Momen kehamilan antara yang dinanti-nantikan setiap wanita yang sudah berkahwin. Debaran bakal menyambut ‘orang baru’ dalam rumahtangga seiring dengan rasa excited dan tak sabar.
Waktu hamil, ada juga yang suka melaram , memakai pakaian ibu hamil mengikut fesyen dan citarasa masing-masing.
Namun berbeza dengan selebriti cantik manis ini. Dia lebih selesa memilih pakaian suaminya untuk dipakai terutama sekali ketika berada di rumah. Akuinya, dengan situasi semasa membataskannya untuk keluar rumah. justeri, dia tidak mahu membazir membeli baju ibu hamil.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya. Untuk rekod, Ayda jebat kini sedang hamil lebih kurang enam bulan usia kandungannya.
WFH OOTD gais! Kalau saya shoot sekarang, atas elok, bawah pakai la apa pun. Kain sarung ka, seluar tidur ka. Kan ‘Work From Home’. Korang pun sama kan? 🤣😅
Ads
Saya takde satu pun baju pregnant. Tak perlu la sebab tak pergi mana pun.
Takyah membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat. Berangin! Haha! Normal kan buk? 😅
Orang kata kena beringat. Bukan apa, adakalanya malang tak berbau. Kita memang dah sehabis baik menjaga semua barang-barang kita, lebih-lebih lagi kalau bercuti ke luar negara. Tapi benda sudah nak jadi, kita tak boleh nak merungut atau cuba elakkan.
Jika hilang pastport di luar negara ketika anda dan keluarga sedang bercuti, janganlah panik dan marah-marah tak tentu pasal. Jangan rosakkan mood percutian anda bersama keluarga.
Langkah dan panduan yang dikongsikan oleh Travel As-Qaiser Collection’s 143 – Kutu Travel Bajet Selamat ini facebook sangat berguna untuk kita.
Lebih-lebih lagi kalau kita bawa satu keluarga ke luar negara. Kadang-kadang kita jadi panik dengan situasi dan anak-anak jadi kelam kabut. Langkah dan panduan yang dikongsikan ini sangat-sangat membantu.
Apa yang anda lakukan jika passport anda hilang atau di curi ketika berada di luar negara?
Kalau hilang dalam Malaysia takde lah kelam kabut sangat. Tapi kalau hilang ketika berada di luar negara memang akan buat keadaan haru biru.
Tanpa passport, anda tidak akan dibenarkan untuk menaiki flight dan ini juga bermakna anda tidak boleh pulang ke negara asal. Sememangnya terkandas di negara asing memang bukan lah sesuatu yang menyeronokan.
Berikut merupakan sedikit panduan jika berlaku perkara passport hilang atau di curi ketika berada di luar negara.
1. Buat laporan di balai polis yang berhampiran
Ini perkara paling utama dan paling asas. Sebabnya kalau anda nak memohon sijil passport sementara dari kedutaan, diorang akan minta laporan polis. Kalau anda nak buat tuntutan insuran untuk ganti balik semua kos dan kerugian akibat masalah passport hilang ini, syarikat insuran akan minta salinan laporan polis juga.
Begitu juga kalau seseorang berniat untuk menggunakan passport anda yang hilang atas tujuan dan aktiviti yang lain. Laporan polis mungkin menjadi bukti bahawa orang lain yang menggunakannya dan bukannya anda.
Jadi jangan bertangguh, kalau anda dapati passport anda hilang, pergi ke balai polis tempatan dan buat laporan secepat mungkin. Pastikan selepas membuat laporan, dapatkan salinan laporan polis dan simpan baik-baik.
2. Duit
Anda kena ada sedikit wang untuk survive kalau berlaku keadaan seperti ini. Untuk makan, bayar tambang teksi nak pergi ke kedutaan atau membuat panggilan, memang kena ada duit.
Kadang kadang bukan passport anda sahaja dicuri, tapi duit pun kena curi sekali. Jadi kalau letak semua duit dalam satu tempat, nasib tak baik memang akan hilang sekaligus.
