Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa figura dakwah yang dikenali ramai.
Tutur kata yang lembut tatkala menyampaikan usrah dan ceramah mudah menjentik hati.
Baru-baru ini, anak ketiga beliau, Nur Ne’ma al Solehah melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan.
Telah berlangsung pernikahan anakanda yang kami cintai, Nur Ne’ma Al Solehah dan Afif Nu’man Bin Azamirudin di Musolla Madinatul Huffaz dengan diiringi doa restu ibu bapa, datuk nenek dan seluruh keluarga,” kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada Ustaz Dr Azahar Yaakub itu turut menitipkan kesyukuran dan mendoakan agar ikatan yang terjalin berkekalan serta diberkati.
Ads
Sementelah kedua-dua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan merupakan rakan baik sebelum ini.
“Dua Keluarga yang sejak dari dahulu bersahabat baik kini menjadi besan dengan bersatunya pasangan mempelai ini.
“Doa kami, mudah-mudahan pernikahan ini penuh keberkatan, barakah untuk seluruhnya.
“Barakah dengan apa yang akan dikurniakan oleh ALLAH untuk pasangan ini dan bermanfaat perkahwinan ini untuk ummah, aamiin.
Ads
“Alhamdulillah terima kasih pada sanak saudara dan rakan taulan yang mendoakan. Doakan pasangan mempelai mendapat segala kebaikan di dunia dan akhirat,” titipnya.
Warganet turut menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar kebahagiaan Nur Ne’ma al Solehah dan pasangan kekal berpanjangan.
Ustazah Norhafizah yang juga Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan) 2015 mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr Azahar Yaakub dan dikurniakan tujuh cahaya mata.
Ads
Pada usia mencecah 43 tahun, beliau menjadi inspirasi ramai selepas menerima doktor falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia dengan tesisnya bertajuk ‘Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara’.
Terdahulu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan juga dari universiti yang sama.
Ustazah Norhafizah bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur sebelum bersara pada Mei 2022.
Kini, beliau dan suami merupakan pengerusi dan penasihat kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang terletak di Gombak.
Sumber: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak zaman sekarang banyak yang terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat terutama hal berkaitan hubungan seksual. Malah pada usia masih kecil bagi kanak-kanak sekolah rendah mereka telah mengetahui perkataan rogol dan maksiat.
Menurut penceramah yang dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi pentingnya ibu bapa alert tentang permasalah ini agar tidak menjadi masalah tegar kalangan generasi muda.
Setiap kali saya menyampaikan ceramah dengan tajuk Remaja Hebat Jauhi Maksiat, pasti saya bertanya apa perkara pertama yang bermain dalam fikiran mereka saat mendengar perkataan maksiat.
Oleh sebab saat itu pelajarnya berusia 8 tahun, maka berebut-rebutlah mereka angkat tangan mahu menjawab soalan berkenaan. Ada yang jawab couple, judi, arak, vape, dadah dan rokok.
Namun semakin banyak jawapan diberi, semakin ekstrem jawapannya. Ingat, ni budak-budak darjah 2 ya. Maka, bila seorang menyebut gay, yang lain menyambung pula dengan lesbian.
Term kunyit dan serai yang merujuk kepada homoseksual juga disebut. Cabul! Jerit seorang budak. Sehinggalah seorang pelajar lelaki menyebut perkataan ini,
ROGOL!!!
Saya terus bertanya kepadanya, apa yang dia faham tentang perkataan berkenaan. Mula-mula mengelak nak jawab, tapi rakan-rakannya kata, “Alah kau ni, kau kan tahu, malu-malu pulak.” Maka anak ini terus menjawab,
“Rogol tu bila lelaki dengan perempuan…” Dia diam sekejap. Aku tanya beliau dengan menyebut lagi?
“Kemudian masuk bilik. Kunci pintu. Tanggal baju. Baring atas katil.”
Budak-budak lelaki menjerit oooooo. Budak-budak perempuan menjerit eeeeeee. Saya yang mendengar jawapan budak ini rasa sedih sangat. Nak menitis air mata saat itu.
Bagaimana mungkin anak yang senaif ini memperincikan hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Hanya ada 3 sebab sahaja,
1. Kawan ajar 2. Pernah tengok porn 3. Pernah tengok mak bapak beromen depan mata.
Tuan puan, ini realiti anak-anak kita hari ini. Seawal tadika sudah terdedah dengan macam-macam kelucahan yang adakala berpunca dari sikap kurapnya perangai mak bapak dalam mendidik anak-anak.
