Siapa kata rumah kuaters tidak boleh menghias dengan cantik dan nampak lebih eksklusif? Tidak dinafikan bab-bab hias ini pasti kena keluar modal kan tapi jika pandai berjimat pasti ada barang-barang kelengkapan yang sesuai dengan apa yang anda inginkan.
Memandangkan kediaman kuaters adalah hak milik kerajaan, jadi tak boleh nak sewenang-wenangnya tukar itu ini.
Namun, dengan kreativiti dan pemilihan perabot serta cat misalnya dapat membuatkan kediaman ini daripada biasa kepada luar biasa.
Inilah yang admin nak kongsikan contoh terbaik sepertimana yang ditunjukkan saudara Firdaus Firman dikediamannya.
Nak mohon kuarters kerajaan memang susah nak dpt dkt tgh2 bandar kl ni… Dapat pun rumah dah berusia lbh 50 tahun… Bersyukur jelah…
Ni lah teratak bujang ku… Cat dinding je x berani nak buat lebih2 sbb rumah kerajaan… Bila2 masa je kena pindah…
Dapur berubah wajah selepas dicat. Cantik dan kemas hasilnya
Daripada begini kepada hasil yang cukup simple tapi bersih. Kreatif betul lelaki ni.
Rupanya Senang Je Buat Tisu Basah Untuk Bersihkan Rumah & Untuk Bayi. DIY Guna Bahan Dapur Je, Mudah & Menjimatkan!
Tisu basah menjadi satu kemestian sekarang, lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid -19 melanda. Ke mana-mana sahaja wajib bawa selain hans sanitizer.
Kalau dulu, tisu basah banyak digunakan untuk bayi namun orang dewasa juga turut menggunakannya terutama untuk membersiahkan peralatan di dalam kediaman.
Kalau ibu-ibu nak jimatkan kos pembelian, apa kata DIY sendiri tisu basah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di dapur anda.
Caranya cukup mudah. Terdapat dua jenis tisu iaitu satu untuk kegunaan ibu-ibu membuat kerja di dapur misalnya, manakala tisu basah lagi satu untuk kegunaan bayi.
Cara buat tisu basah bayi
Bahan-bahan
1 Gulung tisu dapur
Bekas untuk letak tisu basah
1 sudu besar minyak kelapa untuk melembap dan merawat masalah ruam
2 cawan air yang siap dimasak- supaya tisu tak berkulat
2 sudu besar cecair mandian bayi
1 sudu besar minyak bayi
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur menjadi dua bahagian dengan menggunakan pisau yang tajam bagi memastikan potongan ia nampak kemas.
2. Panaskan seketika air dan masukkan minyak kelapa. kacau rata kemudian tuang sekali cecair mandian serta minyak bayi.kacau lagi.
3. Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas kemudian tuang campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
4. Tutup bekas dan biarkan seketika.
5. Buka bekas mengandungi tisu basah kemudian keluarkan kertas keras di bahagian tengah tisu.
6. Sedia digunakan untuk pembersihan bayi.
Rujuk video di bawah untuk lebih detail:
Tisu basah untuk kegunaan dapur:
Bahan-bahan
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk meletak tisu basah
1.2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essential(Lavender, tea tree dan lain-lain)
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian menggunakan pisau tajam.
2. Campurkan cuka, air dan minyak essential. Kacau rata.
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata.Biarkan ia semalaman.
4. Keesokan harinya, keluarkan kertas bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk bersihakan tumpahan, table top atau lain-lain kegunaan.
Lebih detail rujuk video ini:
Sumber : Do It On A Dime
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
List A- J Yang Wajib Ibu-Ibu Buat Bila Harga Barang Dapur Makin Naik. Serius Kena Praktis Ni Kalau Nak Berjimat!
Suri rumah pastinya paling terasa sekali apabila berlaku kenaikan harga barang. Pasti akan ada ‘lompong’ sana sini dek kerana harga barang sudah meningkat. Tahun 2018 bakal menjengah beberapa hari lagi, namun ekonomi yang tidak menentu dengan naik turun minyak pasti akan memberi kesan pada kenaikan harga barang lagi.
