
Siapa ada lagi stok durian frozen kat rumah? DUlu simpan acah-acah kalau teringin baru nak makan. Tapi sampai sekarang tak terusik!
Haa apa kata transform jadi aiskrim resipi dari Fafae Mimie , confirm cepat habis! Tak perlu beli dah aiskrim kat luar tu kalau craving sangat nak makan!
Musim durian kan..marilah buat aiskrim durian.
Homemade Aiskrim Durian
Durian 10-15 ulas
1 tin susu sejat
3 sudu susu pekat
1 sudu besar ovalet
- Blend semua kecuali durian.
2. Bila dah kembang, masuk durian, blend lagi sekali.
3. Masuk dalam bekas dan bekukan.
4. Siappp!
Sarapan Pagi Paling Mudah. Resipi Roti Canai Homemade Ni Lagi Sedap

Sarapan pagi merupakan perkara penting sebelum memulakan hari termasuk bekerja atau belajar. Roti canai antara menu yang sangat popular dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Menu ini juga sangat digemari oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Tapi, tahukah anda jika buat sendiri di rumah pun lagi best.
Jangan risau, anda hanya perlu ikut sahaja step-step yang dikongsikan oleh Azura Yusoff ini. Nampak sahaja renyah, tetapi hasilnya sangat memuaskan dan menyelerakan. Selamat mencuba!
Roti Canai Homemade
Bahan-Bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 1 sudu kecik penuh garam
- 1 sudu besar pelembut roti
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu besar susu pekat
- Air sejuk peti gm500 sugar
- Air panas 3 sudu besar
Cara-Cara:
– Masukkan garam gula susu pekat, air panas 3 sudu besar. Kacau sehingga sebati.
– Masukkan tepung gandum. Kacau hingga larut.
– Masukkan pelembut roti. Kacau hingga larut.
– Masukan air sejuk sedikit demi sedikit.
– Uli hingga 30 minit. Uli hingga lembut.
– Bulatkan hingga menjadi doh kecil dan lumurkan dengan majerin.
– Simpan dalam bekas kadap udara selama 6/7 jam
– Bentukkan setiap doh hingga menjadi roti canai.
– Letakkan minyak sedikit ke dalam kuali. Bakar hingga separuh masak untuk roti canai segera kalau nak terus makan masak sepenuhnya.
– Boleh dimakan bersama kuah dal atau kuah kari.
Sumber: Azura Yusoff
Sayur Tahan Berminggu-minggu Bila Dibalut Dengan Teknik Ni!

Bila memasak, kita mak-mak ni memang mementingkan aspek pemilihan bahan-bahan masakan yang segar agar hidangan dimasak bukan sahaja sedap malah dapat membekalkan nutrisi buat ahli keluarga.
Terutamanya bila memasak hidangan berasaskan sayur-sayuran. Tidak puas hati kiranya jika masak sayur yang sudah layu, dan tidak segar lagi.
Tidak mahu berdepan dengan masalah itu, pelbagai cara penyimpanan sayur dipraktikkan untuk pastikan stok sayur yang dibeli boleh disimpan lama dalam keadaan segar.
Salah satu cara adalah seperti yang dikongsikan ini.
Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu
Saya dah cuba macam-macam cara untuk simpan sayur supaya tahan lama.
Keluarkan dari plastik la. Potong masuk dalam bekas la. Tapi kalau sayur hijau selalunya tak tahan sangat. 2-3 hari dah busuk.
So far, cara ni paling berkesan untuk saya. Cuma perlu aluminium foil dan ada juga yang letak tisu. Tapi saya tak guna tisu pun. Hehe.
Caranya:
1. Sayur baru beli, jangan basuh
2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur
3. Lipat elok2 dan labelkan
4. Bila nak guna baru basuh, lebihan simpan semula dalam tu
Insyaallah tahan lebih seminggu dan segar. Cuba lah. Semoga bermanfaat!
Sumber : Eyfa Emir
Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

Kalau makan roti bakar sedap lah kan disapu dengan peanut butter tak pun perisa lain seperti coklat mahupun strawberi. Biasanya ini semua kita beli je di kedai. Apa kata kali ini ibu-ibu buat sendiri. Lagi menjimatkan dan paling penting terjamin kebersihannya selain dapat kurangkan penggunaan bahan seperti gula, garam dan minyak.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi ini. Selamat mencuba!
Homemade Peanut Butter yang yummy untuk bekalan anak di asrama.. peanut butter yang dibuat sendiri ini insya Allah yang lebih baik sebab kita yang control ingredients nya.. kita boleh control penggunaan gula, garam serta minyak dalam peanut butter buatan sendiri.. biasanya akak sterilizekan dulu balang kaca yang nak diguna supaya peanut butter boleh disimpan lebih lama.. setakat ni peanut butter buatan sendiri ini boleh bertahan hingga satu bulan pada suhu bilik..
**********************************
Homemade Peanut Butter
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan2 untuk buat peanut butter:
* Kacang tanah
* Sedikit garam (saya guna garam buluh)
* Sedikit pemanis (saya guna madu.. boleh guna gula, stevia atau lain2)
* Sedikit minyak – optional (saya guna 2 sudu teh minyak zaitun untuk setiap 500g kacang tanah.. boleh guna minyak kacang, minyak jagung, minyak sayuran atau lain2.. Penggunaan minyak adalah sebagai stabilizer dan supaya menghasilkan peanut butter yang lebih halus dan tahan lebih lama).
Cara buat:
* Kacang dipanggang hingga masak.
* Buangkan kulitnya.
* Masukkan ke dalam blender kering (isi separuh penuh saja) dan kisar.
* Tambah garam, pemanis dan minyak (jika suka) secukupnya dan kisar lagi hingga halus.
* Untuk membuat chunky style peanut butter, cuma tambah sedikit kacang tanah yang dikisar kasar.
Untuk menyimpan peanut butter pada suhu bilik pada jangka yang lebih lama (dalam sebulan), syerilizekan dulu balang yang akan digunakan dengan cara ini:
* Rebus balang kaca bersama penutupnya. Biar mendidih selama 10 minit.
* Toskan balang kaca dan penutupnya.
* Balang kaca dimasukkan ke dalam oven dan dibakar selama 20 minit pada suhu 120-130 darjah manakala penutupnya dikeringkan saja.
* Biar balang sejuk dulu sebelum diisi dengan peanut butter.

Nota:
Untuk pastikan supaya peanut butter buatan sendiri tahan lebih lama, pastikan barangan yang diguna untuk menyediakan peanut butter seperti mangkuk, blender kering, sudu dan lain2 dalam keadaan kering. Pastikan juga tiap kali cedok peanut butter ini, guna sudu atau pisau butter yang kering.