Satu polybeg boleh ditanam satu pokok untuk menghasilkan 1 biji buah. Secara purata kita target harga pasaran boleh kita jual RM5 sekilo. Sebiji puratanya 2 KG.
– tanah berkeluasan 40 x 60 kaki persegi must untuk tanaman 1000 pokok. Jika se ekar boleh ditanam 5000 polybeg atau lebih.
– Jika sebiji secara puratanya dijual dengan harga RM 10, jika 3000 polybeg anda boleh menjana RM30,000 secara kasar. Jika separuh dari itupun ianya sudah cukup bersyukur kerana ianya hanya mengambil masa 2 bulan.
5. Usaha tangga kejayaan. Saya tidak mahu anda berangan-angan atau membawang. Hanya bercerita negatif tetapi tidak bertindak. ianya hanyalah panduan ringkas. Tentunya untuk merealisaikannya ianya perlu modal dan bersungguh-sungguh.
6. Bukanlah banyak boleh dapat tapi usaha, kepercayaan pada diri itu adalah azimat untuk berjaya.
sumber : Baharuddin Mohamed