Maka, teringat saya akan tulisan sahabat saya yang ini, Puan Zeeda Aziz. Walau beliau telah deactivated fb sejak tahun lepas, tapi tulisannya ini wajib dibaca oleh semua orang.
*******************
ROGOL DIANGGAP SEBAGAI PERMAINAN
Oleh kerana saya tidak boleh kongsikan video yang dirakam, disini saya sediakan transkrip supaya anda tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebuah sekolah rendah.
Ini adalah transkrip perbualan di antara Mama (ibu) dan Abang (anak/murid darjah 2) ?
Abang: “Dia tarik abang pergi tandas belakang. Tandas perempuan kat belakang. Dia ajak abang pergi main rogol-rogol.”
Mama: “Main rogol-rogol? Rogol yang macam mana?”
Abang: “Dia tarik abang! Dia kata jom la wey. Dia kata nak pergi kencing. Tapi abang kata abang nak basuh muka je. Dia kata jom la jom la.”
Mama: “Pastu?”
Abang: “Pastu abang marah la dia. Abang kata, nak bagitau mak, abang kata macam tu.”
Mama: “Siapa lagi yang buat macam tu? Dia ada buat kat siapa lagi?”
Abang: “Dia buat kat abang je la.Tapi ada kawan abang nama A, dia ajak orang lain main rogol-rogol.
Ada budak lelaki ni dia suruh baring. Darjah dua juga. Dia rogol kawan abang. Dua-dua ni satu kelas dengan abang.”
Mama: “Esok mama jumpa cikgu awak.”
Abang: “Tak payah!!! Abang dah bagitau cikgu, cikgu diam je! Tak pukul pun dia.
Abang dah bagitau Cikgu E,… macam-macam cikgulah! Ustaz M, dah bagitau Cikgu N Sains, lepas tu bagitau Cikgu F. Cikgu F lempang dia kuat2 haritu!
Mama tolong pergi sekolah jumpa budak tu.”
Mama: “Esok mama pergi jumpa budak tu.”
Nah tuan puan. Budak darjah dua sekarang ni tidak lagi main aci ligan atau baling kasut macam kita dulu. Mereka sudah advance. Permainan mereka, rogol-rogol di tandas.
Mujurlah puan ini dah didik anaknya untuk mengenali apa yang salah, dan apa yang betul. Dari riak muka anak ni, dia betul-betul marah dengan ajakan kawannya.
Tahniah mama kerana berjaya mendidik abang dengan baik. Dia tahu melindungi diri dia dari gangguan seksual.
Cuba bayangkan jika si anak ni tak pernah diajar maksud rogol. Kawan ajak main, mau je mengikut tu.
Mereka baru darjah dua ni tuan puan. Umur 8 tahun dah mula cuba lakukan hubungan kelamin melalui apa yang mereka lihat melalui internet. Manalah mereka tahu itu salah kalau kita sendiri malu nak mengajar.
Beginilah. Kalau malu nak ajar, marilah saya terangkan kepada mereka. Siap dengan akta lagi supaya mereka tahu main rogol-rogol tu boleh dipenjarakan 20 tahun dan dikenakan 10 kali sebatan.
Kenapa kita boleh ajar anak kita cara melintas jalan yang betul dan selamat. Tengok kanan tengok kiri tengok kanan lagi. Tetapi apabila ianya melibatkan maruah, masa depan dan keselamatan mereka, ancaman jenayah seksual tu dipandang ringan sahaja.
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi begini, saya nasihatkan anda untuk membuat laporan bertulis di pejabat sekolah. Kemudian cuba berbincang dengan guru disiplin, HEM, kaunselor dan guru besar. Minta pihak sekolah terangkan cara bagaimana mereka mengendalikan kes-kes begini.
Para guru janganlah diam sahaja. Ini perkara serius. Maruah kita ada pada anak-anak ini. Bayangkanlah sekiranya mereka melampaui batas, melakukan kerja terkutuk dan ditangkap. Nama sekolah akan terpalit busuk sama.
Tugas saya media sosial ini adalah sekadar mengingatkan dari semasa ke semasa tentang bahaya pedofil dan serangan seksual terhadap kanak-kanak. Tugas kalian sebagai guru adalah untuk sentiasa bersedia mengesan kelakuan yang tidak bermoral yang berlaku di kawasan sekolah.
