Dari Hobi Jadi Kerjaya, ‘Iron’ Lady’ Tergantung Di KLCC Siap Jumpa Jodoh Lagi Di Tempat Tinggi!

Share

Dua tiga hari ini tular klip video yang mempamerkan aksi seorang wanita yang diber gelaran ‘Iron Lady’ gara-gara bertugas di puncak menara berkembar KLCC. Wanita yang bernama Maya Sidek yang bekerja sebagai juruteknik akses tali sama sekali tidak gentar bekerja dengan ketinggian 88 tingkat sambil memakai alat keselamatan lengkap.

Wanita yang berusia 30 tahun ini mendedahkan segalanya bermula daripada hobi kesukaannya, iaitu sukan lasak ‘rock climbing’. Meskipun awalnya diakui agak gayat, tapi lama-kelamaan perasaan itu lenyap dengan sendiri dan sudah 5 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan.

Siapa sangka, walaupun bergelar ‘Iron Lady’ kerja di tempat tinggi, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dalam bidang sama. Hal ini kerana, dia sedar bukan semua lelaki boleh menerima calon isteri yang kerja lasak sepertinya. Lebih manis lagi, perkahwinan mereka diserikan pula dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki sekitar 3 bulan lalu.

Tambahnya, meskipun menggalas tanggungjawab sebagai ibu, namun Maya masih kekal dengan karier serta hobi kesukaannya sebelum kahwin. Malah dia turut memasang impian untuk bawa anaknya turut serta lakukan aktiviti ekstrem, dengan harapan membesar jadi lelaki yang ‘lasak’.

ARTIKEL LAIN :

Nak Kawin Sebab Apa? Ustaz Ini Kongsikan 3 Perkara Yang Harus Anda Buat Sebelum Kahwin – KELUARGA

Bapa Meninggal 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen, Anak Kuatkan Semangat Terima Skrol Tanpa… – KELUARGA

Mengadu Sakit Perut, Anak 6 Tahun Meninggal Dunia  Dalam Pangkuan Ibu – KELUARGA

Kredit : FB Maya Sidek , mStar Online, TikTok siva_wwc6