Justeru, bajet dapur terpaksa dirombak semula mengikut kesesuaian keperluan dan kehendak. Bermula dari dapur, suri rumah mahupun suri berkerjaya boleh saja merancang belanjawan mereka dengan praktikal dan berhemah.
Ikuti panduan 10 tip mudah praktis ini. Yang pastinya, akan membuatkan anda lebih menghargai apa yang ada di dapur anda.
TIP A ‘ATUR BELANJA DAPUR’
Buatkan jadual belanjawan dalam tempoh sebulan. Beli apa yang perlu dan rancang makanan yang mahu dimasak dalam bulan itu. Sebaiknya, senaraikan barangan dengan harganya sekali. Cara ini membolehkan anda melihat pergerakan wang anda pada bulan-bulan seterusnya.
TIP B ‘BIJAK KALA MEMBELI’
Maksudnya di sini, sebelum berbelanja, anda telah menyenaraikan keperluan. Jika tidak begitu mendesak, letakkan ia di senarai paling akhir. Ada duit lebih, barulah boleh dimasukkan dalam troli barangan.
TIP C ‘CERMAT KUASAI DAPUR’
Suri yang hebat adalah suri yang cermat menggunakan bahan mentah atau peralatan di dapur. Memasak ikut keperluan keluarga, bukannya ikut suka sehingga akhirnya tidak dimakan oleh anak-anak mahupun suami. Belajar dari orang tua ataupun banyakkan belajar agar mahir memasak sekaligus tidak menggunakan bahan mentah yang tidak diperlukan.
TIP D ‘DAHULUKAN APA YANG PERLU’
Jangan sesekali membeli keperluan yang tidak diperlukan oleh keluarga mahupun anak-anak. Katakan anda begitu teringin memiliki kuali berjenama yang memudahkan kerja-kerja memasak. Apa kata anda simpan sedikit wang dari belanja dapur itu. Setelah cukup barulah membelinya. Tahan keinginan dan elakkan berhutang.
TIP E ‘ENERGI DARI DAPUR’
Mencipta makanan yang enak tidak memerlukan anda membeli bahan mentah yang mahal. Jika pandai mengubah resipi mengikut citarasa anda dan keluarga itu sudah membolehkan suami dan anak-anak jatuh kasih dengan air tangan anda. Lihat apa yang ada di dalam peti ais dan ubah suai mengikut keperluan.
TIP F ‘FUNGSI SEPENUHNYA’
Gunakan sepenuhnya alatan yang ada di dapur anda selagi ia masih berfungsi dengan baik. Tidak perlu memasak berkali-kali. Memasaklah sekali sehari tetapi masih boleh dinikmati sehingga ke tengahari atau menjelang malam hari.
TIP G ‘GALAKAN KEMPEN BUAT SENDIRI
Mengapa perlu berbelanja lebih semata-mata mahu menikmati keenakan sesuatu makanan? Cuba belajar di internet dan buat saja sendiri. Sekarang ini banyak panduan dan teknik membuat makanan proses sendiri dengan bantuan carian di ‘google’.
TIP H ‘HALANG DIRI DARI BOROS’
Pernahkah anda membeli makanan dan akhirnya makanan itu dibuang ke tong sampah? Itu salah satu amalan pembaziran sekaligus menyusutkan nilai wang anda. Nasi yang berlebihan jangan dibuang, tetapi boleh digunakan untuk membuat nasi goreng atau diadun dengan tepung untuk dibuat cekodok.
TIP I ‘INGATAN BUAT KELUARGA
Tulis nota belian dan belanjawan ikut keperluan anak-anak di peti sejuk. Tujuannya mengingatkan anak-anak dan keluarga yang anda sebenarnya sedang menggalakkan kempen penjimatan di dapur.
