Dapur Sentiasa Putih Bersih Bukan Sebab Jarang Memasak, Tapi Ada Triknya. Wanita Ni Kongsi Untuk Yang Nak Follow!

Share

Melihat ruang dapur yang sentiasa terlihat kemas dan bersih, tentu mengundang tanda tanya bagaimana tuan rumah dapat kekal maintain sebegitu. Apatah lagi bila ingin dibandingkan dengan dapur rumah sendiri, setiap kali memasak terpercik-percik sambal dan ini menjadikan ruang dapur menjadi comot.

Jadi apa kata kita baca perkongsian daripada Puan Noor Hafiza Mohamad bagaimana cara dirinya menjaga ruang dapur untuk terlihat kekal bersih. Banyak  juga info yang dikongsikannya semoga semua ini memberi manfaat.

Jom semak.

Dah 2 bulan rasanya sis guna wallpaper brick ni. Pengalaman pertama guna, melecur jugaklah yang dekat dapur gas tu, sebab sis guna api kuat semasa guna periuk ajaib, dan buka penutup ajaib tu jadi kena ke dinding. Sis terleka sekejap.

Sekarang ni bila nak masak sis gunakan penghadang aluminium (boleh scroll gambar) letak pada dinding dan tepi bekas garam kunyit supaya masa menumis takdelah terpercik merata.

Dapur pulak sis tarik kedepan sikit. Senang je nak lap wallapaper ni guna span cuci pinggan atau magic span. Nanti kita tengoklah berapa lama boleh tahan. Hermmm ada lagi ke orang nak cakap dapur putih sis tak berasap.

Dapur sebelum tepek wallpaper brick. Haaa inilah penghadang aluminium. Beli kat kedai MR DIY

Satu dinding ni sis guna 4 keping wallpaper MR DIY.

 

Dapur gas sis spray cat putih Samurai. Sekarang dah nampak kuning-kuning kesan garam kunyit. Tunggu masa je nak beli dapur baru hehehe. Dah 6 tahun dapur. Cap GIANT ni masa beli RM45 je.

Ni sudut belakang dapur atau backyard orang putih cakap. Sis guna rak buku GERSBY IKEA. Sebijik RM129. Dekat bahagian atas jangan letak balang kaca dengan berat muatan ye nanti lenduh. Berpada-padalah.
Nak dapatkan barangan dapur klik di  sini
Ekstra tip :Sis lap dengan air softlan + cuka setiap 2 minggu. Tengok pada habuk tebal mana. Alah senang je lap-lap sambil exercise kecikkan pinggang tu.
Sumber : Noor Hafiza Mohamad via Deko Rumah Ku Syurga Ku