Oleh itu kalau anda pegi travel dengan family, bahagi-bahagikan duit yang dibawa, setengah bagi kat isteri dan setengah lagi anda pegang. Kalau beg anda dicuri contohnya, setidak-tidaknya anda masih ada sebahagian wang lagi yang dipegang oleh isteri anda untuk survive.
Begitu juga perlu pastikan ada sedikit baki duit dalam akaun bank anda. Sebelum pergi, telefon bank untuk aktifkan kad ATM supaya boleh digunakan di luar negara dan bawa bersama anda. Ketika kecemasan, boleh keluarkan duit melalui kad ATM.
Lagi satu yang anda boleh guna ialah kad kredit. Boleh juga dapatkan advance cash guna kad kredit ketika kecemasan . Tapi kalau wang tunai, kad atm dan kad kredit semuanya hilang, cara terakhir ialah anda whatsapp atau email keluarga anda di Malaysia dan suruh mereka hantar cash melalui Western Union.
3. Pergi ke kedutaan Malaysia yang berhampiran
Selepas membuat laporan polis, anda kena pergi ke kedutaan Malaysia yang terdekat. Jadi seeloknya, dapatkan dahulu alamat dan nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang anda ingin lawati awal awal sebelum pergi ke sana. Alamat dan nombor telefon kedutaan boleh didapati di website Kementerian Luar Negeri di kln.gov.my.
Tapi kalau anda terlupa nak cari awal-awal, boleh lah pegi mana mana coffe shop, dapatkan access wifi dan cari alamat kedutaan Malaysia di negara yang anda lawati melalui laman web di atas.
4. Mohon Sijil Passport Sementara
Bagi rakyat Malaysia, kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil passport sementara jika ianya hilang ketika di luar negara. Sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia (1 hala sahaja) dan anda perlu mohon passport baru bila kembali ke Malaysia. Apa yang anda perlu ada untuk memohon sijil passport sementara ini ialah:
– Salinan laporan polis, – Dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat Malaysia – Borang permohonan (akan di beri oleh kedutan)
Sebagai persediaan, lebih elok scan dulu passport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting lain sebelum pergi ke luar negara dan kemudian emailkan ke diri sendiri.
Jika berlaku keadaan seperti ini, at least anda boleh buka email dan print balik semua dokumen tadi sebagai bukti bahawa anda merupakan rakyat Malaysia.
Memang kita tidak boleh jangka sesuatu yang tidak ingini akan berlaku. Tapi membuat perancangan awal setidak-tidaknya boleh membuatkan kita tidak panik dan lebih bersedia jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti ini.
Kongsi Tip Travel
1. Sebelum pergi ke luar negara, pastikan anda dan keluarga ada insurans yang melindungi.Kalau jadi apa-apa kat sana kan selamat.
2. Jangan simpan cash terlalu banyak. Sebaiknya anda bahagikan sedikit pada isteri atau simpan sahaja dalam bank yang boleh diaktifkan.
3. Pastikan kad ATM anda diaktifkan terlebih dahulu dan kad kredit juga jenis Visa yang boleh dipakai seluruh dunia. Sangat membantu!
4. Kena sentiasa ada langkah keselamatan terutama barang berharga seperti duit, beg duit dan paling penting passport.
5. Kalau anak-anak masih kecil, elakkan beg yang terlalu banyak dan kecil. Susah nak handle. Tetapkan satu beg sahaja dan barang berharga simpan pada anda. Kalau banyak beg pasti akan tercicir atau hilang.
6. Cari beg jenis bersilang atau back pack yang boleh digalas pada bahagian hadapan. Ini insyallah selamat.
7. Kalau dalam keadaan bersesak-sesak orang ramai, pegang sentiasa begwalaupun sentiasa di badan kita.
8. Sebaiknya jangan tinggalkan duitdalam peti simpanan di hotel. Pegang sahaja lebih selamat. Kalau hilang pun ditangan anda sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercakap tentang keenakan rasa masakan kari, tentunya terletak pada olahan rasa rempah dan ramuan lain dengan santan yang menjadikan kuah kari rasa berlemak dan enak .