TIP J ‘JIMAT LAGI MENJIMATKAN’
Rancang jika anak-anak mahu menikmati makanan kegemaran mereka. Beli bahan mentah bukan sekali guna, sebaliknya boleh digunakan untuk keperluan yang lain. Contohnya membeli seekor ayam, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan untuk tempoh seminggu itu.
Awas, 6 Bahaya Di Dapur Yang Kita Tak Jangka. Ibu-Ibu Please Alert!
Dapur memang menjadi lokasi kegemaran semua ahli keluarga. Sambil memasak atau makan sambil berbual-bual. Tapi sekiranya di dalam rumah ada anak kecil, kawasan dapur boleh jadi tempat yang berbahaya buat mereka.
Ada banyak peralatan yang jika terdedah boleh membahayakan mereka. Jadi sebelum terjadi perkara memudaratkan ambil langkah berjaga-jaga. Peralatan berikut yang mungkin tak berbahaya pada orang dewasa tapi sebaliknya bagi kanak-kanak.
1. Ketuhar dan dapur gas
Kedua peralatan ini mempunyai punat yang diputar mahupun kekunci yang ditekan. Sebagai langkah keselamatan, pastikan suis yang menghubungkan peralatan elektrik ini dicabut bagi memastikan aliran elektrik tidak mengalir walaupun peralatan elektrik tersebut tidak digunakan.
2. Objek panas
Jangan biarkan anak-anak, terutama bayi berada dalam jarak yang mudah menyentuh benda panas, termasuk pintu ketuhar. Gunakan kain pengalas khas untuk mengangkat peralatan memasak yang panas. Jangan biarkan si kecil mengangkat peralatan yang panas.
Fizikal mereka yang masih kecil mungkin tidak bersesuaian untuk mengangkat benda yang panas dan sekaligus boleh mendatangkan kecederaan. Sentiasa ingatkan anak-anak agar menjauhkan diri dari perkakasan dapur yang panas seperti ketuhar, kuali, periuk nasi dan sebagainya.
Ingatkan mereka bahawa makanan yang keluar dari microwave itu panas dan boleh mencederakan walaupun ia kelihatan tidak panas.
3. Peralatan dapur yang berat dan tajam
Peralatan berat dan tajam di dapur, seperti alat parutan, pisau, pembuka tin, dan sebagainya sememangnya boleh mendatangkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul.
Usah biarkan anak-anak anda menggunakan peralatan ini. Jika mereka memerlukan pisau, sebaiknya beri pisau plastik yang tidak tajam sekiranya mereka ingin membantu anda memotong ketika hendak memasak.
4. Peralatan elektrik
Pastikan anda telah mencabut kabel elektrik setelah digunakan, dan jangan biarkan kabel itu terjuntai dan mudah dicapai oleh si kecil. Baca dengan hati-hati dan ikuti semua panduan penggunaan perlatan elektrik di dapur.
5. Lantai
Lantai dapur tidak terkecuali dari berlakunya kemalangan. Kebiasaannya, lantai dapur menggunakan jubin. Tumpahan air, sisa makanan atau keadaan lantai yang baru lepas dibersihkan boleh menyebabkan permukaan licin dan anak mudah tergelincir.
Oleh itu, jangan biarkan anak-anak berlari-lari di dalam dapur. Selain itu, segera bersihkan lantai jika terdapat sebarang kekotoran, sisa makanan mahupun air yang tertumpah.
6. Produk pembersih, bahan kimia
Kita selalu menyimpan bahan-bahan pembersih dan juga semburan untuk menghapus serangga di bahagian dapur. Pastikan menyimpannya dengan selamat dan tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak kecil. Jika disentuh atau dimasukkan dalam mulut sudah tentu boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Akhir sekali, perlu diingat bahawa anak-anak kecil gemar bereksperimen dan mencuba pelbagai perkara yang berada di sekeliling mereka. Mereka kreatif dan selalu ingin tahu berbagai hal yang mungkin tidak diketahui tentang bahaya sesuatu peralatan tersebut.
Untuk keselamatan, jangan sekali-sekali meninggalkan anak anda sendirian di dapur bagi mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku.