Anak itu cerminan didikan ibu bapa. Nyata apa jua tingkah laku anak itu akan mengambarkan didikan yang diberikan oleh orang tuanya.
Begitulah yang dilihat oleh seorang guru ini, Aminah Mat Yusoff yang kagum melihat seorang murid yang mempunyai peribadi mulia dengan memberi sedekah di tabung masjid sekolah.
Seterusnya ikuti perkongsian guru ini.
Bagus amalan mak ayah ni.. Boleh tiru
Ads
1. Ada sorang murid saya yang sangat menyejukkan hati. Segalanya baik.. Akhlaknya, percakapannya, sentiasa tenang dalam tindakan dan juga sangat aktif setiap kali proses pembelajaran. Bila buat pentaksiran, markahnya 100 peratus. Sebagai seorang guru, rasa gembira bersulam bangga kerana ada murid yang boleh jadi role model untuk rakan-rakan dalam kelas.
2. Satu pagi saya parking kereta depan masjid bersebelahan dengan sekolah. Kelihatan kereta dan motor ibu ayah silih berganti hantar anak-anak ke sekolah. Tanpa sengaja terpandang kelibat murid yang saya maksudkan tadi masuk ke perkarangan masjid dan menuju ke satu tiang. Di tangan ada beberapa keping wang seringgit, dengan hati-hati dia masukkan ke dalam tabung.
Ads
3. Dari jauh saya memerhati, mungkin dia tidak perasan tentang keberadaan gurunya.
4. Sedekah pagi banyak sangat baiknya, lebih-lebih lagi untuk rumah Allah. Kadang jawatankuasa masjid buat kenduri, duit tadi mungkin menjadi rezeki untuk orang-orang yang memerlukan. Subhanallah..
Ads
5. Hebatnya ibu ayah murid ini, melatih anak bersedekah. Membentuk peribadi yang penyayang dan penuh dengan sifat ihsan. Dua perkara ini menjadi faktor utama membentuk jiwa yang kuat dan bersih.
6. Hari tu dalam kelas, saya sampaikan kepada murid yang lain. Jika ada baki duit 20 sen, 30 sen simpanlah untuk hari esok. Datang pagi-pagi ke sekolah jengah dulu rumah Allah dan sedekah.
Moga Allah jadikan generasi yang hebat dan bertakwa.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB), segelintir rakyat Malaysia mulai culas dengan konsep penjarakan. Malah kelihatan ramai yang mulai membanjiri pasaraya tanpa menghiraukan jarak antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian seorang Doktor Hana Hadzrami, melahirkan rasa risau mengenai sikap tidak endah masyarakat.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Nampaknya kedai-kedai runcit dah tak perlu beratur untuk masuk. Dah tak kisah berapa pelanggan pun dalam kedai walaupun sesak macam sardin. Dengan pelanggan tak pakai topeng muka, siap riang-ria bawa satu keluarga.
Sesetengah kedai makan pun dah tak ambil suhu, apalagi ambil butiran pelanggan.
Rakan yang terbang dengan penerbangan domestik pun beritahu flight dia penuh sepenuh-penuhnya. Tiada jarakan antara tempat duduk.
Apa dah jadi dengan janji kita nak amalkan norma baru?
Nak untung maksimum punya pasal, nyawa pun dah tolak ke tepi.
Dah balik ke asal seperti zaman sebelum Covid nampaknya.
Kerajaan dah buat tindakan sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada kita. Takkan nak berperangai seperti pahat dengan penukul. Kita ni dah dewasa. Bukan budak kecik yang perlu diawasi sepanjang masa.
Saya menyeru supaya sesiapa yang nampak perlanggaran peraturan, supaya buat aduan polis.
Kita cuma ada kita. Kitalah yang perlu jaga kita. Cluster pasaraya dah bermula. Jaga-jaga semua.
Setiap peralatan mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai contohnya penggunaan tuil pintu. Ada tuil yang menggunakan tombol dan ada pula enis pemegang.
Tetapi tahukah anda, tuil pintu jenis pemegang lebih mesra dan mudah digunakan berbanding jenis tombol.
Tuil jenis pemegang ini nampak lebih selesa, memudahkan dan bermanfaat terutama kepada golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangan mengenai penggunaan tuil pintu jenis pemegang ini.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
▪️Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Kanak-Kanak Mudah Guna
▪️Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin Ketika Dipulas
▪️Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
▪️Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Mudah Disendal
▪️Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
*Jemput follow untuk dapatkan ilmu kesihatan dan perubatan daripada sumber sahih dan bertauliah.