Tetapi, resipi Kari Ayam yang dikongsikan oleh puan Aslyna ini pun tidak kurang hebatnya. Nampak cukup menyelerakan.
Tambah istimewa lagi, rupa-rupanya menu ini adalah masakan asli daripada negara Nepal yang dipelajari daripada abang iparnya.
“Abang ipar saya orang Nepal..dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranye. Nama masakkan tu Kukkra Curry atau kita panggil kari ayam.”
Memang sedap,sebab kari diorang ni lain dari yang lain dan tak pakai santan. Kari ni bukan makan dengan nasi je sedap,makan dengan roti arab pun sedap.
RESEPI KUKKRA CURRY
ayam seekor
*bawang merah 5 biji
*bawang putih 3 biji
*halia 1 inci
(blenda bahan yang bertanda *)
tomato 4 biji (potong dadu)
ubi kentang (terpulang)
daun ketumbar 1 pokok (letak lebih lagi sedap)
yogurt ori 5 sudu (yang tak de perisa)
serbuk kari 6 sudu penuh
Cara masak
*tumis semua bahan blenda,masukkan tomato,masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kentang dan masukkan sedikit air. Biarkan mendidih hingga ayam masak.
Kemudian masukkan yogurt. Akhir sekali msukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong..siap,cuba la.
Sumber : Aslyna Nor Hassan via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengacara dan pelawak terkenal dari Korea Selatan, Yoo Jae Suk sentiasa nampak kelakar bila mengacarakan sesebuah rancangan. Namun ceritanya berbeza bila menyentuh tentang kehidupannya sebagai suami dan bapa.
Yoo Jae Suk dikatakan mempunyai kerjaya yang agak stabil dalam industri hiburan Korea Selatan. Yoo Jae Suk mengendalikan beberapa program popular dan pelbagai rancangan dengan rating tertinggi antaranya ialah Running Man, You Quiz on the Block dan Happy Together.
Bercerita tentang sisinya sebagai seorang suami dan bapa, Yoo Jae Suk pernah dijemput sebagai tetamu untuk rancangan radio yang dihoskan oleh rakannya, Ji Suk Jin. Walaupun mempunyai jadual yang agak padat ketika itu, Yoo Jae Suk cuba menghadiri program itu demi rakannya.
Lelaki berusia 51 tahun ini berkahwin dengan seorang juruhebah bernama Na Kyung Eun pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, pada tahun 2010, pasangan itu dikurniakan anak pertama mereka, seorang lelaki dan diberi nama Yoo Ji Ho.
Yoo Jae Suk dan Na Kyung Eun mempunyai anak kedua, seorang perempuan, pada tahun 2018 dengan nama Yoo Na Eun. Uniknya nama Na Eun berasal dari nama ibunya, Na Kyung Eun.
Bercerita tentang kehidupannya sebagai suami dan bapa rakan baiknya, Ji Suk Jin berkata, “Saya tahu Yoo Jae Suk jenis ayah yang bagaimana ketika berada di rumah.”
“Pada hari cuti, dia menghabiskan masa tinggal di rumah,” tambahnya.
Yoo Jae Suk fikir ia mungkin berasa normal apabila anak perempuan keduanya dilahirkan.
Namun, tanpa disedari, Yoo Jae Suk berasa sangat terharu dan dia menangis ketika anak perempuannya dilahirkan.
“Ada sesuatu mengenainya yang saya tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata,” jelas Yoo Jae Suk.
Yoo Jae Suk turut berasa emosi apabila anak perempuannya dapat mengangkat kepalanya dan menoleh dan ini disaksikan oleh seluruh keluarganya.
“Ada satu ketika saya berpura-pura tidak mendengarnya dan berlalu pergi,” sambungnya.
“Saya melakukan itu kerana saya berasa sangat letih,”
“Tetapi kemudian hati nurani saya diseksa oleh rasa bersalah,” tambahnya
“Saya cuba melakukan sesuatu walaupun ia tidaklah sebaik yang diharapkan,” kata Yoo Jae Suk.
Yoo Jae Suk tidak lupa meluahkan rasa cintanya kepada isterinya menerusi rancangan radio tersebut.