Tarikh 16 Mei 2018 pastinya mencatat sejarah yang cukup bermakna buat keluarga ini. Hampir 20 tahun mereka dipisahkan dek jeriji besi, isteri hilang kasih sayang suami, anak pula tidak ada tempat bermanja, namun kini mereka sekeluarga kembali bersatu.
Gembira, syukur dan sebak mungkin itu yang boleh digambarkan dengan situasi ini. Menurut Nurul Izzah, pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hadiah istimewa menjelang Ramadan.Sukar untuk dibayangkan andai berada di tempat anak sulung ini. Rindu untuk memeluk dan mendakap ayah yang dikasihi kini terlerai sudah.
“Kami telah tidak bersamanya pada banyak Ramadan dan saya anggap inilah hadiah paling manis untuk keluarga dan keluarga besar di Permatang Pauh.
“Selama papa dijaga di Pusat Rehabilitasi Cheras, kami berpeluang menemui begitu ramai jiwa besar yang memaknai saat-saat kami bersama. We deeply apologise for all the troubles we might have caused due to all the attention. I promise to go back and take pictures with all of you.
Ahli Parlimen Permatang Pauh menerusi Instagram berkongsi gambarnya bersama bapa, membuatkan ramai yang sebak. Rata-Rata netizen meluahkan rasa terharu dan kagum dengan keluarga ini kerana mampu bersabar puluhan tahun menunggu kebebasan bapa tercinta.
“Allah SWT Yang Maha Bijaksana telah membenarkan kepulangan ini. Cara yang terbaik menyambut Ramadan. Pengampunan berdasarkan satu kesilapan dalam keadilan. Satu perpisahan dipertemukan dengan satu pelukan akhirnya. Menjalani hidup berdasarkan keyakinan berprinsip. saya sayang papa. Kita ada banyak perkara hendak dilakukan. Lebih banyak ketidakadilan akan diperangi
.Datuk seri Anwar Ibrahim dibebaskan pagi tadi dengan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.