Masa kita terhadap bersama anak, sayang sekiranya dibiarkan walaupun masa yang ada itu sedikit. Seringkali kita terngadah, lalu menyesal kerana tersasar memarahi, menengking, tidak berlembut, tidak meberim nasihat, tidak berjenaka.
Contohnya kita hanya mempunyai masa antara jam 6 petang hingga 8malam sahaja, waktu selepas anak pulang sekolah dan kita pulang kerja, kemudian sebelum mereka tidur semula. Waktu pagi pula, antara jam 6 hingga 8 pagi, dari bangun tidur dan bersiap hendak ke kerja dan sekolah.
Bagaimana memanfaatkan masa yang pendek agar bermanfaat? Bermanfaat untuk psikologi anak, untuk kepuasan ibu ayah memenuhi tanggungjawab, untuk kestabilan keluarga.
1. Fokus
Fokus kepada anak. Simpan gangguan lain. Terutamanya HP. Kalau perlu, sorokkan HP. Ingat, sekejap lagi mereka nak sekolah dan tidur. Sekejap sahaja masa diperlukan utk mereka.
2. Pesan kepada diri
Pesan kepada diri, saya mahu guna masa ini dengan baik untuk anak, sebentar lagi mereka ke sekolah, mereka ke nursery, saya pergi kerja, saya mesti beri waktu berharga untuk anak-anak. Biar mereka ingat kita yang seronok, bukan yang marah.
3. Komunikasi lisan
Komunikasi lisan adalah salah satu pintu sinaran kasih sayang kepada semua ahli keluarga. Untuk pasangan dan anak-anak. Latih komunikasi positif, suara rendah, ayat mendorong, ayat meminta kerjasama dengan tenang, jgn keluar kan suara di padang. Berlatih. Guna kata nama anak umi sayang, sayang kakak, sayang adik.
4. Bahasa badan
Peluk, cium, pegang badannya, belai rambutnya. Lihat mata anak ketika bercakap, beri giliran yang adil untuk bercakap.
5. Jenaka
Buat jenaka tahap anak-anak, ciptalah apa shj, mereka akan sukainya. Anak 1 tahun pun dah pandai main sembunyi-sembunyi. Anak 4 tahun dah boleh acah2 main teka teki. Waktu tunggu makanan boleh buat teka teki. Boleh main kuiz. 5 minit anak terasa indah hatta jenaka kanak-kanak cuma.
6. Nasihat dan pujian Berikan nasihat santai kehidupan, bicara tentang Allah, syurga, neraka, akhlaq. Guna waktu makan, dalam kereta, sebelum tidur. Yang pasti apabila dah kenyang. Nasihat bukan utk kesalahan shj, tetapi untuk memupuk potensi kebaikan, positive reinforcement. Puji juga kebaikan dan kekuatan anak, jgn kedekut pujian. Bina rasa yakin dalam diri anak.
7. Bersedia fizikal.
Pastikan kita telah siap rancangan aktiviti. Mahu makan apa, di rumah atau di kedai. Selepas itu apa, komunikasikan dengan keluarga. Lebih semua org faham, lebih terarah dan produktif masa.
8. Dorong jatidiri rutin
Bantu anak bina jatidiri, dengan melatih mereka siapkan beg sendiri, cari stokin, isi botol air, ambil air ketika dinner dan sarapan, angkat beg, kemas baju kotor, tuala dan katil. Arahan ringkas dan tenang. Suara rendah, jgn tinggi. Elok buat rutin bertulis, mudah mereka rujuk. Anak saya suka begitu.
9. Wujudkan peraturan
Peraturan umum keluarga perlu ada bagi melatih nilai dan pengurusan keluarga yang produktif. Contoh peraturan, solat berjemaah, makan di meja, buang dan kutip sampah yang dilihat, basuh pinggan sendiri, bercakap ikut giliran, semua makanan perlu dikongsi. Semuanya disebut-sebut dan diberi penekanan sewajarnya.
Begitulah halnya dengan masa yang pendek yang kita ada setiap hari. Kadang-kadang kita selalu fikir, hujung minggu adalah masa keluarga, sehingga kita lupa setiap detik yang berlalu setiap hari juga perlu diraikan.
.Jangan rasa berat. Guna point 1-5 dahulu, ini lebih nampak mudah. Kita mulakan bersama. Isu ini isu asas, semua keluarga merasainya. Jangan biarkan saat berharga hilang begitu sahana. Masa bersama keluarga wajar dimanfaatkan, bukan dengan wang ringgit tetapi dengan mewarnai perhubungan. Suami isteri mahukan pasangan yang memahami dan mampu berkomunikasi, anak-anak rindukan ibu ayah yang lembut dan tenang.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.