Hubungan antara dua pelakon ini tidak asing lagi dikalangan peminat dunia seni. Malah, rata-rata peminat kedua-duanya sangat merestui dan tidak sabar melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersatu.
Akhirnya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan aktres cantik manis, Zahirah Macwilson melangkah setapak lagi dalam hubungan mereka apabila mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Aiman mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Engaged Alhamdullilah syukur ❤ #zahirAH,” kata Aiman ringkas namun cukup bermakna.
Kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember tahun lalu apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.
Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang baru berakhir ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Menjengah ke ruang komen entri terbabit, ramai warganet yang memberi ucapan tahniah dan mendoakan pasangan ini sehingga ke jenjang pelamin.
Dari drama jadi kenyataan
michelynie Yeahh..tahniah..dari drama jd kenyataan..???
malsdaud FINALLY??? been waiting!!
_syifaqayumiey omaigoddddd❤️congrats?you guys are totally perfect together❤️
isyarozaidi Finally !! dah nak halal jugak
aimizain Congrats! Bagai pinang dibelah dua ?✨
snuranih Alhamdulillah congrats. Happy for u two
yanoiii @azriroslan1 we bumped into them choosing ring hari tu, dah engaged now hehe. Happy for them!!!
m4rl1s4_ Alhamdulillah!!!! ❤️ I’m happy!!! Semoga dipermudahkan ke next step ?
Rakan artis turut mengucapkan tahniah buat mereka berdua, antaranya Sean Lee, Sharifah Sakinah, Aeril Zafrel dan Nabila Huda.
Ni bukan curi-curi cinta
aeril_zafrel tahniah??
harifah_sakinah Alhamdulilahhh!!
hairulazreen congratulations ???
mfmirafilzah Omg congrats Ira ?❤️
lisasurihani Yeayersss! Truly ecstatic for u both! ♥️
uyainaarshad Alhamdullilahhhh!! Congratulations, lovebirds! So happy for your guys!! ?????
radin_era Steady man!!!! ??? #emceewedding nanti boleh cari ?
dxnixl.hxfiz Tahniah bang. Ni bkn drama curi2 cinta kan
attyusof Alhamdulillah yassss! Hehe had a feeling that u were getting engaged ?
zureenazmel_ Patutlah aiman blk perth jugak? tahniah both of you ❤️
Tahniah diucapkan kepada Aiman dan Zahirah, semoga ikatan pertunangan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin.
Sumber; IG zahirahmacwilson & aimanhakimridza