Tugas ibubapa pula ialah mengajar anak-anak tentang jenis jenayah yang ada di Malaysia termasuklah jenayah seksual kanak-kanak. Dengan ilmu, mereka mampu menjaga diri mereka dengan baik, walaupun kita tiada bersama mereka.
Kalau kamu rasa yang anak kamu tak akan ada masalah, mohon fikir semula. Pengaruh rakan sebaya lebih kuat tarikannya berbanding ibubapa. Ajarlah anak kamu ilmu yang penting ini sebelum mereka diajar oleh orang lain yang berniat jahat.
**************
ANAK ZAMAN TAK SAMA DENGAN ZAMAN DAHULU
Terima kasih Kak Zeeda. Walau hanya aktif di instagram, penulisan yang lama tetap bermanfaat sampai sekarang.
Buat mak ayah yang baca post ni, terimalah realiti yang zaman anak kita hari ni tak sama langsung dengan kita dahulu.
Ada je yang cakap, advance nya budak zaman sekarang. Namun saya nak betulkan pemahaman yang ini.
Mereka bukan advance, tapi mangsa kepada kenaifan memahami cause and effect dari semua ini.
Yalah, ‘guru’ pertama yang mendidik anak tentang seks kan kawan-kawannya. Tak pun, ‘cikgu’nya yang bernama handphone.
Mak ayah tak payah susah-susah. Teruskan hidup macam biasa ya. Kalau emak-emak kemain concern pada anak pun, bukan suami awak nak ambil port. Dia kan busy setiap hari dengan isu politik. Tak pun, sibuk main games.
Nak tag suami dalam post ni? Jangan haraplah dia nak baca penulisan panjang gini. Hanya pandai komen, lukis boleh tak?
Harap suami awak bukan lelaki sebegitu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rumahtangga bukan tempat untuk menabur janji, bukan tempat untuk berlagak pandai dan bukan tempat untuk mengambil kesempatan. Ada perkara yang tidak boleh kita simpan supaya rumahtangga itu semakin kukuh dan penuh rasa cinta.
6 Perkara Kena Buang Dalam Rumahtang
Suami Isteri buanglah :
1 – Rasa Ego
————-
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
————-
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
————-
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
————-
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
————-
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
————-
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami mana yang tidak bimbang bila isteri yang sedang mengandung tiba-tiba berlaku pendarahan dan mengadu menanggung kesakitan. Bukan sahaja berasa kasihan dengan keadaan isteri yang menanggung kesakitan, malah keselamatan bayi dalam kandungan juga menimbulkan kerisauan.
Begitulah saat getir yang dirasai oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri apabila berdepan dengan ujian mendapati isterinya Datin Shahida yang kini hamil empat bulan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami komplikasi pendarahan teruk.
Khabar mengejutkan ini dimaklumkan sendiri oleh Datuk Aliff melalui hantaran video di akaun instagramnya.
Menurutnya, berkongsi dengan apa yang dia rasakan ketika berdepan situasi ketika terdengar isteri menjerit menaggung kesakitan akibat pendarahan, Datuk Aliff akui merasa sangat terkejut, takut, sedih dan mohon didoakan kesejahteraan untuk isteri dan bayi dalam kendungan.
“Awak saya sedih. Doakan semuanya selamat. Masa ni semua jadi kelam kabut. Sepanjang perjalanan wife saya mengalami pendarahan teruk.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih ok, denyutan jantung pun ok, cuma isteri saya kena baring je dan rest untuk 3-5 bulan sebab akan bahaya untuk ibu dan baby, sampai la uri naik semula,”jelasnya.
Dalam pada itu, bapa kepada lima orang cahayamata ini memohon warganet untuk mendoakan kesejahteraan isterinya.
“Doakan semuanya dipermudahkan. Siapa ada pengalaman macam ni cer sharekan pengalaman korang.
“Sepatutnya minggu ini saya ada event perasmian koleksi telekung dan tudung @as.hijabofficial tapi sebab @shahidaadherb mengalami pendarahan saya terpaksa lancarkan secara online sahaja. InsyaAllah dah sehat nanti kita rasmikan di butik Nu Central KL.
Meninjau di ruangan komen warganet terkejut berita yang dikongsikan oleh Datuk Aliff Syukri selain itu turut memberikan kata-kata semangat dan doa buat Datin Shida dan kandungannya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.